BAB 31

982 81 37
                                    


Gais..Aku unpub then pub blek.Aku pon plik asyal die keluar sekerat je.So yg korang baca tu separuh je.Ni ha yang full.Maaf😁😁


Maaa..maksud Haqiem,ini Hazirah.Hazirah Sofea Binti Dato Khalid,terketar-ketar suara lelaki separuh abad itu kedengaran.

Aku yang masih tidak mengetahui apa-apa itu hanya terkaku.Tiba-tiba satu pelukan hangat dapat aku rasakan.
Melihatkan tudung yang tersarung di kepalanya meyakinkan aku bahawa dia ialah wanita bergelar mama itu.

Hazirah!Anak mama.Mama rindu Zirah.Mana Zirah pergi selama ni?teresak-esak pula kedengaran suara itu bertanya.

Aku melepaskan pelukannya dengan perlahan-lahan.Ikutkan rasa bingung dalam diriku,ingin sahaja aku melepaskan pelukannya dengan kasar namun mengingati usianya yang jauh lebih matang daripada aku membuatkan aku masih menahan amarahku.

Apa yang kalian semua cakap ni?Hazirah Sofea siapa?Saya Sumayah Qaisara.Tak ada kena mengena langsung dengan kalian semua?Ibu bapa saya dah lama pergi,kataku dengan nada sedikit tinggi.Siapa saja tidak bengang apabila dipermainkan soal status dan keluarga?

Maya adik abang.Maya anak mama dan papa.Maya keluarga kami.Keluarga yang dah lama tinggalkan kami,kata jejaka bergelar Haqiem itu pula sambil menghulurkan sampul surat putih di tangannya itu.

Aku lantas mengeluarkan isi dalamnya dan mula membaca satu persatu bait-bait yang tertulis pada surat itu.Semakin aku membacanya semakin bertambah kerutan di wajahku.
Namun saat tiba di penghujung surat itu  kerutan mula hilang dan digantikan dengan satu riak.Riak terkejut yang aku rasakan sehingga terlepis pegangan kertas di tanganku itu.

Wajah yang tertunduk saat membaca tadi aku angkat kembali dan memandang ketiga-tiga insan itu secara silih berganti.Wajah mereka aku perhatikan.Dan akhirnya pandanganku terhenti ke arah Haqiem.

Semua tu betul ke?Apa yang tertulis dalam surat tu benar ke?Tak!Itu semua dusta kan?soalku perlahan.Air mata memang usah dikata.Lebatnya sehingga habis basah keseluruhan wajahku.

Tak!Itu betul.Hasil DNA itu memang betul.Abang sendiri yang minta pihak hospital melakukan ujian ke atas darah Maya dan darah abang,jawab jejaka yang menggelarkan dirinya abang itu.

Abang tak tahu kenapa?Abang sendiri tak pasti apa yang menyebabkan abang tergerak hati untuk lakukan ujian itu?Namun saat berada bersama Maya abang boleh rasakan ikatan yang amat rapat antara kita.Jadi abang tekad.Abang tekad mahu melakukan ujian itu.Dan abang tak sangka.Maya.
Maya adik abang yang hilang itu,sambungnya lagu dan perlahan-lahan mendekatiku.

Abang rindu Maya.Mama dan papa pon rindukan Maya.Lama kami tunggu Maya.10 tahun Maya pergi tinggalkan kami.Dan harini Allah pertemukan lagi kita sekeluarga,masih dia meneruskan kata-kata dan memelukku erat.

Entah apa yang harus aku lakukan.Melihatkan bukti yang cukup jelas itu menghalang diriku daripada menolak pelukannya.Jadi aku hanya membiarkannya sehingga dia sendiri yang melepaskan pelukan itu.

Adik jangan pergi dah ya!Tinggal dengan kami je.Mama tak pernah putus doakan agar adik kembali.Dan sekarang adik dah kembali.Izinkan kami semua tebus balik waktu-waktu yang tak dapat kami berikan kepada adik dahulu,kata wanita itu.

Tak!Maya tak percaya.Tak mungkin.Maya ada ibu je waktu Maya membesar.Ibu yang jaga maya.Ibu yang besarkan Maya,nafiku.

Adik mesti dah tak ingat kami bukan?Adik mesti dah lupa kami semua kan?Mustahil adik tak lupa?Kali terakhir adik bersama dengan kami sewaktu umur 7 tahun.Waktu adik kecil lagi.Tapi pemergian adik memberi impak yang besar pada kami,kata jejaka bergelar papa itu pula.

Tak!Tak mungkin.Maya pasti.Ibu yang ada dari Maya kecil sampai sekarang.Ibu tak pernah cakap pon yang Maya anak angkat.Maya tak percaya.Ni semua tipu.Dusta,nafiku lagi.

Aku tak percaya.Mana mungkin aku keluarga mereka.Aku langsung tidak mengingati apa-apa tentang mereka.Malahan yang tersemat dalam memori aku hanyalah ibu.Memang benar hanya ibu yang turut sama ada sewaktu aku membesar.

Apa lagi yang adik nak?Bukti dah ada depan mata.Tak cukup ke adik?Adik masih tak boleh terima lagi ke kenyataan yang kami ni keluarga adik?Adik tahu tak bertapa gembiranya mama papa dan abang bila berjumpa adik kembali?Adik tahu tak bertapa abang rasa bersyukurnya sebab adik masih ada?Di saat semua orang katakan adik dah tak ada abang tetap pertahankan yang adik masih ada,Haqiem berkata-kata sambil tersesak.

Dia berhenti seketika dan menyambung kembali.Dan bila adik betul-betul ada.Bila adik betul-betul kembali.Bila adik betul-betul muncul depan mata kami adik sampai hati mengakui yang kami bukan keluarga adik.Adik tahu tak bertapa hancurnya hati kami semua?Abang faham.Abang tahu terlalu berat untuk adik terima kenyataan ini secara tiba-tiba.Tapi adik tak boleh nafikan yang kami memang keluarga adik.Keluarga kandung adik,sesudah berkata begitu dia lantas membawa diri keluar daripada wad yang aku duduki.

Saat itu hati aku masih berbelah bagi.Memang benar bukti sudah menunjukkan yang mereka ialah keluarga kandungku.Namun begitu,aku masih terlalu berat untuk menerima hakikat yang ibu ialah ibu angkatku.

Kemudian mataku terhala ke arah wanita yang duduk bersandar pada dinding bersama air mata.Tidak cukup dengan itu suaminya pula cuba menenangkan dia dengan memeluknya.Namun walaupon  lelaki itu cuba menenangkan wanita tersebut  tetap sahaja terdapat buti-butir jernih di mata lelaki separuh abad itu.

Dan kalau benar mereka ialah orang tuaku.Berdosanya aku andai aku tidak mengakuinya.
Berdosanya aku andai menjadi asbab mereka mengalirkan air mata.Derhakanya aku sebagai seorang anak.Dan nerakalah tempat aku.

Tidak!Aku tidak mahu masuk ke neraka.Namun begitu aku juga tidak sewenang-wenangnya menerima orang asing dalam hidupku.Tapi bila fikirkan kembali apa salahnya aku memberikan mereka peluang untuk membuktikan diri mereka sebagai keluargaku.Tambahan pula aku juga sebatang kara.Tidak mempunyai mana-mana keluarga lagi.

Bukankah ini yang aku impikan?Mempunyai keluarga lengkap dan bahagia.Maka hari ini Allah tunaikan permintaanku.Mengapa aku masih menidakkannya?Aku sewajarnya mensyukuri nikmat ini.Ya!itu yang harus aku lakukan.

Mama!Papa!Maafkan adik.Maafkan adik sebab tak mengakui mama dan papa.Maafkan adik sebab meragui mama dan papa.Adik kejam.Adik sepatutnya bersyukur tapi adik cuma membuatkan mama dan papa mengalirkan air mata.
Derhakanya adik,kataku sambil memandang tepat ke arah mereka.

Mereka aku lihat saling memandang antara satu sama lain sebelum senyuman terukir di wajah masing-masing.
Perlahan-lahan mereka mendekati aku dan lantas memelukku dengan erat.

Tak!Adik tak salah.Adik bukan anak derhaka.Papa dan mama tak pernah salahkan adik.Kami gembira sangat adik boleh terima kami,kedengaran suara papa.

Aku hanya menangis.
Bahagianya aku rasakan.Lama sangat aku tidak rasakan pelukan kasih sayang sebegini.Saat aku
mengangkatkan kepala,jelas terlihat Haqiem yang sedang bersandar pada pintu sambil menunduk.

Aaabangg!Sini.Maya nak peluk abang Maya juga.Abang pon keluarga Maya.Darah daging Maya.Maafkan Maya.Patutnya Maya berterima kasih dekat abang sebab pertemukan Maya dengan keluarga ni.Keluarga yang sangat bahagia.Keluarga kita,kataku.

Haqiem yang tertunduk itu mula mengangkat wajahnya.Seperti mana mama dan papa.Begitu juga dengan abang.Dia tersenyum dan menghampiriku.Lantas kami berempat kekal berpelukan.

Doaku hanya satu Ya Allah.Tolong kekalkan kebahagiaan ini.Semoga pemberianMu ini sebagai langkah pertama untuk aku membina kehidupam baru.Kehidupan yang jauh lebih bahagia.Kehidupan yang jauh lebih gembira.Kehidupan yang penuh dengan kasih sayang.Dan kehidupan yang selama ini amat aku impikan,pintaku bersama air mata.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now