BAB 27

1K 82 0
                                    

Aku masih berjalan dan terus berjalan.Aku tidak mempunyai sebarang hala tuju.Dihalau serta-merta membuatkan aku langsung tidak pernah memikirkan apa yang boleh aku lakukan.Sudahlah tempat ini terlalu asing buatku.Aku sendiri tidak tahu aku berada di mana sekarang.

Banyak kereta yang lalu lalang di sini.Namun,tidak aku cuba menahan kerana dengan pemakaianku yang penuh dengan darah ini,membuat aku pasti tiada siapa yang ingin membantuku.Ditambah pula dengan wajah yang comot dan kotor membuatkan ramai pemandu yang memandang enteng ke arahku.

Berbekalkan tenaga yang tidaklah sekuat mana ini aku masih meneruskan
perjalanan.Terik matahari yang memancar membuatkan aku terasa terlalu penat dan dahaga.Sudahlah semalam kali terakhir aku minum dan menjamah makanan.Itu pon hanya roti dan air mineral yang syaitan tu berikan.Ikutkan hati,aku memang tidak ingin menyentuhnya.Namun oleh kerana lapar yang amat aku memaksa diri utuk mengambilnya.

Aku menjangkakan aku semakin menghampiri kawasan bandar.Ini kerana banyak bagunan-bangunan yang boleh aku nampak.Sekali imbas aku terasa seperti berada di bandar Kuala Lumpur apabila terpandangkan bangunan KLCC yang gah berdiri.Aku sememangnya tidak tahu menahu soal bandar ini kerana sememangnya aku berasal daripada kampung.Sewaktu tinggal bersama maksu pon aku tidak pernah keluar merayap sekitar sini.Jadi aku masih terkial-kial mencari balai polis.

Benar.Sekarang ni hanya balai polis yang menjadi arah tujuanku.Mengenangkan keadaanku seperti ini.Aku rasakan hanya balai polis yang sesuai aku jadikan tempat destinasiku.Ya memang.Niatku hanya satu.Hanya ingin melaporkan durjana itu kepada polis.Biar dia sedar yang aku tidak sebodohnya memaafkan kesalahan dia.

Ibu pejabat polis sudah tesergam indah di hadapanku.Tinggal perlu aku masuk dan melaporkan apa yang terjadi.Namun entah mengapa kaki aku masih berat mahu melangkah.Hati yang sedari tadi tidak sabar mahu melaporkam kesalahan syaitan itu mula berbolak balik.

Maya kau kena kuat.Kau tak boleh lepaskan manusia seperti dia.Kau pernah berjanji bukan untuk memastikan insan yang membunuh ibu mendapatkan hukumannya.Dan sekarang janji kau akan terlaksana.Kau hanya perlu melangkah masuk dan durjana tu akan diberikan hukuman ke atas perbuatannya,
desis akalku.

Semangat semakin membara dalam diriku.Kaki aku mula melangkah ingin memasuki pejabat polis tersebut.
Namun baru setapak aku melangkah aku kembali terhenti.Aku kembali terkaku.
Saat ini hati aku pula memainkan peranan.
Menyangkal segala kata-kata daripada akalku.

Maya kau cintakan dia bukan?Mengapa kau tidak hanya melupakan kesalahannya dan memaafkan.Bukankah itu jauh lebih baik.Kau tak sanggup lagi melihat orang yang kau cintai ditahan oleh pihak berkuasa,desis hatiku pula.

Tak Maya!Kau dah tak cintakan dia.Dia dah bunuh ibu.Kejamya kau kalau kau lepaskan dia.Orang yang dia bunuh,ibu kau Maya.Wanita yang amat kau sayangi,akal kembali berkata-kata.

Jangan tipu diri kau Maya.Kau tak sanggup bukan nak laporkan dia.Kau tak sanggup bukan melihat orang yang kau cintai menerima hukuman.
Hukuman yang mungkin dikenakan atasnya sangat berbahaya.Kemungkinan
besar dia boleh digantung atas kesalahan membunuh Maya.Sanggup ke kau terima orang yang kau sayang tinggalakan kau lagi,desis hatiku lagi.

Pergi Maya!Tunjuk pada dia yang kau kuat.Kau dah tak cintakan dia lagi.

Tak Maya!Kau akan menyesal nanti.Kau sendiri yang akan kecewa dengan perbuatan kau.

Hati dan akalku saling silih berganti.Terlalu berat untuk aku membuat keputusan.Aku ingin sekali melihat syaitan itu dihukum.Aku ingin sekali membuat dia menderita atas perbuatannya.Malah aku selalu mengimpikan bahawa diri aku sendiri yang membawa dia ke pengadilan supaya aku dapat membalas balik segala yang sudah dia lakukan ke atasku.

Tapi!Mengapa aku tidak boleh?Mengapa hati masih menyangkal segala yang telah akalku fikirkan?Mengapa sekeping hati yang sudah hancur itu mampu menghalang diriku daripada berbuat demikian?Tidak cukup hancur berkecai lagikan dirimu wahai sekeping hati?Harus sekuat mana kau dihancurkan supaya kau dapat terima kenyataan?

Kenyataan yang dia jahat.Dia kejam.Dia pembunuh.Dia seksa hidup kau.Dia tak pedulikan perasaan kau.Dia hanya menyusahkan kau.Dia hanya berdendam dan tidak mencintai kau.

Tak bolehkah kau menerima semua itu?Tidak cukup jelas lagikah segala perbuatannya?
Tidak cukupkah untuk kau membenci dirinya?Tidak cukupkah untuk kau bina semangat baru dan lupakan dia?

Hingga akhirnya.Aku tewas.Sekuat mana pon akalku berkata-kata aku tetap memilih sangkalan hatiku.Hati yang terlalu hancur ini masih berjaya menghalangdiriku.Aku benci dia.Benci sangat.Tapi aku tak mampu untuk menunjukkan rasa benciku.

Aku lemah sebab tidak dapat melawannya.Mungkin belum tiba masanya Haziq.Mungkin hati aku belum kuat untuk melihat kau tersiksa.Tapi aku yakin bahawa diri aku bencikan kau.Teramat bencikan
kau.Suatu hari nanti mungkin aku akan sedia melaporkan segalanya.Dan waktu itu ketahuilah sedikit rasa kasihan takkan pernah wujud dalam diri aku buat kau.

Maka badan aku pusing ke arah belakang.Niat di hati ingin meninggalkan balai polis ini.Namun aku masih tidak tahu hala tujuku.Tidak mungkin aku akan kembali ke rumah maksu.Sudah pasti aku tidak akan diterima olehnya lagi.

Bantu aku Ya Allah.Kemana lagi harus aku pergi.Bagaimana aku boleh meneruskan hidupku.
Tempat tinggal sahaja aku tidak ada.Mahu kembali ke rumah ibu,aku tidak mempunyai sebarang duit.Mana mugkin aku boleh sampai ke sana tanpa duit.Tambang bas atau teksi sahaja sudah berapa?Sudahlah rumah ibu jauh di Pahang,ligat otakku berfikir.

Semakin lama berfikir semakin parah kepala aku terasa sakit.Dengan perut yang kosong dan tekak yang kelat itu menambahkan lagi rasa sakit pada diriku.Matahari pula semakin terik memancar sehingga muka yang comot itu sudah mula kemerah-merahan.

Kakiku cuba dihayunkan ke arah pondok yang terdapat di hujung balai.Niat di hati ingin berehat sebentar.Aku pasti sekiranya aku pergi ke sana sedikit sebanyak aku dapat merehatkan tubuhku.
Tambahan pula di sana agak teduh.Sangat berbeza dengan tempat yang aku berdiri sekarang.

Namun begitu sakit yang aku rasakan di kepala semakin parah.Sehinggakan peluh tidak berhenti keluar daripada sekitar wajahku.Muka juga turut berkerut-kerut akibat menahan kesakitan.Pandangan juga aku lihat semakin gelap.Itupun sipi-sipi sahaja aku nampak kerana mataku
terpejam akibat sakit di kepala yang amat itu.

Aku tetap mengagahkan diriku untuk tiba di sana.Aku perlu kentalkan diri.Mustahil aku mahu rebah di sini.Sedikit demi sedikit aku hampir tiba.Kepala aku tundukkan kerana tidak mahu terdedah kepada terik matahari itu.Maka aku lansung tidak perasankan apa yang terdapat di hadapanku.Aku sudah tidak mempedulikan apa-apa.Yang terdapat dalam fikiranku hanya mahu tiba di situ.

Sedang asyik badanku yang terhuyung-hanyang itu berjalan,entah apa yang terjadi namun yang aku pasti tubuh aku dihentak sesuatu yang amat keras.Sakit yang aku rasakan berkali-kali ganda daripada sakit di kepalaku.Hentakan yang terlalu kuat meyebabkan
badanku jatuh rebah.Tidak pasti apa yang terjadi namun sebelum mataku tertutup rapat aku nampak ramai tubuh manusia yang mengerumuni aku.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now