BAB 11

1.1K 97 51
                                    

Perlahan-lahan aku turun daripada katil.Setapak demi setapak aku melangkah mendekati pintu yang tertutup itu.Apa yang aku rasakan sekarang hanyalah perasaan takut.Aku takut kalau apa-apa terjadi dekat dia.Dekat insan yang aku cintai.

Tangan terketar-ketar untuk membuka pintu.Namun aku gagahkan juga.Aku harus tahu apa yang terjadi.Ia berkait dengan Abang Danial.

Dengan lafaz bismillah,akhirnya pintu itu dibuka.Suasana yang gelap menyukarkan aku untuk melihat.Aku ingin membuka lampu namun aku takut sekiranya ia mengundang kepada perkara buruk.

Aku lihat bilik abang Danial.Biliknya terbuka.Aku baru sahaja ingin masuk ke dalam biliknya bagi memastikan sama ada dia ada ataupun tidak.Namun begitu saat terpandangkan cahaya lampu yang menyala dari dapur aku membatalkan niat tersebut.
Aku menukar haluan.Aku segera berlalu ke dapur kerana dalam fikiranku mungkin abang danial tercedera akibat terkena pisau sewaktu melakukan kerja di dapur.

        ..............................

Dan tekaan aku benar sekali.Seorang lelaki sedang mengerang kesakitan dengan pisau yang terjunam di perutnya.Di sekelilingnya terdapat 5 orang lelaki.Tidak dapat aku melihat wajah mereka kerana semuanya membelakangi aku.

Saat aku terkaku,aku perasan mata abang Danial menikam tajam terhadap mataku.Mata yang bekaca itu nampak terseksa sekali.Mata itu seperti sedang menahan sekali kesakitan yang dialaminya.
Di satu sudut,mataku juga senang menakung linangan air mata.

Kepalanya tergeleng-tergeleng.Aku faham maksudnya.Aku mengerti yang dia sedang cuba untuk menyuruh aku pergi.Dia sedang
cuba untuk lindungi aku biarpun dia sedang kesakitan
Ya Allah sayangnya dia kepada aku.

Aku tak sekejam itu.Aku takkan tinggalkan orang yang aku cintai sewaktu dia sedang bertaruh nyawa.Cukuplah. Cukuplah sekali sewaktu ibu pergi aku tiada bersamanya. Aku tak boleh ulang kesalahan tu lagi.

             ..........................

Tanpa belas kasihan,pisau yang sudah dihunus itu ditekan lebih ke dalam.Terpekik insan yang aku sayangi itu.Tidak cukup dengan itu,disepak terajang oleh kelima-lima lelaki itu.Penumpuk yang dilepaskan juga tak terkira.Hentakan di kepala juga semakin kuat hingga darah membanjiri lantai.Pekikakn,jeritan dibiarkan seperti angin berlalu.Darah yang tidak berhenti mengalir itu dibiar tanpa rasa bersalah.

Aku lihat nafas Abang Danial semakin lemah.Tubuhnya juga tidak meronta-ronta dan matanya yang sentiasa membuatkan aku terpukau itu mula tertutup.

Cukup.Cukuplah.Cukup jadi lemah Sumayah Qaisara.Dia,
lelaki yang kau cintai.Lelaki yang kau sayangi.Lelaki yang
menjaga dan menyelamatkan kau.Lelaki yang kau impikan untuk jadi suami kau.Dan dia lelaki yang sedang terkulai tidak bernyawa di depan mata kau.

Dan kau masih di sini.Masih berdiri tegak tidak berbuat apa-apa.Hanya mampu mengalirkan air mata dan meratapi kematiannya.

TAK!TAK

Aku bukan wanita lemah.Aku bukan wanita yang hanya tahu menangis.Aku bukan wanita yang akan berdiam diri apabila melihat orang yang aku cintai diperlakukan begitu.

Kau semua.Jantan sial tak guna.Apa salah dia kat kau ha.Apa hak kau nak bunuh dia.Aku akan bunuh kau semua.Kau semua tak guna,jeritku lantang.

Mereka yang terkejut akibat jeritanku masih tegak berdiri.Segera aku mencapai pisau yang ada si atas kabinet.Terus aku layangkan di bahagian perut kepada salah seorang daripada mereka.Aku terus mara dan menghunus pisau tadi kepada orang ke dua.Kedua-dua lelaki itu jatuh terduduk mengerang kesakitan

Baru sahaja aku ingin menyerang lelaki ketiga,aku merasakan sesuatu terhentak kuat di kepala aku.Pandanganku mula berpinar-pinar.Kaki sudah tidak dapat diseimbangkan.Dan
aku jatuh terkulai di atas lantai.

Aku tak tahu apa yang jadi.Pandanganku mula gelap.Yang aku nampak hanyalah senyuman sinis ketiga-tiga jejaka itu dan dapat aku dengar salah seorang bekata penderitaan kau baru bermula.Dan akhirnya pandanganku bertukar segelap-gelapnya bersama linangan air mata.




NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now