BAB 39

1.3K 84 35
                                    

SUMAYAH POV

Mataku masih setia menatap lelaki yang berdiri teguh di hadapanku.Linangan air mata yang bertakung tidak aku pedulikan.Anak mataku menikam tepat ke wajahnya.

Wajah itu!Aku kenal wajah itu.Raut yang kacak itu memang mampu untuk mencairkan hati mana-mana wanita.Namun,di sebaliknya terselindung wajah manusia paling hina pernah aku temui.

BENCI!Aku benci sangat padanya.Ya Allah,aku tak boleh sangkal perasaan ini.Aku tak sanggup nak hilangkan rasa ini Ya Allah.Cuma benci sahaja yang dapat aku rasakan sekarang.

Aku dah penat jadi perempuan lemah.Aku dah penat jadi perempuan yang selalu bermandikan air mata.Aku dah terlalu penat dengan semua ni.

Cukuplah!Cukuplah kalau dulu aku lemah apabila berhadapan dengannya.Cukuplah jika dulu aku memaafkannya walaupon diri ini terluka.Cukuplah andai dulu aku mencintainya meskipun hati ini tersakiti.

Aku kuat.Aku dah cukup kuat untuk hadapi semua ini.Aku tak sanggup hidup berterusan dengan bayang-bayang sendiri.Aku tak nak hidup dengan perasaan yang kucar kacir seperti ini.

Aku nak bahagia Ya Rahman.Aku nak kehidupan yang tenang Ya Rahim.Aku nak rasa segala keindahan yang tak pernah lagi aku kecapi di duniaMU yang sementara ini Ya Allah.Izinkan aku,rintih hati kecilku.

Nafas ditarik perlahan.Mulut yang diam terkunci dari tadi turut perlahan-lahan aku gerakkan.Kekuatan dicari sebelum melontarkan isi hati pada lelaki di hadapanku ini.

Siapa yang salah sekarang Aiman Haziq?Aku tanya kau.Siapa yang bunuh ayah kau?Aku atau kau?Aku tanya kau jantan tak guna,jeritku lantang.

Dia hanya mampu memandang simpati.Jelas kelihatan di matanya betapa kesalnya ia.Bibirnya aku lihat berketar-ketar seperi ada sesuatu yang ingin disampaikannya.

Maa..af!tergagap-gagap sebaris perkataan itu dilontarkan olehnya.Air matanya mengalir.Untuk kedua kalinya aku lihat dia menangis.Tapi sayang,aku langsung tak terkesan dengan semua itu lagi.

Kata maaf itu.Itulah perkataan indah yang selama ini aku impikan dari dia.Itulah kalimah suci yang selama ini aku harapkan keluar dari mulutnya.

Aku tunggu.Aku tunggu sangat kekesalan dia dari dulu.Aku tunggu sangat kata maaf dia sewaktu aku dipukul dan dihina oleh dia dulu.Aku tunggu sangat dia sedar semua kesilapan dia sewaktu aku mencintainya dulu.

Tapi tak!Tak pernah aku dapatkan semua itu dahulu.Tak pernah aku kecapi impian aku yang satu itu.Tapi hari ini.Bersaksikan semua ahli keluargaku,dia meminta maaf kepada aku.

Indahnya Ya Allah!Indah sangat bila apa yang kita impikan akhirnya menjadi kenyataan.Tapi kenapa sekarang?Kenapa apabila aku dah terlalu bencikannya baru Engkau tunaikan impian aku.Kenapa Ya Allah?rintih jiwa yang tersakiti ini.

Sudahlah!Itu semua cuma masa lalu.Tak perlu aku pertikaikan.Cukuplah aku tahu bahawa langsung sudah tak ada tempat untuk dia di dalam hati ini.Cukuplah aku yakin bahawa walau hanya secebis rasa cinta sudah tidak lagi berputik buatnya malah diganti dengan kebenciaan yang amat terhadapnya.

Aku pernah berikan dia peluang.Aku pernah maafkan dia walaupon terlampau banyak kesalahan yang dia lakukan padaku.Tapi dia tak pernah menghargai semua tu.Dia mengangap aku hanya barang mainan yang boleh sesuka hati dimainkan.Dia memandang sebegitu hinanya maaf seorang Sumayah.

Tak!Kemaafkan aku tak semurah itu.Andai sebegitu yang dia rasakan,dia salah.Terlalu salah.Dan aku akan buktikan.Aku akan tunjukkan yang dia tak layak untuk menerima kemaafan aku.

Maaf itu lansung tak akan mampu menggoyahkan kebencian aku padanya.Tak ada lagi simpatiku terhadapnya.Takkan pernah wujud lagi rasa kasihanku padanya.Itu tekad aku.

Mudahnya!Mudahnya kau lontarkan kata maaf kau.Sesenang itu kau tujuk rasa sesal kau pada aku.Eh!kau sedar tak jantan?Kau sedar tak betapa jijiknya aku bila dengar ucapan maaf kau tu.Kau tak layaklah syaitan!Kau terlalu hina untuk tu,dengan penuh kelancaran aku berkata.

Dia hanya menunduk.Air mata masih setia menjadi peneman.Andai sahaja dirinya sebegini sewaktu dulu,aku pasti rasa simpati terhadapnya pasti akan timbul.Tapi dah terlambat.

Huh!Kau tak marah aku ke sebab tengking kau?Kau tak nak pukul aku ke sebab melawan cakap kau?Kau tak nak siksa aku macam dulu ke sebab aku hina kau?Ni je yang mampu kau buat?Menangis!Wah lemahnya jantan yang selama ini perlakukan aku macam patung tak bernyawa,kataku dengan penuh sinis.

Maya tolonglah..Maafkan aku.Aku tahu aku banyak buat salah pada kau..Akuu menyesal.Aku terlalu ikutkan hati dan perasaaan.Aku dibutakan dengan dendam.Aku tak sangka yang selama ini apa yang aku fikir salah.Aku tak sangka kebenarannya seperti ni,kata Haziq.

Eh tak guna!Pegi mamposlah dengan menyesal kau tu.Kau dengan maaf kau boleh sama-sama pegi mati,lantang aku menjerit.Air mata yang sedari tadi bertakung akhirnya jatuh bersama mata yang merah menyala.

Sakit!Betapa sakitnya hati ini tak dapat aku gambarkan.Selama ni dia yang membuatkan hidup aku tersiksa.Selama ni dia yang membuatkan aku merana.Selama ini dia yang tak jemu menyakiti dan melukai aku.Tapi hari ini..Dengan semudah itu dia menyesal dengan semua yang pernah dia lakukan.

Layakah lelaki sehina dan sekejam itu menerima kemaafan daripada aku?Semudah itu sahaja aku patut lupakan apa yang pernah dia lakukan?Tidak!Aku lah manusia paling bodoh kalau berbuat begitu.

Aku tahu aku tak layak untuk menghukum dia.Tapi Ya Allah!Dia terlalu kejam.Dia terlalu banyak kesalahan terhadap aku.Aku tak sedia Ya Allah.Hati ini tak dapat nak maafkan dia.Masih tak dapat untuk melupakan semua yang dia lakukan.Dia layak untuk semua ini.Dia layak dapat kebencian dari aku bukan?luahku hatiku pada Yang Maha Esa.

Maafkan aku andai melampaui batas sebagai hambaMU.Ampukan aku jika terlalu menghukum sedangkan aku tahu aku tak layak.Aku tahu aku sewajarnya memaafkan dia.Sedangkan Engkau memafkan hamba-hambaMU yang melakukan dosa.Inikan manusia sehina aku.Aku perlukan ruang Ya A'lim.Aku yakin kau mengetahui segala rasa hati ini.Maka aku mohon restuilah perbuatan aku.Jangan Kau laknat diriku.Berikan aku masa Ya Allah,tambah hatiku lagi.

Aku nak tamatkan semua ni.Aku nak hidup tanpa dia lagi.Aku nak mulakan hidup yang baharu.Aku nak lupakan semua ni.Aku nak hidup tenang dan bahagia tanpa perlu ada kaitan dengannya.

Pergilah Aiman Haziq.Pergilah dari hidup aku.Aku terlalu bencikan kau.Terlalu hinanya kau dalam hati aku.Sesesal mana pon kau atas kesalahan kau aku langsung tak peduli,kataku bersama mata yang tepat menikam ke dalam anak matanya.

Aku dah bahagia.Aku dah ada keluarga yang sayangkan aku.Aku dah ada cukup kekuatan untuk jalani hari-hari aku dengan penuh kegembiraan.Aku dah cukup mampu untuk teruskan hidup aku supaya dapat kebahagiaan.Dah tiba waktu aku bebas dari segala kesakitan.Dan salah satunya ialah kau,tambahku lagi.

Aku tak mampu nak maafkan kau jadi jangan pernah muncul lagi dalam hidup.Semua kesakitan yang pernah kau lakukan kepada aku tak mampu untuk aku padamkan.Terlalu sakit!Dan aku nak lupakan semua tu.Aku dah tak nak terus-terus hidup dengan bayangan hitam kau.Jadi jauh dari hidup aku.Aku benci kau Aiman Haziq,ucapan terakhir itu aku luahkan sebelum kaki melangkah pergi dari bilik tersebut.

Masha allah lama sudahku tidak mengupdate😆I am back weyh😍psni nk update lagi and nk pomot2 citer hampa semue.huaaa muah cikett😚😆😆

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now