BAB 8

1.6K 104 23
                                    

Maksud abang....Dia berjeda sebentar.

Dia ni buat aku tertanya-tanya betul.Apa yang dia nak cuba sampaikan sebenarnya ni.

Apa?tanyaku tidak dapat menahan sabar.

Maksud abang nak kahwini Maya,jawabnya tenang.Lantas dia menyuruh aku duduk kerana kami sudah tiba di hadapan sungai.Cekap betul pendengarannya.Tak aku duga betul-betul ada sungai di sini.Namun  itu tidak mampu mengejutkan aku kerana aku jauh lebih terkejut dengan apa yang dia sampaikan sebentar tadi.

Maya tak gembira ke dengan niat abang tu? tanyanya.

Aku terdiam.Aku tak tahu apa yang aku rasa.Aku memang mencintainya.Malah dialah lelaki pertama yang ada di dalam hatiku malah sampai sekarang tidak ada yang mampu menggantikannya.
Namun aku khuatir sekiranya dia hanya mengahwini aku kerana simpati.Aku ragu-ragu adakah dia mencintai aku?Bahagiakah perkahwinan aku sekiranya aku hanya bertepuk sebelah tangan?

Abang tak cintakan Maya kan?Abang sebenarnya cuma kesiankan Maya.Aku menyuarakan apa yang tersirat dalam hati aku.

Kenapa Maya cakap macam tu?Maya yakin ke abang tak cintakan Maya?tanyanya dalam nada mengendur.Kecewa mungkin.

Habistu kenapa dulu masa Maya cakap Maya cintakan abang,abang pergi menghilangkan diri macam tu je?Kenapa baru sekarang abang datang dan cakap abang cintakan Maya?Mustahil abang boleh cintakan Maya dalam masa 3 harini.Mustahil,
jawabku dengan nada yang sedikit tinggi beserta linangan air mata.Aku lemah sangat bila teringat tentang kejadian itu.

Abang terpaksa Maya.Abang terpaksa tinggalkan Maya.Abang sakit Maya.Abang hilang sebab abang ke luar negara untuk buat rawatan.Abang tak sanggup beritahu Maya.Abang tak nak Maya sedih.
Abang dah lama cintakan Maya.Demi Allah abang cakap,abang cintakan Maya sejak pertama kali kita jumpa.Sejak Maya menjadi perempuan pertama yang abang peluk.Sejak Maya menjadi perempuan pertama yang abang cuba untuk hilangkan air matanya selepas ibu abang.Abang tak sanggup nak mengaku sebab abang tahu peluang abang untuk hidup tipis sangat.Abang menghidap kanser waktu tu.Abang tak nak Maya sedih kalau abang mati.Abang tak sangka abang masih diberi peluang untuk hidup.Maka sejak hari itu abang janji yang hanya Maya perempuan yang abang cintai.Dan sekarang abang nak buktikannya dengan berkahwin dengan Maya,terang Abang Danial panjang lebar.

Haa..habistu kenapa abang tak cari Maya lepas abang dah sihat.Kenapa abang boleh ada dengan orang tua tak guna tu? aku menyoalnya kembali.Memang hatiku agak sayu mendengar luahannya namun aku tetap gagahkan demi mendapatkan jawapan.

Bagi Maya mungkin dia orang tua tak guna tapi bagi abang dia manusia yang paling abang sayang selepas mak ayah abang dan Maya.Dia orang yang jaga abang.Dia orang yang berikan abang kasih sayang lepas mak dan ayah abang pergi.Dia yang besarkan abang  sampai sekarang,katanya.

Apa maksud abang dia yang jaga abang.Apa maksud abang dia yang bagi kasih sayang dekat abang.Takkan orang sekejam tu mampu jadi pengganti mak dan ayah abang? soalku penuh hairan.

FLASHBACK

Seorang remaja lelaki sedang terbaring lemah di atas jalan raya bersama darah yang mengalir di wajahnya.

Perlahan-lahan dia melangkah mendekati keretanya yang sudah terbalik bagi melihat keadaan kedua orang tuanya yang tercinta.

Suasana yang gelap akibat kepekatan malam itu menyukarkannya untuk bergerak.Namun berkat cahaya lampu pada keretanya itu dia akhirnya berjaya tiba di kereta tersebut.

Air mata kian lebat mengalir dek kerana terlihatkan keadaan kedua-dua orang tuanya yang tidak sedarkan diri itu.

Mak...Ayah..Bangun,jangan tinggalkan Nial.Raung remaja lelaki tersebut apabila mak dan ayahnya tidak sedarkan diri setelah digoncang berkali-kali.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now