BAB 36

1K 79 8
                                    

Tak!Tak mungkin kau.Kau tak mungkin dia.Kau tak seharusnya jadi dia.Walhal kau teramat tak layak untuk menjadi dia,kedengaran keras suara Haziq di pendengaranku.Aku yang masih terduduk di sebelah Abang Haqiem hanya menundukkan wajahku apabila diperkatakan sebegitu.

Perempuan sial macam kau langsung tak sama dengan Zirah.Huh!Sumayah ialah Zirah?Apa kau maksudkan ni Haq?Zirah dah tak ada.Zirah dah pergi 10 tahun yang lalu.Waktu dia selamatkan aku.Kau tipu kan?Perempuan jalang ni.Aku tahu siapa mak bapak dia.Aku kenal siapa perempuan sial ni,sambungnya lagi dengan suara lantang.

Tangan Abang Haqiem yang menggenggam tanganku itu semakin diperkemaskan.Saat aku mengangkat wajahku jelas wajahnya kelihatan merah menahan amarahnya.
Aku menatap matanya dengan penuh sayu agar dia memahami maksudku supaya bertenang.
Dan syukurlah aku lihat sedikit-sebanyak rautnya jauh lebih tenang berbanding sebelum ini.

Aku mahu dengar.Aku mahu tahu apa yang ingin Haziq katakan.Aku ingin
mendengar dan mengetahui
segala butir bicara yang dipendam olehnya selama ini.Dan biarlah aku sanggup menerima segala makiannya.
Aku rela diriku dicaci dan dihina olehnya.

Aku sabar.Aku tahan.Aku cekalkan hati yang sudah hancur ini demi sesuatu.Demi sesuatu jawapan di sebalik penderitaanku sebelum ini.Demi sesuatu yang menyebabkan diriku didendami dan dibenci oleh si dia.Demi sesuatu yang tak pernah penat menghantui minda dan hidupku.Dan demi sesuatu yang amat aku ingin tahu selama ini.

Tiba masanya.Tiba masanya aku ketahui segala kesalahan selama ini.Tiba masanya aku ketahui apa dosa aku terhadapnya?Apa yang aku sudah lalukan kepadanya?
Bertapa besarnya kesalahanku kepadanya?Mengapa sehingga sebenci ini dia terhadapku?Mengapa dendam ini mampu mematahkan rasa cintanya kepadaku?

Katakan Haziq!Aku tahu pasti sulit untuk aku menerimanya walaupon aku masih tidak jelas soalnya.Aku sedar pasti kenyataannya terlalu pahit sehinggakan kau lebih memilih dendam kau kepada aku berbanding rasa cinta kau.
Katakanlah!Aku sudah bersedia untuk menghadapi segala rasa ketakutanku.

Kau perempuan tak guna.Sebab bapak jahanam kau.Bapak aku mati.Kalau bapak sial kau tak curang dengan mak aku yang celaka tu,bapak aku tak akan mati.Bapak aku tak akan bunuh diri.Sebab kau aku hilang bapak aku.Sebab kau!Bapak kau curang dengan mak aku pon, sebab kau.Sebab dia nak duit untuk tanggung biaya pembedahan kau.Pembedahan untuk jangkitan kuman dalam badan kau,sial.Kalau kau tak sakit,bapak kau takkan curang dengan mak aku sebab nakkan duit.Dan kalau mak aku tak curang,bapak aku takkan kecewa sampai bunuh diri.Dan aku takkan jadi anak yatim piatu waktu usia 10 tahun,luahan itu kedengaran.

Aku nak kau rasa apa yang aku rasa.Aku nak kau alami macam yang aku alami.Kau tak pernah tahu bertapa sakitnya hidup aku sebagai anak yatim piatu.
Sewaktu usia 10 tahun tiada apa yang mampu aku lakukan.Yang aku dapat rasakan cumalah perasaan dimarah,dipukul,
dihina,dimaki,dicaci dan diherdik tanpa kasihan daripada sesiapa pon.Dan aku akhirnya hanya mampu menanggungnya seorang diri.Tak mempunyai sesiapa untuk temankan kesedihan aku.Sakit!Sakit sangat rasa tu.Sampai aku rasa orang lain juga berhak rasa sepertimana yang aku rasa,sambungnya sambil menepuk-nepuk dadanya berkali-kali.

Dan aku berjaya.Aku berjaya buat perkara yang sama terhadap kau.Aku jadikan kau anak yatim piatu dengan bunuh mak dan bapak kau.Aku biarkan kau rasa kesakitan fizikal dengan pukul dan siksa kau.Aku buatkan kau rasa kesiksaan mental dengan cacian dan hinaan terhadap kau.Aku mainkan maruah kau sebagai seorang perempuan.
Aku berjaya buatkan kau seperti perempuan murah.Aku berjaya buatkan hidup kau merana dan terseksa sama seperti yang pernah aku rasakan,sambungnya dengan nada yang sangat sinis.

Ini yang selama ini aku risaukan.Ini yang selama ini aku fikirkan.Ini yang selama ini tidak pernah berhenti daripada bermain dalam mindaku.Ini yang selama ini puas kata hati
berperang mencari jawapan.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now