BAB 13

1.2K 107 30
                                    

Maya!kenapa tak makan?Dah dua hari Maya tak makan.Maya jangan buat ayah risau.Ayah tak nak Maya sakit,rayu insan itu kepada aku.

Kau pergi.Aku benci kau.Kau bukan ayah aku.Sampai mati aku tak akan mengaku kau bapak aku.Kau kejam.Kau bunuh dia.Hikk,aku bersuara sambil menangis.Aku boleh ikhlaskan pemergiannya namun aku tak boleh terima bahawa darah daging aku yang bunuh dia.

Maya!Ayah dah kata ayah buat demi Maya kan.Stop Maya.Stop thinking about him.Ayah tengok Maya dah macam orang gila dek teringatkan dia,ayah masih merayu kepadaku.

Kau cakap apa?kau buat demi aku.Kau nak salahkan aku bila dia mati.Kau nak suruh aku stop fikir pasal dia.Dia yang ada masa kau pergi.Aku takkan lupakan dia.And ye aku memang dah gila.Gila dengan kau.Eii,kau tak ada rasa bersalah ke ha?kau dah arahkan orang untuk membunuh.Jadi kau pon bersubahat.Kau manusia ke syaitan ha?aku menjerit.

PANG

Kau cakap apa Maya.Aku ni bapak kau.Kau lebihkan jantan yang dah mampos tu daripada aku.Aku tak perlu rasa bersalahlah.Dia memang layak untuk mati,katanya dan berlalu pergi.

Aku usap perlahan pipi yang pijar angkara tamparannya.Huh.Aku tersenyum sinis.Aku fikir hanya orang luar je yang sanggup sakiti aku.Rupanya bapak aku pon boleh tampar aku.Cuma ibu yang sayangi aku.Dan dia.

Kenapa?kenapa semua orang yang aku sayang pergi.Kenapa uji aku macam ni Ya Allah?Aku penat,luahku seorang diri.

Krekkkk

Bunyi pintu dibuka mematikan lamunan aku.Aku mengesat kasar air mata aku.Tidak ingin menunjukkan kelemahan aku yang satu ini.

Jejaka itu.Ya jejaka itu yang masuk.Namun di tangannya terdapat sesuatu yang berbalut.

Dia menghampiriku dan terus menekup balutan itu di hujung bibirku.Terasa sejuk
Jadi aku pasti di dalam balutan itu pasti terdapat ais.

Aku terkaku.Tidak tahu mahu melakukan apa.Kedudukan dia sangat dekat dengan aku.Dia hanya merenung di kawasan lukaku.Tidak sedikit pon dia mengangkat wajahnya.Jadi aku mengambil kesempatan untuk mengamati wajahnya bagi mengingati kaitannya dalam hidupku.

Jangan tengok aku.Kau tak layak.Usai berkata begitu dia bangun untuk melangkah pergi.

Namun baru beberapa langkah dia memusingkan tubuhnya kembali.

Aku ubatkan luka kau sebab Tuan yang suruh.Lagi satu.Jangan lemah sangat.Maybe lepas ni hidup kau akan jauh terseksa,katanya dan terus berlalu keluar.

Apa maksud dia.Kenapa hidup aku akan lebih terseksa.Sejenak terlayar mimpi yang mengerikan aku itu.Seksa.Perkataan yang begitu biasa buatku.

Tak!itu hanya mimpi.Lupakan je Maya.Tak ada apa yang berlaku,nasihatku kepada diriku.Semoga ia benar.

               ..................

Memandangkan sudah lewat malam.Aku membaringkan diri dan cuba untuk tidur.

Sedang aku cuba melelapkan mata.Aku ternampak cahaya daripada celahan pintu.Aku pasti ada orang yang sedang membukanya.Jadi aku masih berpura-pura tidur.

Perlahan-lahan bunyi derapan kaki kedengaran.Terasa juga tilam semakin mengendur menunjukkan empunya yang datang sedang duduk di atas katilku.

Perlahan-lahan kepalaku yang berbalut tudung itu terasa diusap.Usapan yang sangat lembut.

Hikk!Hikk!,tangisan juga kedengaran sebelum si dia melontarkan suaranya.

Maya!Ayah minta maaf sangat.Ayah betul-betul tak sengaja tampar Maya.Ayah tahu ayah banyak buat Maya menderita.Maya dah cukup terseksa sebab ayah.Ayah menyesal.Menyesal sangat sebab tinggalkan Maya dan ibu.
Ayah menyesal tinggalakan dua insan yang ayah sayang demi seorang wanita.Seorang wanita yang tiada gunanya.Ayah pon tak tahu macam mana ayah boleh terfikir untuk cari Maya.Tapi ayah pernah terlintas yang Maya dalam bahaya.Jadi ayah cuba cari Maya.Mungkin naluri seorang ayah.

Dia berhenti sebentar lalu menyambung,ayah malu.Ayah malu pada tuhan.Ayah malu pada Maya.Ayah malu sebab ayah dah lama tinggalkan tuhan. Ayah malu sebab Maya jauh lebih beragama daripada ayah.Alhamdulillah berjaya ibu Maya didik Maya.Ayah tak tahu.Lepas apa yang Maya cakap ayah baru sedar.Betul ayah tak ada hak untuk membunuh.Itu semua kerja tuhan.Berdosanya ayah.Banyak orang dah mati di tangan ayah.Ayah dah lama tinggalkan solat.Ayah dah lama tak mengingati padaNya yang satu.
Bila nampak Maya.Ayah rasa tenang sangat.Ayah rasa bersyukur sebab Allah masih jaga Maya.Dan pada saat itu ayah sedar bertapa lamanya ayah tidak mensyukuri nikmatnya.Betapa ayah lalainya di waktu hidup ayah.

Hikss.Tangisan semakin kedengaran.Namun dia masih menyambung.Tapi ayah ego.Bila ayah terlintas untuk bertaubat cepat-cepat ayah lupakan niat tu.Allah dah bagi ayah banyak petunjuk tapi ayah tak nak terima.Hadirnya Maya membuatkan hidup ayah lebih rasa bersalah.Hadirnya Maya membuatkan ayah rasa sangat berdosa.Dannn ayah mahu bertaubat.Ayah nak kita mulakan hidup baru.Ayah nak keluarga kita jadi keluarga bahagia seperti orang lain.Ayah nak bahagiakan Maya.Ayah nak ganti balik saat-saat yang ayah tak dapat berikan dulu.Ayah nak kembali menjadi hamba yang bersyukur.Ayah nak jadi hamba yang mengingati padaNya.Ayah nak tebus balik kesalahan dan dosa-dosa ayah dengan mengikuti perintahNya.Ayah nak hidup tenang tanpa rasa bersalah.

Dan Maya.Maya orang yang banyak ayah lakukan kesalahan.Ayah minta maaf sebab tinggalkan Maya.Ayah minta maaf sebab tak dapat jadi ayah yang baik.Ayah minta maaf sebab tak ada di waktu Maya perlukan ayah.Dan ayah minta maaf sebab dah bunuh orang yang Maya cintai.Ayah nak bertaubat Maya.Ayah tak nak duduk dalam neraka.Ayah tak sanggup.Cukuplah hidup di dunia ayah tak tenang tapi ayah tenang di sana.Jadi Maya tolong maafkan ayah.Tolong terima ayah.Bantu ayah untuk kembali ke jalanNya.Ayah tak tahu berapa lama ayah di atas muka bumi ni tapi ayah nak sangat jadi kebanggaan Maya walaupon sekali.Kalau ayah tak ada,tolong ingat ayah ye.Ingat yang ayah sayang sangat Maya,katanya.

Aku tetap berbaring.Egoku terhakis selepas mendengar penjelasannya.Aku pon sama.Aku pon inginkan keluarga bahagia walaupon hanya bersamanya.Aku pon nak kalau ayah bertaubat.Tapi,aku takut kalau itu hanya dusta.Kata-katanya hanyalah sekadar penipuan.Namun dia ayah aku.Dia darah daging aku.Kerana dia aku lahir.Mengapa aku tidak boleh memaafkannya sedangkan ibu tidak pernah lupa untuk mengingati aku agar memaafkannya.Dan ya aku harus lakukan itu.Cukuplah aku menjadi anak derhaka sebab bercakap kasar dengannya.Sebab membencinya.Sebab tidak mengakui bahawa dia ialah ayahku.

Baru sahaja aku ingin membuka mata.Aku terdengar suara orang menjerit.Jadi aku masih kekal memejamkan mata.

Tuan,orang Omar serang kita.Mereka serbu kita.Sekarang ni orang-orang kita pula tengah lawan mereka.Cepat tuan.Tuan kena ada sekali.Kita agak lemah sebab tak ada strategi,katanya.

Ayah pergi dulu Maya.Ayah akan jadikan ini kali terakhir ayah membunuh kalau ayah kena membunuh.Ayah akan lindungi Maya walaupon harus korbankan nyawa ayah.Kalau boleh ayah tak nak pergi,rasa berat je nak pergi.Tapi ayah harus pergi.Ayah kena tewaskan mereka sebab mereka akan ambil Maya kalau ayah kalah.Dan ayah tak akan biarkan itu terjadi.Ingat ayah sayang Maya.Ayah pergi dulu.Doakan ayah,ayah berbisik kepadaku lantas mencium dahiku dengan penuh syahdu.

Semoga ayah selamat.Maya tunggu ayah.Maya maafkan ayah.Kita sama-sama bina keluarga bahagia.Ayah harus kembali,kataku dalam hati.

Usai ayah pergi aku terdengar bunyi pintu ditutup dan aku tersentak.Bukan kerana tersentak dengan bunyi pintu itu namun kerana suara yang melontarkan bicaranya itu.

Game start Sumayah Qaisara,katanya.



NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now