PROLOG

4.6K 271 26
                                    

DARAH!! Ye, itu perkara pertama yang aku nampak sewaktu aku masuk ke dalam rumah. Kesan darah yang mula mengering itu berada di merata tempat di dalam rumah aku. Bau hanyir juga turut sama mula menusuk ke dalam rongga hidungku sehingga menyebabkan aku hampir mengeluarkan seluruh isi dalam perutku.

Dengan berbekal keputusan SPM yang baru sahaja aku ambil di sekolah sebentar tadi, aku mula mengorak langkah mengikuti kesan darah yang elok tampak seperti sesuatu diseret ke atasnya. Betapa berdebarnya aku pada saat itu hanya Allah yang dapat menggambarkan.

Air mata yang sedari tadi aku cuba pertahankan akhirnya tumpah akibat terlihat susuk tubuh yang amat aku kenali terbaring dalam keadaan yang sangat menggerunkan di dapur. Ye, tak lain tak bukan insan yang amat kusayangi iaitu ibu. Keadaan ibu sangat teruk dengan darah yang penuh membasahi pakainnya. Aku cuba menguatkan diriku untuk memeriksa denyutan nadi di pergelangan tangan ibuku. Sesungguhnya aku tahu yang harapan untuk ibu bernyawa sangat tipis tapi, aku mohon Ya Allah jangan kau ambil nyawa insan yang amat kusayangi ini.Namun, ia hanya angan-angan yang tidak akan tercapai.

Hingga akhirnya aku tewas!! Aku tak mampu menahan diri aku untuk tidak teresak-esak ke atas pemergian ibuku. Aku tak mampu untuk reda di atas pemergiannya. Aku tak mampu untuk megotakan janji yang sudah aku taburkan di sewaktu hidupnya.

FLASHBACK

"Sayang! Anak ibu nanti bila waktunya tiba bilamana ibu dah tak bernyawa diatas muka bumi ini, janji dengan ibu, jangan tangisi pemergian ibu. Belajar untuk reda dan terima takdir yang Allah dah tentukan," ibu kepadaku.

"Kenapa ibu cakap macam tu. Tak! Ibu tak akan tinggalkan Sumayah. Siapa nak jagakan Sumayah nanti. Kita cuma berdua je," kata aku kepada ibu. Memang aku tidak sanggup untuk kehilangannya.

"Kita takkan mampu untuk melawan takdir Allah. Kalau Dia dah tetapkan untuk ibu tinggalkan Maya, ibu tetap akan pergi juga. Tolong sayang!! Ibu ajar anak ibu untuk jadi seorang hamba yang taat kan? Jadi janjilah dengan ibu supaya ibu boleh pergi dengan hati yang tenang kelak. Ibu tak nak anak ibu jadi hamba yang berdosa. Ibu tak nak tengok anak ibu ke neraka. Ibu nak kita sama-sama berada di syurga milik Allah kelak. Insha Allah sayang," jawab ibu dengan wajah yang sangat mengharapkan agar aku faham akan pintanya.

"Baiklah, Maya akan cuba. Maya pon nak bahagia bersama ibu nanti. Maya pon takut akan siksaan Allah yang tak tertanggung tu. Insha Allah Maya akan cuba untuk reda dan tak tangisi pemergian ibu agar ibu tenang di sana," jawabku.

Aku sedar bahawa jawapan aku amat bercanggah dengan isi hati aku. Mana mungkin aku boleh bertahan sekiranya insan yang aku cinta ini tinggalkan aku. Tapi kalau itu akan membuatkan ibu lebih lega aku sanggup. Dan ibu hanya mampu tersenyum.

END FLASHBACK

Senyuman tu sampai sekarang masih terbayang di ingatanku. Andai ibu dapat lihat air mataku ini pasti ibu akan kecewa. Aku tak akan kecewakan ibu. Aku kena kuat. Ya! Aku kena terus bertahan dan teruskan hidup. Aku mesti cuba untuk reda dan percaya kepada ketentuanNya. Tapi itu tidak bermakna aku akan lepaskan iblis yang dah bunuh ibu. Aku akan pastikan dia terima hukuman. Ibu, tunggu Maya kat sana.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now