BAB 30

1K 82 46
                                    

Haqiem POV

Aku masih duduk di atas sofa yang disediakan oleh pihak hospital.Sambil menunggu aku mengalihkan pandanganku ke arah papa yang sedang berbual dengan gadis itu.Aku masih tidak tahu akan namanya namun melihat kelembutan dirinya meyakinkan aku bahawa namanya pasti sangat indah.

Sedang asyik aku berangan tiba-tiba satu suara menerjah ke dalam pendengaranku.Suara yang keluar daripada seorang wanita ayu bertudung merah itu mematikan segala lamunanku tadi.Lantas mata dihalakan ke arahnya.

Abang Haqiem,lembut sahaja butir bicaranya kedengaran hingga mampu mencairkan hati lelakiku.

Dia Aishah Humairah,wanita berusia 24 tahun yang berjaya menambat hatiku sejak sebulan yang lalu apabila aku dihantarkan ke sini untuk mendapatkan rawatan atas kecederaan semasa bertugas.Peribadinya yang luhur dan budi bicara sopannya telah menarik minatku terhadapnya.Namun begitu, sehingga sekarang aku masih tidak mengatakan kepadanya.
Mungkin belum masa yang sesuai.

Aishah dah periksa kesan hentakan di kepalanya.Hasil ujian menunjukkan seperti hentakan itu bukanlah secara tidak sengaja kerana kesan di satu-satu kawasan itu tidak berjarak lama.Malahan kesan kali kedua dan kali pertama tiada sebarang beza.Ianya seperti dia dihentak secara bertubi-tubi di kawasan yang sama.Kalau dia jatuh,Aishah tak rasa dia akan jatuh buat kali kedua dalam masa yang terlalu singkat sebegitu.Lagi satu mustahil jika tempat lukanya hanya tertumpu di satu kawasan .Kemungkinan besar sekiranya dia jatuh pasti di bahagian lain juga akan turut mengalami hentakan namun yang jelas hanya kesan-kesan luka yang ada,terang Aishah melebar.

Memang aku sedang meminta Aishah untuk memeriksa tentang luka gadis itu.Walaupon dia berkata dia hanya terjatuh namun langsung aku tidak mempercayainya.Bekerja sebagai polis sudah membiasakan diriku menghadapi kes-kes sebegini.Tambahan pula wajahnya jelas pucat apabila aku menanyakan soalan kepadanya.

Aku tidak tahu apa yang memaksa aku untuk mengambil tahu soal gadis itu?Entah!Namun saat melihat keadaannya sedemikian rupa rasa ingin membantu terlalu kuat dalam hatiku.Hendak katakan aku cintakannya? Mustahil!Malah aku boleh memberi jaminan kerana dalam hatiku sudah bertapak wanitan bergelar Aishah Humairah itu tadi.Terkadang aku rasakan diri aku terlalu dekat dengan dirinya.Seperti ada yang menghubungkan kami.Seperti ada satu pertalian antara kami.

Aishah ada pon dah lakukan apa yang abang suruh.Ni ambillah ,sejurus dia berkata begitu dia menghulurkan sampul surat itu kepadaku.Aku tersentak seketika namun aku lantas mengambil sampul yang terdapat di pegangan tangannya.Akan tetapi entah di mana silapku tangan kami bersentuhan.Wajahnya aku lihat sudah mula kemerah-merahan sesuai dengan namanya Humairah yang bermaksud putih kemerah-merahan.

Suasana sepi seketika sebelum suara Aishah kedengaran.Open it abang,How excited i am?But please terima dengan seadanya okay.If it make you disappoint here i am for u,katanya.

Aku menganggukkan kepala dan mula membuka sampul surat putih itu.Tanganku yang terketar-ketar itu menyukarkan aku untuk membukanya namun atas semangat daripada Aishah aku akhirnya berjaya mengatasi rasa ketakutan diriku sendiri.Dan di saat usai aku membacanya,setitis air mata jatuh sebelum aku sekali lagi menganggukkan kepalaku yang berjaya membuatkan Aishah menguntumkan satu senyuman.

Air mata yang tak pernah aku tunjukkan kepada mana-mana gadis sebelum ini akhirnya tumpah jua di hadapan gadis yang aku cintai ini.Sedikit-sebanyak rasa segan mula timbul dalam diriku.

Bagi menutup rasa gugup dalam diriku aku lantas bersuara kepadanya Ermm terima kasih Aishah.Abang Haqiem pergi dulu yee.Nanti kalau ada apa-apa bantuan yang abang perlukan lagi,abang datang ke sini lagi.

Ohh!Sama-sama.Memang itu kerja Aishah pon.Ermm Selamat tinggal abang.Assalamualaikum
katanya dengan penuh sopan.Tidak menunggu lama aku hanya menjawab salamnya bersama senyuman dan terus membawa diri.Risau andai semakin lama di sini semakin berteraburan imanku.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now