BAB 16

1.1K 91 58
                                    

MEDIA:Maksud nama hero and heroin.Aku pon tak tahu kenapa aku rajin sangat pegi cari😂

                .........................

Pening!Kepala aku terasa sangat pening.Aku tidak tahu apa yang dia suntik ke dalam tubuh aku.Pandangan aku mula kabur.Badan tidak dapat diimbangkan.

Aku tidak boleh pengsan.Aku tak tahu apa yang dia akan lakukan.Aku kena kuat.Aku kena lari.Aku kena pergi dari sini.Nyawa aku bila-bila sahaja akan terancam.

Baru sahaja aku ingin melangkah pergi,kakiku ditembak oleh si dia.Aku mula rebah.Namun aku gagahi untuk berlari lari.Seperti mana kaki kananku kaki kiriku juga menerima nasib yang sama.Nyilu semakin terasa di kedu-dua belah kakiku.Sakit yang aku rasa tidak tertahan hingga aku tidak mampu untuk berdiri lagi.Pandangan juga mula berubah semakin gelap dan akhirnya aku rebah.

            ............................

Bau hanyir semakin menusuk ke dalam hidungku.Aku yang terpejam mula membuka perlahan-lahan mataku.Tekak terasa seperti ingin mengeluarkan seluruh isi perutku.Keseluruhan tubuhku dimandikan dengan darah.Tangan dan badanku elok terikat pada kerusi.

Seketika aku teringat akan jejaka itu.Diakah yang mengikatku sebegini.Aku memandang di sekeliling bagi mencarinya namun kelibatnya
tidak kelihatan.

Dah bangun!satu suara keras menjengah di pendengaranku.
Dia yang entah dari mana muncul bertanya sambil menghadiahkam aku senyuman sinis.

Kau siapa ha?Apa yang kau buat ni?Lepaskan aku tak guna.Kau dah bunuh bapak aku.Sekarang kau nak bunuh aku pulak ke?Lepaskah aku lah bodoh,aku menjerit dengan seluruh kekuatan yang ada.

Pipiku dicengkam olehnya dan daguku diangkat mendongak memandangnya.

Kau tak layak untuk tahu aku siapa?Kau tak layak tahu apa yang aku buat?Dan kau tak layak untuk suruh aku lepaskan kau.Sebab kau!Kau hanya layak untuk mati macam bapak kau,dia berkata dengan pandangan mata yang menikam.

Aku mengalihkan wajahku.Tidak aku biarkan diriku disentuh oleh manusia berhati binatang seperti dia.

Kau tak ada hak nak tentukan hidup dan mati aku.Kau bukan Tuhan yang tentukan takdir aku.Kau cuma makhluk ciptaan tuhan yang bertopengkan syaitan,kataku kepadanya.

Buk!Buk!Buk!

Perit muka aku ditumbuk olehnya.Tidak cukup sekali,aku ditumbuk lagi bertubi-tubi.Darah aku semakin banyak mengalir dan bercampur dengan darah yang sememangnya disimbah kepadaku.

Aku tidak dapat melawan.Tangan,kaki dan badanku diikat kemas pada kerusi.Aku tidak mampu untuk mengelak kerana tumbukannya pantas dan padu.Akhirnya aku hanya terlentok lemah seusai dia membelasah aku.

Kau jangan kurang ajar betina.
Kau tak kenal aku siapa?Tapi aku kenal kau.Kenal sangat, sampai aku jijik dengan kau.Kau jangan berani melawan aku,dia berkata dengan penuh bengis.

Aku tidak mampu membalas.Sejujurnya aku takut.Aku takut untuk bersuara.Perit.Perit sangat wajahku terasa.Aku tidak sanggup lagi menerima pukulan begitu lagi.

Kau nak tahu tak?Darah siapa yang aku simbah dekat kau?Kau nak tahu tak darah siapa yang bersatu dengan darah kau?dia bertanya sambil tersenyum.

Aku hanya berdiam diru.Keseluruhan wajahku terasa sakit sangat.Tidak mampu untuk aku menggerakkan bibirku.Bahkan untuk bernafas pon terasa sangat sakit.

Kalau kau nak tahu,ni darah bapak kau.Kau tahu tak apa yang aku buat dekat mayat bapak tak guna kau tu?kau nak tahu tak?,pipiku sekali lagi dicengkam seusai dia bertanya.

Sakit.Sakit sangat.Apabila aku tidak menjawab,cengkamannya semakin diperkemaskan.Muka aku terasa sangat nyilu.Aku akhirnya mengangguk.

Dia melepaskan cengkamannya.
Aku tertunduk lemah.Sengal semakin terasa di wajahku.Lantas dia menolak kasar tubuhku yang terikat.Kerusi beroda itu bergerak dan berpusing ke belah belakang.

Aku yang tertunduk tadi mengangkatkan wajahku apabila terasa tubuhku ditolak
kasar.

Aku terkaku sebelum kedua-dua belah mataku mengeluarkan air mata.Mata yang tidak berhenti menangis itu,aku segera pejam dengan kasar.Mulut yang terasa berbisa itu tidak berhenti menyebut nama Tuhan yang esa.

Seronok tak?Seronok tak tengok orang yang kau sayang terseksa macam tu?dia bertanya tanpa rasa bersalah.

Ayahhh.Keadaannya sangat teruk.Tubuhnya digantung di atas siling bilik stor tu dalam keadaan terbalik.Kepalanya yang hancur berkecai itu diputuskan.Kedua-dua belah lengannya dipotong.

Darah yang tidak putus-putus mengalir keluar itu ditadah dalam satu kontena sederhana besar yang diletakkan betul-betul di bawahnya.Dan sempat aku lihat di dalam kontena itu terdapat kepala dan kedua-dua belah lengan ayah yang sudah dipotong.

Mataku yang terpejam itu dipaksa buka olehnya.Dek kerana tidak tahan dengan desakan dan pukulan di tubuhku,aku akhirnya membuka mata.Sesudah aku membuka mataku aku sekali lagi disimbah oleh darah yang ditadah olehnya.

Kepala dan lengan yang dipotong itu bertaburan di dalam bilik stor itu.Bau darah semakin memualkan aku hingga aku terpaksa menggerakkan kepalaku bagi menghilangkan sisa-sisa darah yang masih membasahi wajahku.

Aku seronok.Aku gembira tengok kau merana macam ni.Dah lama.Dah lama aku tunggu untuk bunuh bapak kau.Tapi aku sabarkan dulu sebab aku nak kau tengok dengan mata kepala kau sendiri aku bunuh bapak kau.Dan sekarang,binatang ni dah mampos.Tunggu  masa kau pulak.Tapi lepas aku seksa kau cukup-cukup,katanya dalam nada yang cukup sinis.

Aku rasa aku patut mulakan dengan hancurkan muka binatang kau ni.Nampak macam tak cukup je dengan tumbukan aku tadi,usai berkata begitu dia pergi melangkah ke luar bilik.

Apa yang dia nak lakukan?Aku takut.Aku takut sangat.Selamatkan aku Ya Allah.Aku masih banyak dosa. Aku belum cukup suci untuk menghadapmu Ya Allah.

Kreeek!!

Bunyi pintu dibuka kedengaran.

Kting!Kting!Kting!

Bunyi seperti suatu yang diperbuat daripada besi kedengaran diseret.

Dan dia di hadapan pintu bersama sebilah kapak yang diheretnya.

Ya Allah!Apa yang dia cuba untuk lakukan.Aku takut sangat,luah isi hatiku.

Aku rasa sesuai sangat aku hancurkan muka kau dengan kapak ni.Aku jijik tengok rupa kau.Jijik sangat,usai berkata begitu kapak yang diheretnya itu diangkat tinggi dan dihalakan tepat ke wajahku bersama senyuman bengisnya.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now