BAB 10

1.2K 107 53
                                    

Terima kasih abang.Terima kasih sangat.Saya tak mampu nak balas apa-apa.Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan abang ni,kata Abang Danial sesudah kami tiba di Johor Baharu.

Eihh!Tak ada apalah.Abang ikhlas.Lagipon satu perjalanan yang sama.Dah lah abang dah lambat ni.Abang pergi dulu.Assalamualaikum,katanya lalu pergi meninggalkan kami di hadapan sebuah rumah.

Waalaikumussalam,jawabku di dalam hati.Aku sebenarnya daripada tertanya-tanya rumah siapakah ini?

Aku lihat Abang Danial mengeluarkan segugus kunci lalu memasukkan salah satu daripadanya ke dalam lubang kunci.Apabila pintu itu terbuka,lantas Abang Danial bersuara.

Jemput masuk Maya.Maaf rumah ni kecil je.Ni pon dah berhabuk.Ni je yang abang mampu,katanya merendah diri.

Eh!Taklah rumah ni ok je.Tak kecil mana.Yang berhabuk ni nanti Maya kemaskan,kataku.Benar rumah ini tidaklah kecil mana.Aku rasa sudah lebih memadai untuk aku dan Abang Danial tinggal.Tapi rumah ni memang berhabuk.Macam lama sangat dah tak digunakan.

Ni rumah siapa abang?aku melontarkan persoalannya yang sedari tadi aku runsingkan.

Ni rumah arwah mak abang.Rumah arwah ayah abang dekat Perak sama dengan rumah Maya.Tapi tulah kebetulan abang tu nak pergi Johor,jadi abang teringat dekat rumah ni.Kunci ni pulak memang arwah mak abang suruh abang pegang lepas kami sekeluarga bertolak nak ke luar negara untuk rawat abang.Abang pon tak tahu kenapa dan harini baru abang tahu hikmah arwah berikan abang kunci ini,jawabnya.

Rumah ni tak ada sesiapa yang tahu.Even Tuan Omar pon tak tahu.Jadi abang rasa kemungkinan kita akan selamat di sini.Maya pergilah bersihkan diri dulu,sekarang ni dah nak masuk maghrib.Baju arwah mak abang ada lagi dekat dalam almari bilik hujung sana.Abang nak pergi tengok-tengokkan rumah ni kejap.Lama dah kan tinggal.Takut ada apa-apa haiwan bahaya,katanya lalu melangkah pergi.

Aku mengangguk lalu melangkah ke bilik hujung yang ditunjukkan oleh Abang Danial.Aku agak ini bilik arwah emaknya.Barang di dalam ini elok tersusun.Aku buka almaru terdapat beberapa helai baju.

Aku ambil lalu melangkah ke bilik air.Usai mandi,aku mengambil kain sembahyang dan sejadah yang ada di dalam almari itu lalu aku solat fardhu maghrib.Usai bersolat,aku menadahkan tangan untuk berdoa.

Ya Allah Ya Tuhanku,ampuni dosa-dosaku dan dosa kedua-dua orang tuaku.Tempatkan kami di syurga mu dah jauhkan kami daripada azab neraka.Kau tempatkanlah arwah ibuku di kalangan orang yang beriman.Sekiranya ayahku masih hidup kau berkatilah hidup manakala jika tidak kau cucurilah rahmatnya.Ya Allah
andai jodohku Abang Danial,kau permudahkanlah urusan kami untuk bersama.Sesungguhya hanya kepadamu aku memohon.
Amin ya rabbal alamin.

Aku keluar daripada bilik untuk mencari Abang Danial.Aku lihat di ruang tamu dia tiada.Jadi aku pergi ke dapur untuk mencarinya namun tiada juga.Aku tidak terlalu lapar kerana sewaktu perjalanan kami ke sini,abang pemandu tadi singgah di gerai untuk belanja kami makan.Alhamdulillah.Semoga Allah balas jasanya berlipat-kali ganda dari apa yang dia lakukan.

Aku melangkah keluar rumah.Dan ternyata aku nampak Abang Danial sedang duduk di atas kerusi di luar.Aku pergi mendekatinya.Dia hanya tersenyum apabila terlihat aku.

Kenapa duduk luar ni?kan sejuk kat sini,tanyaku kepadanya.

Abang saja duduk sini.Lagipon tak elok kalau duduk dua orang dalam rumah,jawabnya.

Abang dah cari tok kadi tadi.Esok kita kahwin.Takut lama-lama duduk berdua tanpa ikatan orang mengata,katanya lagi.

Aku agak terkejut.Namun betul juga apa yang dikatakannya.Lagipon niat baik lebih baik dipercepatkan.Aku hanya mengangguk tanda setuju.

Suasana di luar sangat sunyi.Hanya terdengar bunyi cengkerik.Sekali-sekali terdengar juga bunyi burung hantu.Aku rasa penduduk di sini memang menyepikan diri.Sedari tadi tidak ada seorang pon yang keluar.Malahan beberapa rumah sahaja yang lampunya terpasang.Yang lain gelap gelita.Mungkin sudah lena dibuai mimpi.

Abang tak sabar sangat.Abang tak sabar nak jadikan Maya halal untuk abang.Abang tak sabar nak jalani hidup bersama Maya.Abang tak pernah sangka yang abang akan bersama Maya.Hanya Allah yang tahu bertapa gembiranya abang Sebolehnya malam ni abang nak kahwin dengan Maya.Tapi tok kadi pulak sibuk.Tak apalah esok masih ada,katanya bersama mata bersinar.

Maya pon.Esok abang.Esok Maya akan jadi hak abang.Maya
akan jadi isteri abang.Maya pon tak sabar nak bersama denga orang yang Maya cintai.Maya tak sabar nak harungi hidup Maya bersama orang yang Maya sayang,jawabku tenang.

Dah jom masuk tidur.Dah lewat malam ni,ajaknya.

Maya tidur bilik arwah mak abang.Abang tidur dekat bilik sebelah ni.Kalau ada apa-apa panggil je abang,katanya lagi.

Sebelum kami memasuki bilik tidur abang Danial berkata.

Mimpi yang indah bakal isteri saya.Tunggu esok hari bahagia kita.Ingat abang sayang Maya seorang je walau apa pon jadi.Walau abang mati pon Maya tetap wanita kedua yang ada dalam hati abang selepas mak abang.Semoga jodoh milik kita,katanya disertakan air mata jernih.

Ya esok hari bahagia kita.Abang dan Maya kena sama-sama ada hari esok.Hanya maut yang dapat pisahkan kita.Semkga kita terus bernafas sehingga hari esok.Maya pon sayang abang.Sayang sangat.Semoga jodoh milik kita.Aminn,kataku lalu masuk ke dalam bilik.

Ya Allah bahagianya.Indahnya bersama orang yang kita cintai.Percepatkanlah esok.Lancarkanlah rancangan kami pada hari esok.

                   ................

Aku cuba nak lelapkan mata.Tapi masih tak boleh.Aku tak tahu kenapa aku tak boleh tidur.Tapi aku rasa seperti  tidak sedap hati.

Aku cuba untuk pejamkan mata.Dalam hati tidak putus aku berdoa semoga tiada apa yang akan terjadi.Dan di saat mataku mula memberat untuk terlena,aku terdengar bunyi seseorang menjerit.

Arghhhhhhh

Dan aku kenal suara jeritan itu.Itu tak lain tak bukan daripada suara insan yang amat aku cintai.Insan yang bakal bersama dengan aku esok.Itu suara abang Danial..

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now