BAB 35

977 78 54
                                    

Haziq POV

Aku tidak salah tengok bukan?Di hadapan aku sekarang tak lain tak bukan perempuan sial tu?Sumayah Qaisara.Wajahnya masih sama seperti dulu cuma kelihatan sedikit cengkung.
Wajahnya juga jelas teramat pucat sekarang.Bibirnya aku lihat terketar-ketar.

Aku akui aku agak terkejut apabila terdengar jejaka yang mengakui sebagai abangnya ini menyebut nama perempuan bodoh ini.Aku juga mengaku,hatiku agak berbunga-bunga apabila mendengarkan namanya.Dan aku juga mengaku,aku amat gembira apabila mendengar nama yang sudah lama tidak aku dengarkan itu.

Namun saat terpandangkan wajahnya,segala rasa tadi lenyap dan digantikan dengan rasa yang penuh dengan dendam dan kebencian.Aku benci tengok muka dia.Aku jijik dengan wajahnya.Betapa gelinya aku melihat wajahnya yang mula berkaca air mata itu.Dia fikir aku akan kesiankan dia apabila melihat air mata murahnya itu.Dasar perempuan lemah.Dari dulu sampai sekarang langsung tak berubah.Air mata tak pernah berhenti daripada menjadi penemannya.

Aku agak musykil.Mengapa jejaka ini mengakui Maya sebagai adiknya?Aku kirakan selepas aku halau perempuan ni dia akan merempat sebab setahu aku dia sudah tiada saudara mara yang lain lagi.Apakah ini keluarga angkatnya?

Ahhh persetankan semua tu?Pergi jahanam lah apa nak jadi dengan perempuan bodoh tu.Aku peduli buat apa,desis hatiku.Yang aku tahu sekarang aku mahu pergi dari sini.

Tidak menunggu lama,aku lantas membangunkan tubuhku yang terbaring tadi dengan kasarnya.Sakit memang usah dikata.Namun ego memaksa aku untuk mengabaikan semua ini.Aku tak boleh lama-lama berada dengan dia.Aku takut.Aku hanya takutkan dua perkara.Pertama aku akan terlalu membencinya dan tidak sanggup membunuhnya.Dan kedua aku akan terlalu mencintainya namun aku tidak mampu meraih cinta itu.

Jejaka tadi kelihatan sedikit tersentak apabila melihat Maya yang mengalirkan air matanya itu.Kemudian pandangannya terarah pula kepada aku yang sudah dalam keadaan duduk melunjur itu.

Kenapa Maya menangis?Kau apahal tiba-tiba bangun?soalnya penuh hairan.Maya tidak menjawab persoalannya dan hanya menangis teresak-esak.Maka jejaka itu lantas memeluk Maya bagi tujuan menenangkannya.Huh!Dasar perempuan murah.Acah alim tapi berpelukan dengan jantan.Panas akibat melihatkan aksi mereka berdua yang berpeluk sakan itu,aku lantas mengeluarkan suara.

Terima kasih sebab dah selamatkan aku.Aku tak perlu berlama-lama kat sini.Aku panass duduk dekat dengan perempuan sial.Takut nanti sial dia beralih dekat aku pulak,aku bercakap senada dan turun daripada katil.Maya menangis semakin kuat.Mungkin terasa dengan perlianku.Aku peduli apa?

Langkah kaki dibawa perlahan-lahan menuju ke arah pintu.Saat aku mahu mula memulas tombol pintu itu,ia sudah dibuka oleh orang daripada luar.Jelas kelihatan lelaki dan wanita separuh abad yang sedang berdiri di muka pintu.Entah mengapa wajah mereka seperti pernah aku lihat sebelum ini?

Apa maksud kau Eman?soalan yang terkeluar daripada suara jejaka itu berjaya mematahkan niat aku yang sememangnya mahu memboloskan diri itu.Tubuh aku mengeras sebelum perlahan-lahan aku pusingkan badanku dan memandang tepat ke arah jejaka yang sedang memeluk Sumayah itu.

Kaaauu siiaapaa?tergagap-gagap aku menanyakan soalan itu.Jari telunjuk aku halakan tepat ke arahnya.Tidak aku pedulikan mangkuk bubur yang jatuh daripada pegangan wanita separuh abad itu.

Lelaki itu melepaskan pelukan Maya.Tangisan Maya sudah tidak kedengaran.Dia juga turut memandang tepat ke arahku sebelum dia bersuara.

Kau tak cam aku ke Eman?Kau tak ingat ke aku siapa?Kau tak ingat ke akuuuu,baru sahaja dia ingin menamatkan kata-katanya itu aku menyambung.

Kau Haq.Kau Haq bukan?soalku bersama air mata yang sudah mula bertakung.Payah sekali aku ingin menangis.Namun kali ini mustahil jika aku tidak menangis.Mustahil aku tidak menangis apabila aku dipertemukan dengan abang kepada seorang budak perempuan.Budak perempuan yang pernah selamatkan aku.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now