BAB 44

278 11 9
                                    

"Awak betul ke nak hantar saya balik ni Maya?Saya tak nak susahkan awak",kata Farah apabila Maya menyatakan hasrat untuk menghantarnya pulang.

"Iyaaa sebab rumah awak sehala dengan jalan balik rumah saya.Jangan risaula tak susahkan pon,jawab Maya sambil tersenyum ikhlas.Dia sahaja tidak tahu kenapa dirinya mudah selesa apabila bersama Farah.Mungkin kerana mereka banyak bersama sepanjang pendaftaran di universiti tadi.

Farah tersenyum lantas berterima kasih. Sepanjang perjalanan pulang.Mereka berdua banyak berkongsi cerita tentang minat masing-masing agar lebih mengenali antara satu sama lain.

"Awak pon peminat karya novel Siti Rosmizah?Wahh samalah kita.Semua novel dia saya dah baca.Semua tu tak sah kalau tak keluar air mata,"kata Farah dengan penuh teruja.

"Yee saya minat sangat tapi tak semua lagi saya baca.Saya dah lama cari novel Atas Sejadah Cinta.
Saya ada baca sinopsis novel tu,menarik betul,"kata Sumayyah.

"Ouhh novel tu saya ada.Mesti awak tahu kan salah satu watak dalam novel tu nama dia Sumayyah.Kalau awak nak pinjam kejap lagi sampai rumah saya bagi dekat awak,kata Farah.

"Wahh awak ade ke?Puas saya cari novel tu sebab tahun keluaran novel tu dah agak lama. Kalau awak nak tahu sebab ade watak nama Sumayyah tu la yang buatkan saya lagi semangat nak baca cerita tu haha,"jawab Sumayyah beserta sedikit tawa.

Farah turut ketawa dan pada masa yang sama dia turut memberikan panduan jalan ke arah rumahnya.Setelah hampir 45 minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di perkarangan rumah Farah.

"Alamak kereta abang Farhan tak de lagi.Selalu waktu macam ni dia dah balik.Ke dia keluar dengan lelaki tu?"desis hati Farah apabila melihat keadaan rumah yang sunyi.

Mengenangkan tiada orang di rumah,Farah lantas mempelawa Maya untuk singgah sebentar di rumahnya.Maya agak keberatan kerana pada asalnya dia hanya merancang untuk menunggu di luar sementara Farah mengambil novel tersebut namun dia tetap menyetujuinya.Entahla kenapa hatinya seakan berdebar untuk memasuki rumah itu namun dia hanya bersangka baik.

"Maya awak naik ke atas dan masuk bilik saya. Nanti awak cari novel tu dekat rak buku tepi meja saya.Awak bolehla tumpang solat asar terus sebab waktu pon baru masuk ni.Bilik saya paling hujung belah kiri tau.Saya nak buat air kejap",kata Farah lantas kakinya diatur ke dapur.Maya hanya mengangguk kerana sedang asyik memerhatikan seluruh isi rumah itu.Dia tidak begitu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dikatakan oleh Farah sebentar tadi.Maya sangat kagum dengan tema yang menghiasi rumah itu.Tampak sederhana dan terasa nyaman untuk dihuni.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 31, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now