BAB 29

947 81 14
                                    

Kelopak mata yang tertutup itu mula dibuka.Perlahan-lahan pemandanganku disapa oleh persekitaran yang putih.Sakit yang terasa di tanganku membuatkan aku menoleh ke arah tanganku yang disambungkan dengan wayar itu.Kepala juga tiba-tiba tersentak apabila aku cuba untuk menggerakkan badan.Maka secara sponton jeritan yang tidak terlalu nyaring itu keluar daripada mulutku.

Arghhhhh!jeritku.Sakit sekali.Terasa terlalu mencucuk-cucuk kepalaku.Entah sekarang aku berada di mana.Namun melihatkan suasana putih dan baju yang tersarung di tubuhku membuatkan aku yakin aku berada di hospital.Sejurus aku menjerit tiba-tiba satu figura lelaki tegak berdiri di sebelahku.

Mengenangkan tudung yang tersarung sudah hilang dan digantikan dengan balutan di seluruh kepalaku.Bahkan baju yang tersarung juga hanyalah baju lengan paras siku.
Maklumlah baju hospital sudah tentu tidak terlalu lengkap untuk aku menutup auratku.Lantas selimut ditarik menutupi sehingga leherku yang terdedah apabila menyedari si dia yang bukan mahramku itu.

Oh sorry!Ermm nah,katanya dan menghulurkan sebotol air mineral ke arahku.Namun sambil dia menghulurkannya dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Aku lantas menyambut botol air mineral itu.Tekak memang terasa amat kelat.Kepala yang sakit itu aku abaikan.Maka aku bangun dan dudukkan tubuhku secara melunjur.Dengan ucapan bismilah,aku terus menyuakan air mineral yang sudah dibuka penutup itu ke arah mulutku.Walaupon dahaga yang amat namun tetap aku minum dengan berhati-hati.

Usai sebotol air aku habiskan,aku meletakkan botol itu ke atas meja di sebelah katilku.Pandangan aku halakan ke arah jejaka yang masih mempalingkan wajahnya itu.Sedikit sebanyak timbul rasa lega dalam hatiku kerana dia boleh memahamiku.

Aku kembali membaringkan tubuhku ke dalam selimut.Sejurus melakukan demikian aku sendiri tidak pasti mahu melakukan apa.Namun melihat si dia yang terteleng-teleng kepalanya membuatkan aku rasa seperti ingin bersuara.

Ermm awak,kataku.Perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya ke arahku.Riak wajahnya agak gusar namun setelah memandang tepat ke arahku riak lega terpampang di wajahnya.Mungkin dia lega kerana dapat melihat aku yang dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna.

Ha!Ya.Kenapa?soalnya pula kepadaku.Dia aku lihat agak terkiala-kial.Mungkin tidak biasa dengan wanita seperti aku.

Saya..Saya nak tanya.Macam mana saya boleh ada kat sini?Apa yang jadi?Saya kat hospital kan?suara aku turut sama  terketar-ketar.Entahlah tapi sedikit-sebanyak timbul rasa segan dalam diriku.Sebelum ini mana pernah aku bercakap sopan bersama lelaki lain selain Abang Danial.

Ermm.Maaf.Saya minta maaf sangat.Saya tak sengaja terlanggar awak tadi.Saya tak perasan.Syukurlah awak selamat.Sekali lagi saya minta maaf,katanya dengan suara yang terlalu bersalah.

Tak pa!Cuma saya nak tahu.Kepala saya kenapa ya?Sakit sangat,soalku lagi.Jujur kepala aku masih tidak hilang sakitnya.Ditambah pula dengan balutan padanya membuatkan aku merasakan sesuatu yang parah berlaku terhadapnya.

Kepala awak luka teruk.Banyak sangat kesan hentakan.Awak banyak kehilangan darah.Dan alhamdulillah darah saya berpeluang untuk didermakan kepada awak,jawabnya.

Ya Allah.Betul ke?Terima kasih sangat sebab sudi dermakan darah awak.Kalau tak entah saya masih bernyawa atau tidak?luahku sayu.Aku sedar betapa sukarnya untuk aku menerima penderma kerana  darah sejenisku amat sukar untuk dicari.Untung sahaja aku dipertemukan dengan insan yang berhati mulia.

Ehh.Tak apa.Memang salah saya yang langgar awak.Jadi tak salah kalau saya tebus balik kesalahan saya bukan?soalnya pula kepadaku.Aku hanya menganggukkan kepala.Tidak tahu ingin mengatakan apa lagi.

Suasana kembali sepi sebelum si dia kembali memandang tepat ke dalam anak mataku dan bersuara.

Kalau boleh saya tahu?Apa yang jadi kat awak.Macam mana boleh ada banyak keaan hentakan?Bukan sahaja hentakan tapi doktor kata banyak sangat luka di seluruh tubuh awak.Dan apa yang awak buat di balai polis?Keadaan awak jelas menunjukkan awak seperti baru sahaja menyelamatkan diri awak daripada sesuatu.Sesuatu yang membahayakan bagi awak,dia kembali bersuara.

Aku tersentak mendengar persoalannya.Jantung yang tenang itu kembali berdegup kencang.Otak pula ligat memikirkan apa yang harus aku katakan kepadanya.

Ermm.Tak ada apa-apa.Saya saya cuma jatuh.Tu yang banyak luka dan saya kebetulan je lalu dekat balai polis tu,jawabku
tergagap-gagap.Aku tidak tahu sama ada alasanku ini boleh dipercayai atau tidak.

Owhhh.Hurmm kalau macam tu saya call familu awak boleh kan?Mesti diaorang tercari-cari di mana awak berada?katanya lagi.Hatiku sedikit lega apabila dia mempercayai kata-kataku tadi namun kenyataan yang baru dilontarkannya itu masih menggusarkan aku.

Mana mungkin aku mengakui keluargaku ialah maksu dan paksu.Lagi satu aku juga tidak mengingati nombor telefonnya.Walhal kalau aku ingat pon aku tidak rasa aku akan membenarkan dia menelefonnya.Sudah pasti maksu tidak akan menerima aku lagi.Jadi sudah terang-terangan aku memang tidak mempunyai siapa-siapa.

Saya tak ada keluarga.Saya anak yatim piatu.Boleh tak jangan tanya dah pasal hidup saya?Saya hargai awak yang selamatkan saya tapi itu tak bermakna awak boleh tahu semua tentang hidup saya.Saya jugak ada privasy.Tak semua saya boleh ceritakan kepada awak.Maafkan saya,kataku kepadanya.Memang benar aku tidak boleh sewajarnya berkongsi kisah hidupku terhadap orang yang tidak aku kenali.

Tipu!Kau tipu Maya.Kau sebenarnya khuatir andai semakin banyak dia ajukan soalan,kau tidak mampu menjawabnya lagi.Dan akhirnya kebenaran terbongkar dan Haziq akan ditangkap.Itu yang kau risaukan.Itu yang kau takutkan sebenarnya.Kau tak boleh tipu diri kau sendiri Maya,sejenak kata-kata itu bermain di hatiku.

Ohh.Maafkan saya andai saya terlalu lancang.Saya terlupa yang awak orang asing.Entahlah bila bersama awak saya rasakan seperti sudah kenal awak.Seperti sudah terlalu dekat dengan awak.Mungkin kerana awak seusia dengan arwah adik saya,terangnya bersama wajah yang kecewa.

Aku hanya tersenyum hambar.Maafkan saya andai buat awak sedih.Saya tak tahu,kataku.Sedaya upaya aku cuba menahan air mata daripada jatuh.Aku faham.Aku mengerti rasa kehilangan orang yang kita sayangi.Terlalu sakit.Sakit yang memang tidak ada penawarnya.Hanya kiriman doa yang boleh dilakukan.

Haqiem!What happen?What you have done?Haqiem langgar orang.Seriously papa tak salah dengar bukan?Parah tak keadaan dia?tiba-tiba satu suara menerjah apabila pintu yang tertutup itu dibuka.

Apabila aku mengalihkan pandangan ke arah suara itu maka jelas kelihatan seorang lelaki separuh abad yang memakai kot putih di tubuhnya sedang berkata-kata dengan riak wajah yang agak pucat.Melihat pemakaiannya aku boleh mengagak bahawa dia seorang doktor dan mungkin ayah kepada jejaka ini kerana dia membahasakan dirinya sebagai papa.

Yes papa!Here this girl.Qiem tak sengaja terlanggar dia but dont worry she is fine,kata jejaka bergelar Haqiem itu sambil menghalakan tapak tangannya ke arahku.Maka mata papanya itu terus terhala ke arahku.
Dapat aku lihat senyuman kelegaan yang terbit di bibirnya.

Jelaslah betapa papanya amat khuatir tentang diri jejaka itu.Indahnya aku lihat senyumannya itu.Indah sehingga aku rasakan bahawa dirinya lega kerana aku terselamat.Namun itu cuma sangkaan bukan?Dia langsung tiada ikatan dengan diriku.Mana mungkin  senyuman kelegaan itu buat diriku.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now