BAB 4

2K 154 38
                                    

Perlahan-lahan kelopak mataku dibuka.Kepalaku terasa sangat mencucuk-cucuk.Aku cuba untuk bangun namun dek kerana rasa yang amat pening aku terbaring kembali.Seketika aku tersedar,mengapa badanku rasa terhempas pada permukaan yang sangat empuk dan baru aku sedar rupanya aku terbaring di atas katil atau lebih spesifik aku sekarang ni berada dalam sebuah bilik yang sangat besar.

Sedang aku mengamati permandangan di bilik ini,aku dikejutkan dengan bunyi pintu yang dibuka.

Kreeeek!!

Wah dah bangun tuan puteri.Nyenyak tidur tadi,kata lelaki yang aku anggarkan umurnya mungkin dalam lingkungan 40 ke 50 an. Dialah yang baru sahaja membuka pintu itu.

Aku memegang kepalaku bagi memastikan tudung masih tersarung dan alhamdulillah mahkotaku yang satu itu masih terjaga.Aku takut.Takut sangat.Dia semakin menghampiri aku di katil sambil tersenyum miang.

Sayang tak payah lah nak pegang-pegang kepala tu.Abang tak sentuh sayang lagi.Nak tahu sebab apa?katanya kepadaku. Gelinya aku dengan kata-katanya.Tidakkah dia sedar akan usianya yang sudah lanjut dan semakin menghampiri ajalnya.

Ya Allah takutnya aku.Kuatkan aku.Aku nak lari tapi diriku seakan terkunci pada masa yang sama aku takut sekiranya aku melawan dia semakin bertindak agresif.

Sebab tak funlah kalau abang sentuh sayang masa sayang tak sedar kan.Tapi dah alang-alang sayan sedar ni,hurmm macam boleh jalan je sekarang.Sambungnya dan lantas memegang kedua-dua bahuku.

Oh tak kali ni aku dah tak boleh berdiam diri.Lantas aku menolak pegangannya dan melompat turun daripada katil.Dia yang mungkin tidak menjangka tindakanku hanya mempamerkan riak yang terkejut.Maka dengan pantasnya aku menuju ke pintu untuk keluar.Sayang seribu kali sayang pintu tersebut berkunci.

Tak!tak.Macam mana ni.Ya Allah bantu aku.Mudahkan aku untuk keluar daripada bilik ini.

Hahaha .Nak pergi mana tu sayang,katanya dan terus memelukku yang sedang berhempas -pulas untuk membuka pintu tersebut.Ya Allah sebelum ni mana pernah ajnabi memegang aku.Ya Allah tolong jaga kesucian aku .

Aku cuba untuk merungkaikan pelukannya namun tiada sebarang kesan.Aku memutuskan untuk menyepak bahagian sensitifnya dan tepat mengena.Dia tersentak dan pelukannya terlepas.Sambil dia mengerang kesakitan aku mula membuka tinggap di bahagian penjuru bilik untuk melarikan diri.

Ya Allah ketatnya.Cuba lagi Maya.Kau boleh.Nasihatku pada diri sendiri.Pak!!
Akhirnya terbuka juga.Terima kasih Ya Allah.

Ahhhhh.Jeritku apabila merasakan kakiku ditarik sewaktu aku mula melangkah untuk keluar dari tingkap.Ya Allah cubaan apa lagi ni?aku hampir berjaya untuk lari.

Kau nak lari mana perempuan? katanya dengan suara yang lantang beserta tamparan di wajahku.Dapat kurasakan hujung bibirku mula memanas dan aku pasti ia berdarah.

Berani kau kan!Aku layan kau baik-baik kau main kasar dengan aku.Bukk satu tumbukan mengenai perutku.Tak cukup dengan itu tendangan juga dikenankan di keseluruhan badanku.

Ya Allah,sakitt.Sakitt sangat.Dapat aku rasa seluruh badanku mula memedih .Aku sangka ia dah berakhir namun tak bagi manusia berhati binatang ni.Diambilnya pisau dan ditarah-tarah secara perlahan-lahan di belakang badanku.Aku tak mampu untuk bergerak kerana dia mengunci pergerakanku.Aku dapat merasakan cecair panas turut mengalir di belakangku.Perit sangat.Ditorehnya perlahan namun sangat dalam.Aku tak tahu dah berapa banyak torehan yang dia lakukan yang aku tahu badanku mulai lemah.Aku cuma rasa satu je aku nak mati.Aku tak tahan.Aku tak pernah diperlakukan macam ni.

Melihat aku yang sudah tidak meronta,dia bangun daripada menindih di belakangku dan berkata
tu baru sikit pompuan!lepas ni kau berani lagi mati kau aku kerjakan.huuh kau kena ingat yang kau tu dah kena jual dekat aku.Aku dah tetapkan yang kau akan jadi pompuan simpanan aku atau lebih tepat pemuas nafsu aku.Tapi kau selamat sebab malam ni sebab selera aku dah mati.Kau tunggu jelah nak jadi lauk aku nanti.Sejurus itu dia pergi meninggalkan aki yang sudah separuh mati dikerjakan.

Kenapa!kenapa lelaki diwujudkan untuk menindas perempuan yang lemah macam aku.Patutlah ayah tinggalkan ibu.Semua lelaki memang tak guna.Lafazku beserta esakan.Fikiranku menerawang sewaktu ayah meninggalkan aku dan ibu di usiaku 10 tahun.

FLASHBACK

Abang!jangan tinggalkan kami.Abang tak kasihankan Maya ke abang.Dia kecil lagi.Di baru sahaja berusia 10 tahun.Abang jangan buat kami macam ni.Kami masih perlukan abang,rayu ibu sambil memeluk kaki ayah bagi mengelakkan ayah untuk berganjak.

Namun dengan sekali tolakan,ibu jatuh terjelopok di lantai.Aku yang memerhati hanya mampu mengalirkan air mata.Lantas ayah bersuara,aku peduli apa dengan kau dengan anak tak guna tu.Aku dah bosanlah hidup dengan kau.Dengan pemakaian kolot kau ni.Tak tahu bergaya dan tarik perhatian aku langsung.Yang kau tahu menyerabutkan aku je.Sekarang ni aku nak keluar dari rumah ni sebab aku dah ada bini baru yang lebih lawa dan lebih menawan daripada kau.Meh sini aku kenalkan kat kau.

Sayang!mari sini kejap.Kelihatan seorang wanita yang mungkin seusia ibuku dan mengenakan gaun merah paras peha mula menghampiri ayah dengan lengang-lenggoknya.

Kau sendiri nampak betapa bezanya kau dengan dia kan, jadi mulai harini
Rahmah Binti Ali!aku ceraikan kau dengan talak tiga.Kau dengan anak tak guna kau tu dah tak ada kena mengena dengan aku.Jangan pernah cari dan muncul depan aku lagi.Lantas dia melangkah bersama wanita itu keluar rumah dan memecut pergi daripada rumahku dengan kereta mewahnya.

Segera aku menghampiri ibu dan memeluknya yang sedang teresk-esak menangis.Lalu ibu berkata kepadaku.

Sayang !mulai harini Maya ada ibu dan ibu ada Maya.Mulai harini kita cuma berdua sayang.Kita akan hidup bersama-sama,disertakan dengan ciuman penuh kasih sayang di dahiku

Maka sejak hari itu aku mula tinggal bersama ibu.Aku juga tidak pernah lagi mendengar khabar berita tentang ayah.

END FLASHBACK

Tapi sekarang Maya berseorangan ibu.Maya dah tak ada ibu untuk sokong Maya.Untuk lapkan air mata Maya.Untuk teman dan nasihatkan Maya.Maya tak kuat ibu.Maya tak sanggup untuk tahan kesakitan ini ibu.Maya nak ibu.Maya nak duduk dengan ibu.Raungku seorang diri.

Akhirnya pemandanganku semakin gelap.Ya aku tertidur.Aku cuma harap mimpi aku tak akan sekejam realiti sebenar atau lebih tepat tolong jangan kejutkan aku daripada
tidur ni.Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah untuk menghadapi realiti yang  perit ini.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now