BAB 5

2K 152 13
                                    

Aku terjaga daripada lenaku akibat suasana yang sangat sejuk sehingga terasa di tulang-temulangku.Memang wajar untuk aku berasa sedemikian,jam dinding pon sudah menunjukkan angka 3 pagi dan aku masih terbaring di atas lantai.Kesakitan yang aku rasakan tadi masih ada.Malah lebih perit apabila aku cuba untuk bangun.Namun aku gagahkan diri untuk bangun dan ingin menunaikan solat isyak yang aku tidak sempat laksanakan.

Aku tak tau apa yang si tua tu fikir tapi aku agak bersyukur kerana dalam bilik ini masih tersedia bilik mandi,alatan dan pakaianku selengkapnya.Namun hampir keseluruhannya seksi belaka.

Takkan aku nak solat dengan pakaian seksi macam tu.Nak pakai baju ni dah penuh dengan darah,kataku yang sedang hairan.

Tiba-tiba pintu yang elok tertutup itu dibuka.Ya Allah siapa tu?

Mataku saling bertentangan dengan jejaka yang membuka pintu sebentar tadi.Aku menganggarkan usianya mungkin dalam 20 ke 25 an begitu.Matanya yang bewarna coklat pekat itu mampu mencairkan hati mana-mana wanita termasuk aku.

Tak!jangan mudah tewas dengan lelaki Maya.Dia pun mungkin salah sorang ahli orang tua tu.Tegasku kepada diriku.

SUMAYAH QAISARA!katanya kepadaku bersama senyuman yang manis sekali.

Aku terpaku.Pertama suaranya.Betapa lembut dan ikhlasnya dilontarkan saat dia melafazkan namaku.Lama!lama sangat aku tak dengar orang memanggil namaku selembut itu.Kali terakhir ibu yang memanggilku sebegitu.Kedua senyumannya.Indahnya senyuman yang tulus itu.Dan yang ketiga,macam mana dia tahu nama penuhku?

Tak ingat saya ke Maya?tanya jejaka itu kepadaku.

Siapa? tanyaku dengan suara yang sangat perlahan.Aku tak tahu nak guna kau atau awak.Mengenangkan dia yang membahasakan saya aku seharusnya menggunakan awak tapi mengigati dia ahli orang tua tu aku sewajarnya bercakap kasar dengannya.

Saya!Muhamad Iqmal Danial Bin Rahman.Awak tak kenal saya ke Maya?katanya lagi.

Zappp!!

Daaniaal?Abang danial? kataku terketar-ketar sambil air mata yang mulai tumpah.

Mana mungkin aku lupa dia.Mana mungkin aku tak ingat cinta pertama aku.Mana mungkin aku lupa orang yang mengajar aku untuk percaya bahawa semua lelaki tak sama.Dan mana mungkin aku lupa lelaki pertama jugak yang tinggalkan aku selepas ayah tanpa khabar berita.

Aku rindu.Aku nak sangat cakap aku rindu dekat dia.Aku nak sangat cerita semua yang dah jadi kat aku pada dia.Aku nak sangat dia beri nasihat dan sokongan untuk aku macam dulu.Aku teringat kembali pertemuan pertama kami.

FLASHBACK

Aku sedang duduk di atas bangku yang tersedia di taman.Aku sedang menangis kerana teringat akan ayah yang pergi meninggalkan aku dan ibu.Sengaja aku menangis di sini bagi mengelakkan ibu ternampak air mata jernihku.Aku teresak-esak seorang diri.

Kenapa awak nangis?tanya seseorangan kepadaku.Aku angkat kepala yang menunduk tadi untuk melihat wajahnya dan kelihatan seorang remaja lelaki yang memandangku dengan pandangan yang hairan.

Tanpa memikir panjang aku yang berusia 10 tahun itu lantas memeluknya dengan erat.

Kenapa ayah tinggal Maya dengan ibu?Maya sedih.Maya rindu ayah.Tadi kat sekolah semua kawan-kawan Maya datang dengan mak ayah dia.Tapi Maya,ibu tak datang sebab kerja.Ayah pulak dah tinggalkan Maya, raungku kepadanya.

Dia agak tersentak namun perlahan-lahan menepuk belakangku supaya bertenang.

Tak apa abang danial ada.Mulai harini biar abang je yang teman Maya,katanya dengan tenang.

Aku mengangkat kepalaku yang elok tersembam di dadanya lalu berkata betulka?jadi nama abang daniallah?umur abang berapa?Nama penuh Maya Sumayah Qaisara.Nama penuh abang pulak?

Nama abang Muhamad Iqmal Danial.Maya boleh panggil abang danial je.Umur abang 13 tahun.Balasnya kepadaku.

Sejak daripada haritu hubungan aku dan abang danial memang rapat sangat.Selain ibu,dialah yang menjadi peneman aku.Sampai usia aku menganjak ke 12 tahun,aku nekad.Aku nekad nak mengaku yang aku cintakannya.

Abang danial! panggilku yang sedang duduk disebelahnya sambil memakan aiskrim.

Ye!kenapa Maya? soalnya sambil mengelap kesan aiskrim yang comot di pipiku dengan menggunakan tisu.

Aku terkaku sebentar.Aipp kembali kepada topik asal Maya.

Maya..Maya sebenarnya, kataku tergagap-gagap.

Sebenarnya apa?tanyanya hairan

Maya sebenarnya dah lama cintakan abang.Maya sayang sangat kat abang.Abang satu-satunya lelaki yang Maya ada.Abang sukakan Maya tak? kataku dalam satu nafas sahaja.Hati aku berdebar-debar untuk menanti jawapannya.

Maya.Apa Maya merepek ni?Maya baru je 12 tahun.Abang pulak baru je 15 tahun.Kita kecil lagilah Maya nak bercinta-cinta ni.Dahlah Maya abang kena pergi.Dah lewat.Maya balik sendiri harini ok.Abang ada kerja.Katanya dan terus berlalu menaiki motosikal pak rahman iaitu ayahnya.

Aku terkejut.Aku tak kesah kalau dia tak cintakan aku.Tapi aku tak sangka yang dia akan tinggalkan aku lepas aku luahkan segalanya.Maksud aku dia betul-betul tinggalkan aku tanpa sebarang khabar berita selama 3 tahun.

END FLASHBACK

Dan harini.Harini dia muncul betul-betul di hadapanku.Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaaan aku.Marah,gembira,kecewa.
Semuanya ada.Dia sekarang kulihat semakin berbeza tubuhnya lebih sasa berbanding 3 tahun dulu, wajahya juga semakin bertambah matang dan kacak.

Ya.Ni abang Danial.Maya ingatkan abang danial ?katanya lagi.

Air mataku semakin deras mengalir.Aku tak sanggup untuk berkata-kata namun aku gagahkan juga bagi mendapatkan jawapan.

Apa yang abang danial buat kat sini?selama ini abang pergi mana?kenapa tinggalkan Maya?Maya tunggu abang tau.3 tahun Maya tunggu tapi abang tak datang.Tapi harini Maya jumpa abang dekat tempat celaka ini.Abang mesti ada kena mengena dengan orang tua tak sedar diri tu kan.Apa pon buat kerja terkutuk macam dia kan? hamburku kepadanya.Aku cukup yakin dia pasti akan terpengaruh dengan perkara tak elok kalau tinggal dengan orang tua ni.Bayangkanlah duduk di tempat yang dikelilingi oleh perempuan seksi dan air kencing setan tu.Macam mana aku boleh tahu?Aku sendiri dengar suara-suara perempuan dan nampak botol-botol arak di dalam bilik ni.

Maya! jeritnya kepadaku.Bahuku sedikit terhinjut kerana terkejut.Dia menyambung lagi,Maya tahukan abang tak akan buat perkara tak elok.Waktu abang ada dengan Maya dulu pon abang tak pernah sentuh Maya.Pasal tinggalkan Maya abang minta maaf sangat abang cuma terpaksa dan macam mana abang ada kat sini pon sampai satu masa nanti Maya akan tahu.Cuma bukan waktunya sekarang.

Abang kena pergi sekarang.Abang dah bawakkan keperluan untuk Maya sembuhkan luka Maya.Abang minta maaf.Abang tak boleh buatkan untuk Maya.Maya pon tak sukakan kalau abang pegang Maya.Pakaian untuk Maya pon abang dah bawakan.Tu baju abang.Jadi mungkin besar sikit.Abang pergi dulu.Sekali lagi abang minta maaf sangat.Terus dia berlalu daripada bilikku setelah usai berkata.

Terima kasih abang.Maya akan pastikan Maya tahu hal yang sebenar abang.Kataku seorang diri.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now