BAB 3

2K 157 28
                                    

Setelah aku selesai melaksanakan rukun islam kedua iaitu solat, aku segera melangkah ke dapur untuk menjemur pakaian yang sudah aku campakkan ke dalam mesin basuh tadi.

"Sampai hati abang buat saya macam ni. Saya ingatkan abang pergi beminggu-minggu untuk kerja tapi rupanya abang berfoya-foya dengan perempun mana entah," kedengaran suara Mak Su yang melirih sayu sewaktu aku berjalan di hadapan biliknya.

"Ohh maknanya setan tak guna tu dah baliklah," kataku dalam hati. Tapi kenapa mereka bergaduh. Aku masih berdiri di depan pintu bagi memasang telinga.

Aku dah kene buang kerja.Kau faham tak.Dah aku tak ada kerja kau ingat aku nak buat apa lagi.Aku enjoy jelah ,kedengaran pula jawapan daripada paksu dengan intonsi yang langsung tak bersalah.Diselang-seli jugak dengan esakan kecil daripada maksu.

Dah aku nak keluar.Duduk dalam rumah pon bukan tenangkan hati aku tambah serabut aku adalah, sejurus paksu berkata begitu aku terdengar derap tapak kaki menuju ke arah ku yang sedang berdiri di hadapan pintu.Segera aku menyorok di belakang dinding yang memisahkan antara biliku dan bilik maksu bagi mengelak bertembung dengan paksu.

Belum sempat paksu keluar kedengaran terlebih dahulu ketukan pintu bertalu-talu.Hatiku sedikit berdebar.Nampak dari gayanya si pengetuk macam terlalu marah.

Aku hanya memerhati paksu yang membuka pintu daripada sebalik dinding.Setelah dibuka pintu terus satu tumbukan padu diberikan kepada paksu.Tidak cukup dengan itu, tendangan bertalu-talu daripada 3 orang lelaki itu juga dihadiahkan kepada paksu.

Setelah melihat paksu yang semakin longlai,tendangan mereka berhenti dan tiba-tiba lelaki keempat muncul dan berkata kau Leman!bila kau nak bayar balik hutang aku?aku bagi kau tempoh seminggu lepastu kau lari.haha kau ingat aku tak jumpa kau?sampai lubang cacing aku boleh cari kau lah!

Pada masa yang sama juga maksu keluar mungkin terkejut dengan jerkahan lelaki tersebut.Lantas maksu bertanya kauorang siapa?apa yang kauorang dah buat kat laki aku?pada masa yang sama maksu pergi ke paksu dan cuba untuk melihat keadaan paksu yang teruk itu.

Ohh..Tak sangka kau ada bini yang cantik Leman.Aku rasa cukup untuk bayar semua hutang kau kat aku,kata lelaki itu lagi.

Aku terkejut.Walaupun maksu benci kepada aku tapi dia yang jaga aku lepas ibu pergi.Aku tak sanggup kehilangan dia.Aku tahu nasibnya pasti teruk sekiranya mereka mengambil maksu.Namun apa yang  mampu aku lakukan.Aku hanya mampu mengalirkan air mata memerhatikan maksu yang ditarik oleh ketiga-tiga jejaka suruhannya itu.

Tak jangan ambil bini aku.Aku akan bayar tapi bagi aku masa,kata paksu.Ya memang paksu curang tapi dia masih lagi sayang kepada maksu.Buktinya dia kahwin bersama maksu atas dasar cinta.

Entah dimana silapku,bingkai gambar yang terletak di atas meja itu terjatuh.Maka keenam-enam pasang mata itu memerhatikan aku.Mujur tudung masih tersarung kerana aku membuang sampah di luar tadi. Hingga akhirnya sang ketua berkata ok kalau kau tak nak bagi bini kau bagi anak kau pon tak pe.Nampak macam segar je lagi.Cantik pulak tu.

Maksu dan paksu berpandangan hingga paksu menganggukkan kepala tanda mengizinkan mereka mengambil aku.Maksudnya dia jual aku kat mereka kerana hutangnya.Maksu juga dapat kulihat raut wajahnya seperti kelegaan.Sampainya hati mereka berdua.Aku hanya anak yatim yang masih beusia 17 tahun.Teganya mereka.

Pemandanganku kabur kerana air mata yang bertakung di mataku.Yang aku dapat rasakan hanya pegangan yang erat di kedua-dua lenganku.Tika itu aku tersedar dan aku meronta untuk dilepaskan namun itu hanya sia-sia selepas merasakan kain yang menutup wajahku dan akhirnya pemandanganku gelap.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now