BAB 25

1K 90 20
                                    

Aku tersedar daripada mimpi aku.Seketika terbit rasa kecewa kerana semua itu hanya mimpi.Pertemuan antara aku dan Abang Danial cuma dalam mimpi.Namun apa yang boleh aku lakukan?.Memang mustahil untuk aku berjumpanya lagi di dunia realiti.Sebab dia dah pergi.Dah tiada di dunia aku.

Sisa air mata yang masih ada di tubir mata aku lapkan.Tidak aku sangka tangisanku di dalam mimpi itu memberi kesan sehingga ke realiti.Jelaslah bahawa aku terlalu bersedih dengan pemergiannya.

Dan aku tidak sewajarnya berbuat begitu.Sebagai umat islam aku tidak sepatutnya meratapi pemergiannya.Aku tidak seharusnya mempersoalkan tentang kehilangannya.Aku kena terima yang Abang Danial sudah tiada.Aku kena reda yang Allah dah ambil Abang Danial daripadaku.

Namun entah mengapa aku terasa seperti mimpi itu sangat bermakna?Terasa seperti ada sesuatu yang Abang Danial cuba sampaikan.Dia seperti cuba untuk menyedarkan aku.

Mimpi tadi.Adakah Abang Danial memberikan aku keizinan untuk melupakannya?
Adakah dia cuba untuk menyuruh aku mencari jodoh sebenarku? Adakah Haziq yang dia maksudkan sebagai penggantinya?Adakah dia melepaskan aku dengan rela kepada Haziq?

Haziq!Dia yang berada dalam mimpiku tadi.Apa maksudMu di sebalik mimpi itu Ya Allah.Adakah itu petunjukMu untuk memberitahu bahawa dia jodohku?Adakah itu salah satu cara untuk Engkau menjawab tentang segala persoalan yang membelenggu dalam fikiranku?Adakah ini bermakna aku harus memberi peluang kepada Haziq?

Ya!Mungkin benar dia ialah lelaki yang ditetapkan sebagai jodohku?Mungkin aku memang sewajarnya melupakan kesalahnnya kepadaku?Mungkin aku kena belajar untuk membuka hatiku kepadanya walaupon dia sudah lakukan kesalahan kepaku?Sebab manusia berhak diberi peluang kedua bukan?

Tiba-tiba aku tersedar.Aku sudah tiada di dalam bilik tadi.Aku kini di dalam bilik yang asing buatku.Maka segala bau darah sudah tidak aku bau dan mayat yang terdampar juga sudah tidak kelihatan.

Namun begitu,bagaimana aku boleh berada di sini?Tidak mungkin aku berjalan sehinggakan ke sini.Adakah Haziq yang mengangkatku hingga ke sini?

Kau blah dari sini.Aku dah tak nak tengok muka kau,tiba-tiba satu suara menerjah masuk ke dalam pendengaranku.Aku lantas mengangkat wajah dan terpampanglah wajah Haziq di muka pintu.

Apa yang dia katakan?Adakah dia meyuruh aku untuk pergi daripada sini?Adakah dia menghalauku daripada hidupnya?Adakah dia melepaskan aku daripada kekejamannya?

Kenapa?Aku bertanya.Sebegitu bodohnya aku sehingga bertanyakan soalan sebegitu.Dia sudah melepaskan aku namun aku masih mempersoalkannya.

Dia menghampiri aku.Matanya yang merah menyala itu merenung tepat ke arah pandangan mataku yang lembut itu.Dapat aku lihat betapa terketar-ketar bibirnya.

Pergilah dari hidup aku.Aku lepaskan kau.Aku sangkakan dengan menyiksa kau aku akan lebih gembira.Aku kirakan kalau aku sakiti kau aku akan lebih puas.Aku fikirkan sekiranya aku buatkan hidup kau hancur hidup aku akan lebih tenang,katanya.

Tapi salah.Aku silap.Sangkaan aku terlalu bercanggah dengan apa yang aku dapatkan.Malah kesannya terlalu lain dengan apa yang aku harapkan,
sambungnya lagi.

Kenyataanya,aku siksa kau hati aku lebih tersiksa.Aku sakiti kau perasaan aku menjadi lebih kacau.Aku lukai kau hidup aku lebih gundah.Berlainan sangat dengan apa yang aku harapkan bukan? Sambungnya lagi bersama soalan yang membingungkan aku.

Sebab!Aku cintakan kau.Terlalu cintakan kau sampai aku tak sanggup lihat kau terseksa.
Hingga aku terasa jauh lebih perit apabila kau dalam kesakitan,masih die teruskan kata-katanya dan tersenyum.

Namun!Dendam aku dekat kau lebih bermakna dari rasa cinta bodoh aku dekat kau.Walaupon aku tak sanggup sakiti kau tak bermakna aku akan lupakan segala apa yang telah kau buat,sambungnya dengan suara bengis pula.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now