BAB 22

1.2K 96 50
                                    

Aku dibiarkan terbaring lemah seorang diri.Perit yang aku rasakan langsung tidak hilang.Badan tidak mampu aku gerakkan kerana sakit yang amat.Dan aku hanya mampu terbaring tidak berbuat apa-apa seorang diri.

Namun ia lebih baik daripada aku terus-terusan disiksa oleh manusia setan tu.Adanya dia menambahkan lagi keperitan hidupku.Dipukul,dihina dan ditindas sudah menjadi tabiat dirinya terhadapku.

Terkadang aku terasa,apakah tujuan aku diciptakan?Adakah hanya untuk diperlakukan sebegini?Adakah diwujudkan untuk merasakan segala kesakitan dan keperitan ini?Adakah untuk dicaci,dihina dan dimaki sesuka hati?

Kenapa Ya Allah?Kenapa aku diuji begini.Aku juga insan yang lemah.Yang ada tahap kemampuannya.Dan aku tak mampu untuk melalui semua ini.Apakah aku tidak berhak bahagia?Apa kesalahanku Ya Allah sehingga aku diuji sebegini?Beratnya tak tertanggung Ya Allah.

Di usia 17 tahun ini,aku diuji dengan kehilangan insan yang amat aku cintai.Dialah wanita yang mengandungkan aku selama 9 bulan.Dialah wanita yang membesarkan aku dan sentiasa ada bersamaku.Dialah insan tercinta bergelar ibu.

Baru sahaja aku ingin merasakan kasih sayang seorang ayah.Seorang insan yang meninggalkan aku.Yang pergi sewaktu aku perlukannya.Namun dia kembali untuk menebus segalanya.Untuk memberikan aku rasa kasih sayang ayah yang tidak pernah aku rasakan.Namun dia juga Kau ambil dariku.Dialah ayah yang amat aku rindui.

Kasih sayang yang aku rasakan daripada seorang insan yang tulus menyangi aku juga tidak lama aku rasakan.Baru sahaja aku ingin membina hubungan halal bersamanya.Namun kau ambilnya lagi daripada aku.Dialah seorang lelaki yang aku cintai selain ayah.Dialah Danial.Cinta pertama aku dan mungkin cinta terakhir aku.

Di usia ini juga,aku diuji dengan seorang manusia bersifat syaitan yang hanya tahu menindas seorang wanita.Yang tidak jemu untuk menyakitiku.
Yang memperkotak-katikan maruahku.Yang membunuh insan-insan yang aku cintai.
Dialah manusia kejam bergelar Haziq.

Seketika aku tersedar betapa jauh aku terpesong.Aku mempersoalkan takdir Yang Maha Esa.Aku meragui nasib yang sudah tertulis untukku.

Maafkan aku Ya Allah.Aku sepatut beryukur kerana diuji olehMu.Aku sepatutnya tahu bahawa sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya,kata hati kecilku.

Mungkinkah kesakitan ini kau hadirkan untuk menjadi galang ganti buat dosa-dosaku?
Mungkin keaakitan ini ujianMu untuk menabahkan lagi hati insan yang lemah sepertiku?
Mungkinkah kesakitan ini alasan untukMu menambahkan pahala kepadaku?

Wallahua'lam.Hanya kau Yang Maha Berkuasa mengetahuinya.Dan aku sebagai hambamu harus tempuhinya.Tapi aku tak mampu untuk hadapinya seorang diri Ya Allah.Semoga kau sentiasa ada untukku dan menjadi pelindung buat diriku.Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Tap!Tap!Tap!

Bunyi derapan kasut yang semakin menghampiriku mematikan sagala lamunanku.Aku yang sudah hampir tenang itu kembali menjalar rasa takut dalam diriku.

Siapa tu?Haziq kah?Adakah dia kembali untuk menepati kata-katanya?Untuk memberi pengajaran kepadaku atas sebab kesalahanku terhadap rakannya?

Ya Allah.Beri kekuatan kepada aku untuk menempuhinya.Beri kesabaran kepadaku agar aku tidak mempertikaikan ujian.Lindungi aku daripada segala kesusahan,keperitan dan kesakitan Ya Allah,aku memanjatkan doa kepada Sang Pencipta.

Aku yang masih terbaring lemah itu cuba untuk bangun.Perlahan-lahan aku mengangkat badanku dengan menggunakan kekuatan kedua-dua tanganku.Apabila aku dalam posisi duduk melunjur aku lantas bersandar kepada dinding di belakangku.

Tidak dapat aku berdiri kerana kesakitan yang amat.Aku hanya merenung pintu bagi melihat siapa yang menghampiriku.

Sekelip mata satu susuk tubuh jejaka yang aku tidak pasti siapa muncul.Namun samar-samar aku mengingati bahawa dia ialah salah seorang daripada rakan Haziq.

Aku tertanya-tanya.Apa yang dia lakukan di sini.Tidakkah dia mengikuti Haziq dan rakannya yang membawa mayat Amir tadi.

Dia merenungku.Tatapannya bukan tatapan yang aku inginkan.Riak wajahnya bukan yang aku impikan.

Dia merenungku dengan pandangan bernafsu.Dia menunjukkan riak kegembiraan apabila melihat aku yang lemah.

Apa yang dia hendak lakukan?Apa dia juga mahu merosakkan maruahku.Jika benar lindungilah aku Ya Allah.

Hello baby,oh my god!How so pity you are,katanya meleret dan semakin menghampiriku.

Kauuu..Siapa?lemah aku bertanya kepadanya.Mulut terasa sungguh berat untuk berkata-kata.Kepala yang pening juga membuatkan penglihatanku semakin samar-samar.

Kenalkan,aku Nazirul.Aku salah seorang kawan Haziq or aku patut cakap aku salah seorang yang yang bayar Haziq untuk rasa tubuh kau,katanya dan mula mencangkung di hadapanku.

Kenapa kau kat sini?Kenapa kau bukan dengan Haziq?Kawan kau dah mati tapi kau masih fikir tentang nafsu syaitan kau,jeritku namun tidak sebegitu kuat kerana tenaga yang sudah kehabisan.

Dia mengangkat kasar daguku bagi membolehkan dia menatap mataku lalu dia berkata dengan penuh angkuhnya kepadaku.

You know what?Aku tak sebodoh kawan aku yang lain.Aku dah bayar untuk kau.Pakej juga sebab kau berjaya tarik perhatian aku.Aku tak pedulilah dengan jantan tak guna macam Amir tu.Lagi elok dia mampus sebelum sempat dia rasa kau,katanya.

Sebab aku yang akan rasa kau dulu.You just enjoy that baby,
jejaka bernama Nazirul itu berkata lagi.Serentak dengan itu tubuhku diangkat dan diletakkan ke atas katil.

Aku nak lari.Aku tak nak biarkan maruah aku berakhir di sini.Aku cuba untuk bangun namun setiap kali aku cuba aku jatuh kembali kerana rasa sakit di kepalaku.

Stop baby!Stop buat apa yang kau tak mampu.Kau dah memang tak boleh lari dari aku.Just duduk diam and enjoy that,katanya dan mula membuka bajunya.

Allahu!Aku tak mahu Ya Allah.Jangan biarkannya Ya Allah.Maruahku Ya Allah.Bantu aku Ya Allah,rintih hatiku.

Air mataku tidak berhenti keluar.Pandangan aku juga semakin gelap.Tidak!Aku tidak boleh pengsan disaat-saat sebegini.Ia seolah-olah aku memberikan peluang kepada lelaki itu.

Apa yang aku boleh lakukan?Aku sakit sangat sangat Ya Allah.Aku tak boleh untuk bergerak.Pergerakanku terbatas Ya Allah.Aku tak mampu untuk lindungi maruahku.Sampai di sinikah maruah yang kujaga akan musnah?

Dia mula memanjat katil perlahan-lahan.Dia semakin mengahampiri tubuhku yang tak bergerak itu nersama senyumannya.

Jangann..Tolonglah jangan..Kesianlah kat aku..Tolonglah,rayuku kepada lelaki itu tanpa putus-putus.

Aku mohon Ya Allah kau palingkanlah niat kejinya itu Ya Allah.Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima rayuanku Ya Allah.Kau sedarkanlah dia yang sudah terpesong dari jalanmu Ya Allah,rayuku pada Yang Berkuasa pula.

Namun dia tetap tidak berubah.Tidak terbit langsung rasa bersalah dalam dirinya.Malah dia makin hampir memulakan agenda kejinya.

Aku pasrah Ya Allah.Aku reda.Aku terima kalau begini cara maruahku diambil.
Sesungguhnya aku cuba Ya Allah.Aku sudah sedaya upaya melindungi maruahku namun aku tetap tewas.Semoga ada hikmah di sebaliknya Ya Allah.

Dan disaat dia mula untuk membuka pakaianku,dia tiba-tiba sahaja rebah terbaring.Tidak aku pasti apa yang terjadi namun aku dengar dengan telingaku seperti bunyi pukulan kuat yang terhasil.

Dan aku ternampak satu bayang-bayang manusia yang memegang sesuatu di tangannya sebelum mataku terpejam rapat.

Hola.Baik kan aku?Siap bagi double update lagi.So aku harap korang enjoylah dengan dua bab yang aku kasi ni?

#Berterima kasihlah dekat seorang insan yang mendenda aku buat double update😂

#Jangan lupa vote and comment😙😙

Tata gais.Jumpa kat next bab kayyyhh✌✌

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now