BAB 1

2.9K 180 72
                                    

Tanah  itu aku pegang dengan penuh rasa sedih, pilu, rindu dan semuanya saling bercampur baur. Yaasin yang baru sahaja aku habiskan bacaannya itu aku letakkan di pondok yang telah disediakan di tanah perkuburan. Air yang memang aku bawa  bertujuan menyuburkan lagi bunga yang telah kutanam di kubur ibu itu aku siram dengan berhati-hati. Batu nisan yang tertera nama insan tersayang itu aku belai dengan lemah lembut. Betapa aku berharap agar aku dapat merasakan lagi belaian lembut seperti itu yang sering ibu lakukan terhadapku. Namun aku sedar itu hanyalah bayangan yang tak akan aku kecapi. Tak apalah aku akan tunggunya di akhirat kelak. Makbulkan doaku Ya Allah.

Sudah seminggu ibu pergi meninggalkan aku tapi sampai sekarang pembunuhnya masih hidup bebas di luar sana. Namun, polis masih lagi meneruskan hasil siasatan. Aku hanya meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas polis kerana aku tahu aku tidak akan mampu untuk menyiasatnya sendiri. Aku teringat kembali bagaimana polis boleh mula terbabit dalam hal ini.

FLASHBACK

Selepas sahaja aku kembali tenang dengan pemergian ibuku aku dikejutkan dengan panggilan salam daripada Mak Su yang memang bertujuan untuk melawat aku dan ibuku.

"Assalamualaikum," laung Mak Su dari pintu belakang rumah.

Aku terkaku namun jauh di sudut hatiku, aku masih menjawab salam yang telah diberikan. Menyedari tiada sahutan dari sesiapa dan pintu belakang yang sememangnya tidak berkunci Mak Su terus sahja masuk ke rumah.

"Astaghfirullahalazim, Maya kenapa ni? Apa yang dah jadi pada mak kamu? Kenapa penuh dengan darah?" tanya Mak Su bertubi-tubi kepada aku dengan intonasi yang terkejut dan mata yang mula memerah.

Aku tidak mampu berkata apa-apa dan hanya memeluk Mak Su bersama air mataku yang tumpah sekali lagi. Mak Su cuba menenangkan aku dengan menyuruh aku untuk beristighfar sambil dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon kepada polis.

Maka sejak itu polis mula campur  tangan dan menganggap ini sebagai kes pembunuhan serta akan cuba untuk menyelesaikannya secepat yang mungkin.

END FLASHBACK

Sedang aku terleka mengenangkan kisah tersebut aku dikejutkan dengan panggilan dari seseorang yang amat kukenali.

"Maya! Maya!"laung suara itu. Tak lain tak bukan suara itu daripada Mak Su.Setelah ibu pergi, Mak Su menyuruh aku untuk tinggal bersamanya. Katanya dia hanya tinggal berseorangan kerana suaminya sering ke luar negara kerana pekerjaannya. Ya, memang benar. Selama seminggu aku tinggal bersamanya, memang aku tidak pernah lagi terserempak dengan suaminya. Aku sememanganya jarang bertemu dengan suaminya. Seingat aku kali terakhir aku berjumpanya sewaktu umurku 9 tahun. Anak pula? Sayangnya Mak Su masih tidak berpeluang untuk mempunyai zuriat. Aku hanya mampu untuk setuju kerana kasihan akannya dan pada masa yang sama aku mahu melupakan peristiwa hitam tersebut. Lagipun, aku hanya ada Mak Su di dalam hidupku sekarang.

"Sudah-sudahlah tu jom balik. Harini Pak Su kamu balik jadi maksu nak masak makanan tengah hari. Kita kena singgah pasaraya untuk beli bahan basah," kata Mak Su kapadaku.

Aku agak terkejut dengan berita itu namun aku hanya mengangguk dan berkemas lalu pergi ke kereta Mak Su yang sudah aku tumpang untuk ke tanah perkuburan sebentar tadi.

Usai aku dan Mak Su memasak makanan tengah hari, aku dikejutkakan dengan bunyi ketukan pintu lalu aku segera menyarungkan tudung hitam yang memang tersedia kerana aku pasti ketukan itu daripada Pak Su..Aku pergi membuka pintu kerana Mak Su sedang membancuh air  untuk dijamu sebentar lagi.

Sewaktu aku membuka pintu dapat kulihat wajah terkejut daripada Pak Su. Mungkin Mak Su belum menceritakan tentang aku padanya. Keadaanya sebenarnya jauh beza daripada tanggapanku. Aku sangka dia berpakaian segak seperti baru pulang daripada kerja namun realitinya dia hanya mengenakan tshirt yang agak lusuh dan seluar jean yang terkoyak sana sini.

Aku hanya tersenyum dan mempersilakan dia untuk masuk namun sewaktu dia berlalu di sebelahku dapat kulihat matanya meliar pada badanku dari atas ke bawah dan sedikit senyuman sinis terukir di wajahnya. Aku hanya mampu mendiamkan diri walhal sebenarnya aku agak takut.

Sewaktu di meja makan aku perasan yang dia banyak memerhatikan aku sampaikan Mak Su yang sedang bercerita langsung tidak menarik perhatiannya. Adalah juga maksu bertanya tentang pakaiannya namun dia mengatakan bahawa bajunya kotor dan terpaksa meminjam baju ini daripada rakannya. Usai makan aku menawarkan diri untuk mengemas meja serta mencuci pinggan cawan yang kotor. Namun, sewaktu aku mencuci pinggan mangguk yang kotor, aku terasa ada tangan yang cuba untuk memelukku. Lantas aku memusingkan badan dan alangkah terkejutnya aku apabila mendapati orang tersebut ialah Pak Su. Aku menganjak ke tepi bagi mewujudkan jarak di antara dirinya dan diriku.

"Apa Pak Su buat ni?" tanyaku kepada paksu dengan suara yang agak meninggi.

"Alah Pak Su nak peluk sikit je. Takkan nak peluk anak saudara sendiri pon tak boleh?" jawab Pak Su dalam nada tak bersalah beserta senyuman miang yang masih terukir di bibirnya.

"Mana boleh Pak Su! Kita bukan bapa saudara dan anak saudara kandung. Haram untuk bersentuhan," jawabku lancar dan diselitkan nada ketegasan.

"Ok! Ok! Pak Su tak buat dah. Janganlah marah. Pak Su mana tau sangat pasal hukum hakam ni. So please jangan bagi tahu Mak Su tau," katanya dengan riak wajah bersalah dan seolah-olah meminta simpati.

"Ok! Maya tak bagi tau Mak Su. Tapi lepas ni, Pak Su jangan dah cuba pandang-pandang dengan pegang Maya,' aku membalas. Aku cuba untuk bersangka baik mana tahu kalau dia betul-betul tidak sengaja.

"Ok! By the way Maya ni cantik sangat," katanya lagi bersama senyuman yang agak sukar untuk aku tafsirkan.

Baru sahaja aku ingin membalas dia menyambung lagi. "Paksu puji je, jangan marah pulak".

"Ohh terima kasih," kataku. Sejurus dia mengucapkan sama-sama dia meminta izin untuk berlalu. Tidak pasti perasaan aku sahaja atau benar tapi yang aku perasan sebelum berlalu dia tersenyum kepada aku, namun bukan senyuman manis malah senyuman yang agak sinis.

"Aih kau ni Maya, orang dah nak baik kau pulak bersangka buruk," bidas akalku kepada diriku sendiri sebagai salah satu langkah untuk husnuzon.

Setelah selesai membasuh pinggan, aku berhajat untuk mandi dan menunaikan solat Zohor di dalam bilik. Jadi aku berlalu ke bilik.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now