BAB 28

985 86 31
                                    

Seorang lelaki sedang berjalan keluar daripada ibu pejabat polis itu.Uniform yang masih elok tersarung di tubuhnya ditanggalkan.Maka terselah
t-shirt  yang tidak berapa tebal itu.Dia yang sememangnya berniat untuk makan tengah hari itu mula mengahampiri kereta Honda yang elok tersadai di bawah atap tempat letak kereta yang disediakan.

Assalamualaikum Wan.Lepak dekat mamak je lah.Mamak yang biasa kita pergi tu.Aku otw dah ni.Kau tunggu je kat sana. Kejap lagi aku sampai,katanya bersama telefon yang diletakkan di telinga menandakan dia sedang berborak dengan pemanggil.

Usai telefon bimbit itu diletakkan ke dalam poket lantas dia memasukkan dirinya yang tegap itu ke dalam kereta.Tingkap dibuka sebentar bagi menghilangkan haba yang terperangkap sebelum aircond dipasang bagi menyejukkan kereta tersebut.

Panasnya hari ini.Pekena teh tarik ais sesuai ni,katanya pada saat yang sama matanya  benar-benar terhala ke arah sekujur tubuh gadis yang menundukkan wajahnya.
Namun badannya masih bergerak walaupon dalam keadaan terhuyung-hayang.

Terbit rasa ingin menolong dalam dirinya.Namun begitu mengenangkan jantina yang bercanggah itu memaksa dirinya untuk mengabaikan gadis itu.Dia cuba menasihati diri sendiri dengan beranggapan wanita-wanita lain pasti akan membantu gadis itu.Mungkin kelihatan kejam namun bagi dirinya lebih baik sekiranya dia cuba untuk mengelak daripada fitnah dunia.

Maklumlah dengan berpangkat Inspektor di usia  27 tahun itu membuatkan dirinya dicemburui oleh ramai pihak.Sudahlah memiliki rupa paras yang kacak dan tubuh yang sasa.Ditambah pula sifatnya yang peramah itu.Maka seeloknya dia menghindarkan diri daripada terlibat kerana ada  sahaja mata-mata iri yang memerhati setiap perilakunya.

Baru sahaja kereta dipandu tidak sampai berapa meter,kedengaran telefon bimbitnya berdering.Si dia yang sedari tadi fokus memandu mula mengalihkan pandangannya ke arah telefon yang berada di atas  dashboard kereta.Tangannya mula mencapai telefon itu namun entah di mana silapnya,telefon itu jatuh.Sambil dia cuba menunduk mencari barang yang jatuh itu,kereta yang dipandunya itu tiba-tiba terasa seperti melanggar sesuatu.

Lantaran itu brek ditekan   dengan mengejut.Telefon yang berdering itu diabaikan.
Fokusnya hanya terhadap apa yang baru sahaja dilanggar olehnya.Mengikut
pengiraannya,kereta yang dipandunya tidaklah terlalu laju.Namun bunyi hentakan yang kuat itu sedikit sebanyak menghusarkan hatinya.

Ya Allah.Apa kau buat Qiem.Kau langgar orang ke?Tulah kau.Lain kali fokus kalau memandu.Ya Allah!Kalau benar, kau selamatkanlah dia,sejurus memohon kepada Tuhan Yang Berkuasa dia terus keluar dan mendapati orang ramai sudah mula mengerumun
sekujur tubuh gadis terbaring tak sedarkan diri di hadapannya keretanya.

Eh perempuan tadi!desis hatinya.Seketika dia agak terkaku namun apabila terpandangkan darah yang tidak berhenti mengalir di kepala gadis itu,tanpa menunggu lama dia lantas mengangkat tubuh kecil itu lalu memasukkan ke dalam keretanya.Ya!Dia akui bahawa menjadi kesalahan memegang wanita yang bukan mahramnya namun mengenangkan keadaan darurat membolehkannya.

Orang ramai yang memerhati itu langsung tidak dia pedulilan.Yang dikhuatirkan hanya gadis yang berada di kerusi belakang keretanya.
Pemanduan diteruskan menuju ke arah Hospiral Besar.Kereta dipandu dengan penuh ketenangan walhal jantungnya tidak berhenti berdegup dengan kencang.

Apabila tiba di hospital,kereta diletakkan betu-betul di hadapan pintu masuk.Maka si dia menjerit ke arah jururawat yang kebetulan sedang lalu sambil mebawa katil tolak yang digunakan untuk meletakkan tubuh pesakut itu.

Sewaktu dalam perjalanan ke bilik bedah dirinya tidak berhenti-henti berdoa agar gadis itu terselamat.Entah mengapa saat terpandangkan wajah gadis itu timbul satu perasaan dalam dirinya.Rasa kasih sayang.Kasih sayang yang tidak mampu dia ungkapkan.

Apabila selamat tiba di dalam bilik bedah,dia diminta untuk menunggu di luar.Dalam menunggu proses bedah disiapkan dia lantas membawa diri ke arah surau yang disediakan.Kasut dibuka sebelum langkah kaki dihayun ke dalam surau itu.

Pili paip dibuka.Kesan darah yang terdapat di bajunya ditonyoh oleh air sehingga hilang kesannya.Selepas  itu,wuduk diambil olehnya dengan  penuh tatatertib.Usai berwuduk sejadah dibentangkan.Maka takbir diangkat dan terlaksanalah rukun islam keduanya itu.Usai menunaikan solat Zohor dia mula menadahkan tangannnya bagi memohon doa daripada Allah S.W.T.

Ya Allah.Kau selamatkanlah gadis tadi.Kau berikanlah dia peluang untuk masih bernafas.Jangan kau ambil lagi nyawanya Ya Allah.Hamba tidak tahu kenapa?Namun di sudut hati hamba ketahuilah yang hamba amat takut sekiranya dia pergi?Bukan hanya takut namun terasa seperti terlalu berat untuk membiarkan dia pergi.
Tunjukkan hidayahMu Ya Allah .Berikan petunjukMu mengapa aku terasa seperti terlalu dekat dengan dirinya Ya Allah.Sesungguhnya hanya kepadaMu hamba memohon. Amin Ya Rabbal Alamin,usai berdoa dia meraupkan kedua dua belah tapak tangan ke wajahnya.

Sejadah dilipatkan kembali.Dan dia terus bergegas kembali semula ke bilik bedah tadi.Entah apa yang terjadi selama 15 minit dia menghilang namun tiba sahaja di sana lantas kelihatan doktor yang yang merawat gadis itu keluar dan menghampirinya.

Macam mana keadaan dia doktor ?Dia selamatkan?Tak ada apa apa yang teruk kan?bertubi-tubi soalan terpacul daripada mulut jejaka itu.

Keadaan pesakit kritikal.Dia kehilangan banyak darah di kepalanya.Saya sendiri tidak pasti namun di kepalanya terdapat banyak kesan hentakan.Dan kesan seperti masih baru dialaminya,kata doktor itu bersama nada yang pelik.

Hentakan di kepala.Aku tak rasa kalau aku langgar dia,kepalanya yang terkena.Kalau pon benae pasti hanya satu kesan hentakan yang ada tapi kata doktor banyak.Jadi,hentakan di kepalanya itu datang dari mana?desis akalnya sebentar selepas mendengar penjelasan daripada doktor itu.

Oleh itu,pesakit haris digantikam darahnya yang demakin berkurangan itu.Namun bekalan darah O di hospital sudah kehabisan.Dan pemderma darah O amat sukar untuk dicari.Kami juga ada menghubungi pihak hospital terdekat namun masih juga tidak kami peroleh,kedengaran buti-butir bicara doktor itu mematikan segala lamunan si dia.

Syukur alhamdulillah.Darah saya darah O.Tak apa biar saya sendiri yang memdermakan darah saya buat pesakit itu,jawabnya dengan penuh yakin.Memang diakui penderma darah O amat sukar untuk dicari dan jarang dijumpai namun mungkin memang kebetulan dirinya dipertemukan dengan orang yang memiliki darah sejenis dengannya.

Baiklah kita lakukan pemeriksaan terhadap diri awak dahulu.Dan sekiranya segala baik-baik sahaja awak boleh mendermakan darah,jawab doktor itu bersama senyuman.

Timbul rasa bersyukur dalam dirinya kerana boleh menjadi penyelamat gadis itu.Dia oati dia layak menjadi penderma kerana dia juga pernah mendermakan darahnya untuk orang-orang yang memerlukan sebelum ini.Syukur Ya Allah.

Badannya dibaringkan ke atas katil.Pelipat sikunya terasa disapu sesuatu yang sejuk sebelum digantikan dengan jarum.Perlahan-lahan darah itu ditarik.Perit memang terasa namun tidak setanding dengan kegembiraannya yang mampu membantu orang yang kesusahan.Bahkan mungkin bukan orang lain.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now