BAB 12

1.2K 102 25
                                    

Ahh!Sakit.Berhenti,aku menjerit.Sakit sangit.Badanku dilibas dengan rantai besi tanpa henti.

Berhentilah!hiks!Sakit.Ibu tolong Maya.Tanpa jemu aku masih merayu.Namun libasan itu masih tidak berhenti.

Kulitku sudah terasa pedih.Darah pulak tersembur daripada belakang badanku.
Aku tidak dapat melihat gerangan orang yang melibas aku kerana posisiku meniarap.

Aku gagahkan untuk memusingkan badan.Sewaktu pusingan pertama aku terasa rantai itu dilibas di rusukku.Sewaktu pusingan kedua rantai besi itu dilibas tepat di bahagian perutku.Tersembur darah keluar daripada mulutku.Namun aku tidak peduli.Aku nak tahu siapa yang sanggup menyeksa aku sebegini.Apa salah aku kepadanya.

Maka beserta air mata yang tidak berhernti mengalir aku bertentang mata dengan orang tersebut.Pukulan yang sedari tadi tidak berhenti itu akhirnya berhenti.Pandangan yang diberikan sangat bengis dan sinis.Seolah-olah dia sangat membenciku.

Kenapa pukul saya?aku bertanya.

Kau memang layak kena pukul perempun.Bukat setakat pukul,aku akan buat hidup kau jauh lebih terseksa.Aku akan cabut nyawa kau dengan tangan aku sendiri.Hahahaha,
jawab si dia sambil gelak tak henti-henti.

Siapa dia?Kenapa dia nak seksa aku?Apa kena mengena aku dengan dia?

Jadi ucap selamat tinggal dekat dunia.Sejurus dia berkata begitu.Rantai besi itu dilibas ke kepalaku hingga kepalaku hancur berkecai.

Sakit memang sakit tapi aku bersyukur.Perjalanan hidup aku sudah tamat.Tak ada lagi seksaan daripada manusia-manusia yang menyerupai iblis.

Perlahan-lahan  dua kalimah shahadah aku lafazkan.Hingga akhirnya pandangan aku terus gelap.























             ..................................

Peluh-peluh tidak berhenti mengalir.Badanku semakin asyik mengetar.Mimpi tadi.Mimpi tadi masih tidak dapat aku padamkan lagi.Walaupon hanya sekadar
mimpi namun aku terasa seperti realiti.

Seketika aku tersedar.Aku berada di sebuah bilik.Kepalaku yang terasa pening itu telah berbalut.Peristiwa aku diculik itu terlayar kembali.Dan saat itu aku teringat akan insan yang bergelar Danial.

Di mana dia?Macam mana keadaan dia?Hidup lagi atau mati?Aku pulak.Macam mana aku boleh berada di sini?Siapa yang membawa aku ke sini.

Dan persoalan aku terjawab apabila pintu yang tertutup itu dibuka.Seorang figura yang amat aku benci semakin menghampiriku.

Setibanya kepada aku,di memeluk erat tubuhku.Tidak dapat aku menghalang kerana sesungguhnya aku rindu akan pelukan seperti itu.
Lama sangat aku tidak merasakan pelukan seorang insan bergelar ayah.

Maya!Syukur Maya dah sedar.Maya ada sakit mana-mana lagi.Selesa tak duduk sini.Kalau tak ayah boleh pindahkan ke bilik yang lai.Maya lapar tak,kalau lapar ayah boleh pergi ambikkan makanan,bertubi-tubi dia melontarkan soalan kepadaku.Dari matanya aku dapat lihat kesunggguhannya.
Namun itu tidak dapat mematahkan ego aku.

Maaf encik siapa?saya tak kenal encik.Dan tolong jangan sentuh saya.Usai berkata begitu,terus aku melepaskan pelukannya.

Aku takkan mudah maafkan orang yang tinggalkan aku.Aku takkan mudah maafkan manusia tak bertanggungjawab seperti dia.Dan aku takkan mudah maafkan orang yang dah lukai hati ibu.

Maya!Ni ayah Maya.Maya maafkan ayah.Ayah minta maaf.Ayah tahu ayah banyak lukakan  hati Maya dan ibu Maya,katanya.

Jangan berani sebut pasal ibu aku.Kau!kau tinggalkan dia.Kau lukakan hati dia.Kau biar dia terkontang-kanting nak sara hidup seorang anak sendiri.Dan kau tak ada waktu nyawa dia diambil,jeritku.
Hilang terus kata-kata sopanku.
Aku tak tahan bila dia kaitkan ibu.

Rahmah dah tak ada?katanya.Aku tersenyum sinis.Nampak sangat dia tak pernah pedulikan tentang kehidupan aku dan ibu.

Maya maafkan ayah.Ayah betul-betul minta maaf.Dulu ayah jahil.Ayah kejam.Ayah bodoh,rayunya kepada aku.

Tuan.Tuan kena siap sekarang.Lagi sejam mesyuarat nak bermula,panggilan itu menghentikan rayuan ayah.

Aku juga turut mendongak.Yang terpapar di kaca mataku ialah seorang lelaki yang mungkin seusia Abang Danial sedang berdiri tanpa sebarang senyuman diwajahnya.

Wajah itu terasa seperti biasa kepada aku.Wajah itu seringkali aku lihat kebelakangan ini.Dan dia salah seorang lelaki yang ada sewaktu Abang Danial dipukul.Dan suara dia,suara yang aku dengar sebelum aku pengsan.

Tanpa mengirakan kepala yang sakit,terus aku belari menuju kepada dia.

Kau!Mana Abang Danial.Mana kau letak dia.Kau yang ada waktu dia kena pukul.Jawab soalan aku,mana dia,jerkahku kepadanya.

Dia dah mati.Buat apa tanya pasal dia lagi Maya?tiba-tiba ayah yang sedari tadi merayu menaikkan suaranya.

Bapak dia dah seksa kamu.Apa yang kamu nk peduli lagi pasal dia.Memang ayah tak tahu pasal semua pasal kehidupan
kamu tapi ayah tak terlepas pandang pasal orang yang seksa kamu lagi-lagi kalau dia musuh ayah.Dia tahu kamu anak ayah sebab tu dia gunakan kamu untuk balas dendam dekat ayah,jawab ayah namun semakin lama nada suaranya semakin sayu.

Takk!Abang Danial tak mati lagi.Bapak dia yang salah bukan dia.Kenapa kena babitkan dia.Kau!kau kejam,jeritku dan menunjuk tepat kepada insan yang tidak aku anggap sebagai ayah itu.

Terpulang pada Maya nak cakap apa dekat ayah.Yang penting ayah buat semua ni untuk kebaikan Maya.Omar memang patut rasa apa yang ayah rasa bila dia seksa kamu.Ayah kena pergi dulu.Sekali lagi ayah minta maaf dan ayah harap kamu maafkan ayah.Kamu duduk je dalam bilik ni.Akan ada orang awasi kamu.Ayah sayang kamu,katanya sebelum melangkah pergi.

Aku terkaku.Berita tentang peninggalan Abang Danial masih tidak dapat aku terima.Dan sekarang aku dikurung oleh satu-satunya darah daging aku.Dan darah daging aku juga yang bunuh orang yang aku cintai.Kenapa?kenapa dunia begitu kejam?

Pada saat itu,aku tersedar dari lamunan aku dan mengangkat kepala yang sedari tadi menunduk.Aku harus keluar dari sini.Itu tekadku.

Namun begitu,baru sahaja aku ingin bangun,aku disapa dengan senyuman sinis dan bengis oleh lelaki tadi.Senyuman itu seperti pernah aku lihat.Namun tidak dapat aku mengingatinya.

Sewaktu aku sedang asyik memikirkan tentangnya,kedengaran bunyi pintu ditutup
Dan aku terlambat.Kesemua tingkap di sini dilengkapi dengan jeriji besi.Maka aku hanya duduk dan memikirkan nasibku.

Banyak persoalan yang bermain di minda ku.Pertama tentang Abang Danial.Kalau benar insan yang aku sayang itu tiada,adakah dia dikuburkan?Adakah dia disemadikan dengan tenang?Aku hanya mampu menyedekahkan bacaan al-fatihah kepadanya.Tenanglah awak di sana.Selalu ingat yang saya sayangkan awak.

Kedua tentang ayah.Bagaimana dia boleh terfikir untuk mencari aku?Bagaimana dia boleh memungkiri kata-katanya untuk tidak mahu berjumpa aku lagi pada 7 tahun lepas?Bagaimana dia boleh bertukar sehingga sanggup menjadi pembunuh?Bagaimana Omar itu boleh menjadi musuhnya?Dan adakah aku dipertemukan dengannya hanya untuk merasakan lebih tentang keperitan hidup?

Dan yang terakhir,lelaki itu.Siapa dia?Kenapa dia begitu biasa bagiku?Apa kaitan dia dengan hidupku?Kenapa aku terasa seperti ada hubung kait bersamanya?

Aku hanya mampu berdoa agar aku berjaya mendapat petunjuk dan merungkaikan segala misteri dalam hidupku.Hidup yang penuh dengan pelbagai onak duri dan pelbagai nasib malang.Inilah nasib seorang insan bergelar Sumayah.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now