BAB 18

1.1K 98 31
                                    

MEDIA:Lagu sumayyah.Jemput-jemputlah dengar.Kasi insaf sikit😎😎

             ..........................

Perlahan-lahan derap kaki jejaka itu mengampiriku.Aku tidak dapat berbuat apa-apa.Tidak dapat aku melarikan diri kerana dia berada di hadapan muka pintu.

Aku juga perlahan-lahan mula mengundur.Tidak dapat aku gambarkan perasaan takut dalam diriku.Pandangan yang diberikan sangat tajam dan membunuh.Sangat wajar untuk gadis seusiaku berasa takut dan gentar.

Jangan apa-apa kan dia Haziq!Lepaskan dia.Kau seksa je aku untuk gantikan tempat dia.Dia tak salah.Dia tak ada kena mengena dengan masalah kau.
Tolonglah,tiba-tiba suara rayuan abang danial bersuara.

Dia tak salah.Dia tak ada kena mengena.Kau yang bodoh Danial.Terang-terang perempuan jalang ni ada masalah dengan aku.Terang-terang perempuan sial ni layak untuk aku seksa.Kau yang tak ada kena-mengena tapi sebab perempuan murah ni sayang kau.Why not aku hapuskan dua-dua.Aku jauh lebih puas,katanya bersama senyuman sinis.

Kau tak guna setan.Kau siapa nak panggil di perempuan jalang,perempan sial dan perempuan murah.Kau yang sial.Kau yang bodoh.Kau yang bodoh sangat libatkan orang tak bersalah demi kepentingan kau.Kau yang sial sebab tak rasa bersalah menyeksa wanita.Kau lelaki pengecut.Lelaki dayus,jerit abang danial sekuat hati.

Kau tanye aku siapa?Lantas dia mengeluarkan pistol dari kocek belakang seluarnya.

Aku Aiman Haziq Bin Iskandar,katanya bersama satu das tembakan dilepaskan ke pada sebelah kanan kaki abang danial.

Arghhhhhhh,jerit abang danial.Aku memejamkan mata dan menutup kedu-dua belah telingaku kerana terkejut.

Kau kata aku sial,katanya lagi bersama satu das tembakan di lepaskan kepada kaki sebelah kiri abang danial.

Arghhhhhh,jerit abang danial lagi.Aku masih teresak-esak di penjutu bilik itu kerana terkejut.Tidak tahu apa yang harus kulakukan.Jeritan dan bunyi das pistol dilepaskan saling bermain dalam mindaku.

Kau kata aku bodoh,aku dayus dan aku pengecut,katanya lagi bersama 3 das tembakan dilepaskan di kedua-dua belah bahu dan perut abang danial.

Aku takut.Aku takut Ya Allah.Apa yang patut aku lakukan.Abang Danial kelihatan sangat lemah.Darah semakin membuak-buak keluar.

Dan yang terakhir,ni sebab kau insan yang Sumayah Qaisara sayang dan aku benci semua orang yang dia sayang,katanya sebelum satu das tembakan tepat dilepaskan di kepala abang danial.

Dan dengan mata kepalaku sendiri,aku melihat tubuh abang danial yang tidak bernyawa beserta kepala yang tidak berhenti mengalirkan darah dan seorang jejaka setan yang tersenyum kemenangan ke arahku.

Abang!Kenapa tinggal Maya.Apa yang Maya nak lakukan.Maya dah tak ada sesipa.Langsung tak ada sesiapa.Jangan tinggal Maya,aku hanya mampu meraung dalam hati.

Aku yang masih menangis  teresak-esak itu ditarik kasar olehnya untuk melangkah.Mahu tak mahu,harus juga aku ikutkan.Aku takut dia lakukan perkara di luar jangkaan.Aku tak nak mati lagi.Aku tak nak mati di tempat durjana ini.

Aku tidak peduli ke mana dia ingin membawa aku.Yang aku lakukan sekarang hanyalah menangis dan terus menangis sambil melangkah  hingga dia bersuara.

Aku puas.Aku puas sangat tengok kau menangis tak henti-henti.Tengok hidup kau penuh dengan kesedihan bukan penuh dengan kegembiraan.Mesti kau pelik kan macam mana Danial sial tu hidup lagi sedangkan bapak jahanam kau kata dia dah mati,katanya kepadaku dalam nada gembira.Seolah-olah dia baru sahaja membunuh patung dan bukannya manusia.

Aku juga agak tertanya-tanya.Bagaimana Abang Danial masih hidup.Namun aku ketepikan semua itu kerana aku bersyukur dia selamat.Namun tidak kuduga dia hanya akan pergi meninggalkan aku.

Aku tak bunuh dia.Aku pukul sikit je.Tapi tak sangka dia lemah sangat.Then aku kurung dia.And aku cakap aku dah bunuh dia kat bapak kau.Tak sangga mudah betul bapak kau percayakan aku.Bodoh punya orang tua.And guess kenapa aku kurung dia.Mestilah sebab..

Lantas aku memotong,sebab kau nak tengok orang yang aku sayang mati dan terseksa depan mata aku.Baru kau puas kan,?

Tak sangka kau faham.Aku ingat kau bodoh sama macam bapak kau.Tahniah.Dan kau mesti tahu giliran siapa selepas ni,katanya tanpa rasa bersalah.

Perlahan-lahan jauh di sudut hati aku menjawab AKULAH ORANG SETERUSNYA.

Tiba-tiba kaki yang melangkah itu terhenti di hadapan pintu  sebuah bilik.Pintu  itu dibuka olehnya.Aku ditolak kasar
ke dalam sebuah bilik.Bilik ini bilik lama yang aku duduk sebelum ayah pergi.Bilik di mana ayah tidak putus-putus memohan maaf kepadaku.

Mengapa aku dimasukkan ke sini?Apakah tujuan dia?hatiku tertanya-tanya.

Aku nak kau mandi dan bersiap,katanya kepadaku dingin.

Kenapa?antara dengar dan tak dengar aku bertanya.

Dia yang sudah berura-ura menutup pintu itu kembali memandang aku dengan senyuman sinis.

Partner aku.Rakan kerja aku.Lima orang nak kau layan diaorang,katanya dengan nada sinis dan menutup pintu.

Klakk

Dapat aku dengar bunyi pintu dikunci olehnya daripada luar.

Aku tak salah dengar kan.Ya Allah!Aku dijadikan pelacur olehnya.Aku dijadikan pemuas nafsu para syaitan olehnya.Aku dijadikan patung yang tiada maruah olehnya.

Tidak cukupkah ayah dan abang danial dibunuhnya dengan kejam.Tidak cukupkan dia seksa fizikal dan mental aku.Tidak cukupkah di menganianya wanita lemah sepertiku.

Ya Allah!Manusia jenis apa dia itu?Sanggupnya dia menyeksa ku sebegini.Apa yang harus aku lakukan Ya Allah,soalku kepada
yang Maha Berkuasa.

Aku Sumayah Qaisara.Aku akan pertahankan maruah aku sama seperti Sumayyah Binti Khayyat mempertahankan agama islam yang dianutinya hingga sanggup mengorbankan dirinya.

Dan aku bersumpah.Aiman Haziq Bin Iskandar.Aku benci kau.Aku takkan maafkan kau.Dan kau akan terima balasannya yang selayaknya suatu hari nanti.



Hola.Abes gak aq menaip tige bab ni.Huh agak mencabar jugak.Nak patah jari aq.X delah smpi patah.Jk je😁.So aq harap reader2 skalian, x kirelah silent reader ke hyper reader ke silalah kalian meringankan jari untuk menekat vote🌟🌟.Agaknye kalau aq ckp satu vote insha allah satu pahala bleh x.
Taklah aq gurau je.Ok gaiss.Bye.Jumpa next bab kayy.Tata.😘

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now