BAB 33

903 73 11
                                    

Adik!Boleh mama masuk?kedengaran suara mama bersama ketukan pada pintu bilikku.Aku yang sedang termenung di tingkap itu tersedar.Menyedari namaku diseru aku lantas bersuara.

Masuklah mama.Pintu tak kunci,jawabku.Lantas pintu itu dibuka dan mama mula memasuki kamarku.Mama menghampiri aku yang sedang duduk di meja bersebelahan tingkap itu.

Perlahan-lahan rambutku yang mengurai itu diusap olehnya.
Balutan di kepala sudah lama ditanggalkan sewaktu aku keluar daripada hospital.Aku juga memang sengaja tidak menutupi kepalaku kerana aku hanya duduk di dalam bilik.
Walhal kalau ada yang melihatnya pon hanyalah ahli leluargaku.

Pada awalnya memang agar sukar untuk aku mebiasakan diri.Sebelum ini,mana pernah mahkotaku yang satu ini ditunjukkan kepada mana-mana lelaki.Jadi agak sulit buatku menanggalkan tudung di hadapan papa dan abang.Walhal apabila tersentuh dengan mereka berdua pon aku agak janggal.Namun apabila dinasihati oleh mama
perlahan-lahan aku dapat
membiasakannya.

Kenapa sayang?Nampak macam sedih je?Adik termenungkan apa?soal ibu dengan riak wajah yang khuatir.Sedikit-sebanyak rasa sedih dalam diriku mula berkurangan apabila melihatkan mama yang begitu prihatin terhadapku.

Tak!Adik cuma teringatkan arwah ayah,ibu dan Abang Danial.Tiba-tiba adik rasa rindu sangat pada mereka,aku menjawab persoalannya dengan suara yang sayu.Yah!Mereka kenal Abang Danial.Mereka tahu siapa Abang Danial.Bahkam mereka tahu segala yang pernah aku lalui sebelum ini.Termasuk soal Haziq.

Pernah abang bertanya kepadaku.Awalnya aku tidak mahu menceritakan segalanya.Namun,mengenang-
kan mereka ahli keluargaku.
Aku rasa tidak salah aku berkongsi malah hati aku jauh lebih tenang apabila aku tidak memendamnya seorang diri.

Mereka tidak pernah jemu untuk menyuruhku agar melaporkan tentang Haziq.Lagi-lagi abang yang sememangnya memegang pangkat sebagai Inspektor.Namun begitu,tetap sahaja aku masih tidak melaporkannya.Entah!Aku tidak sanggup mungkin?Aku lebih memilih untuk
mengabaikan soalnya dan mengharamkan dirinya di sebut di dalam rumah itu.Maka sejak hari itu,isu  Haziq sudah tidak pernah dibangkitkan.Untung sahaja mereka memahamiku dan tidak terlalu mendesakku.
Akan tetapi,masih aku ingat sehari abang tidak bercakap denganku akibat marah.Namun akhirnya dia akur dengan keputusanku setelah aku memujuknya.Suara mama yang kedengaran itu mematikan segala lamunanku.

Adik jangan sedih!Mama,papa dan abang masih ada dengan adik.Kami sentiasa ada buat adik sekiranya adik ridukan keluarga adik.Walaupun kasih sayang kami tak setanding yang ibu adik berikan,luah mama sayu.Jelas kekecawaan
terpapar di wajahnya.

Aku lantas berdiri dan memeluknya.Lama aku memeluknya dengan sangat erat.Mama juga turut membalas pelukanku dan mula tersesak-esak sambil tidak putus-putus berkata maafkan mama.

Usai memeluknya,aku memandang tepat ke arah matanya yang berkaca itu.Terketar-ketar jariku menyapu air matanya.Suara juga aku cuba keluarkan walaupon terlalu payah buatku.

Tak!Mama langsung tak salah apa-apa.Ya!Adik akui ibu yang besarkan adik.Ibu yang jaga adik.Ibu yang sentisa ada di saat sedih dan gembira adik.Tapi mama!Mama yang kandungkan adik selama sembilan bulan.Mama yang rasakan bertapa peritnya melahirkan adik.Mama yang berjuang antara hidup dan maut bagi memberikan adik sebuah kehidupan.Mama yang susukan adik sehingga darah yang sama mengalir dalam tubuh mama dan adik.Memang jasa ibu terhadap adik sangat banyak.Sangat tak terkira.Tapi pengorbanan mama lebih berharga.Lebih tinggi nilainya,kataku.

Mama aku lihat masih tidak berhenti mengalirkan air mata.Namun kali ini air matanya disertakan bersama senyuman.Hilang segala rasa bersalahku terhadapnya.Aku cuma khuatir sekiranya mama msnyangka yang aku lebih menyanyangi ibu berbandingnya.Aku tidak
mahu melukakan hatinya.Hati ibu mana yang tidak sedih sekiranya anaknya lebih menyanyangi orang lain selain dirinya?

Memang aku mengaku yang aku sayangkan ibu.Terlalu sayangkan ibu.Sehingga terkadang aku mempersoalkan mengapa aku bukan anak kandungnya?Mengapa aku harus menjadi seorang yang tiada pertalian darah dengannya?Namun apabila aku memandang dari sudut positifnya,aku tidak kehilangannya walaupun dia bukan ibu kandungku.Malah aku mendapat dua ibu sekarang.Walaupun dia tiada di hadapanku.Dia tetap utuh dalam hatiku.Dan sekarang niatku hanya mahu menggembirakan keluargaku yang masih ada.Buat ayah,ibu dan Abang Danial.Maya tidak akan putus mengirimkan doa buat kalian semua.Semoga kalian tenang dan bahagia di sana.

Assalamualaikum anak papa,suara papa yang kedengaran gembira itu berjaya menarik perhatian mama dan aku.Papa mula menghampiri kami bersama beberapa beg kertas di tangannya.

Amboi papa.Bagi salam kat adik je.Mama tak nak.Nanti mama cemburu tau,usikku nakal.
Mama aku lihat sudah mula mengacah dirinya merajuk.
Papa pula aku jangkakan dia akan gusar namun senyuman miang pula yang terbit di wajahnya.

Memang papa tak nak kirimkan mama salam.Sebab papa nak kirimkan mama cinta je,terkeluar ayat-ayat manis itu dari mulut papa.Mama pula sudah tersipu malu.

Alahhh!Buat drama pula.Adik pula yang cemburu,aku pula yang ala-ala merajuk itu berkata.Lantas mama dan papa memelukku erat sebelum papa berkata,alolo anak papa cemburu ya.Ni papa ada belikan baju untuk adik.Lantas beg-beg kertas yang dibawanya itu disuakan ke arah aku.

Aku agak teragak-agak mahu mengambilnya namun melihatkan anggugan dari mereka berdua memaksa aku untuk menerima.Bukan apa?Walaupun aku ahli keluarga mereka,itu tidak bermakna aku sewenang-wenangnya membiarkan mereka berhabis duit buatku.Namun apabila aku berkata begitu,papa membangkang dan mengatakan bahawa aku ada hak dan layak untuk menerima.Jadi,tiada jalan  lain
selain hanya mengambilnya.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang diungkapkan buat mereka.

Eh!Mama baru teringatlah.
Actually mama datang sini sebab nak panggil adik turun makan.Makan malam dah sedia dekat bawah.Mama yang masak semua tu tau.Jom turun,kata mama dan menarik tanganku dan papa ke arah pintu.

Sambil-sambil melangkah ke bawah aku ada juga menyuarakan rasa kesalku kerana tidak dapat membantu mama menyiapkan segala makanan.

Mama!Adik minta maaf sebab susahkan mama.Kesian mama buat sorang-sorang.Mesti mama penat.Patutnya adik tolong sekali,luahku benar-benar kecewa.

Eh tak apalah!Tak susahkan pon.Mama dah biasa.Lagipun adik kan baru sihat,takkan mama nak suruh adik buat kerja.Nanti adik dah sihat baru kita masak sama-sama okay,kata mama penuh teruja.

Aku hanya mengangukkan kepala tanda mengiakannya.
Apabila tiba di meja makan aku baru tersedar akan abang yang tidak kelihatan.Tidak menungggu lama aku lantas bersuara menyoalkan kehairananku.

Ma!Pa!Abang mana?Tak nampak dia pon?Dia tak makan sekali ke?soalku kepada mama dan papa yang duduk benar-benar menghadapku di meja makan ini.

Ohh!Abang keluar kejap!Entah pergi mana?Rasanya keluar dengan kawan dia kot.Adik jangan risau.Abang jarang-jarang makan malam.Jadi selalunya kami berdua saja yang makan,jawab papa tenang.

Entahlah perasaan aku sahaja atau apa?Namun jauh di sudut hatiku,aku terasa seperti tidak sedap hati.Seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
Namun aku hanya mengabaikannya dan menyambung makan.

Usai membasuh pinggan mangkuk yang sudah digunakan,aku lantas meminta diri untuk naik ke atas.Niat di hati aku ingin mandi.Entahlah! Tapi diriku masih berpeluh walaupun penyaman udara sudah terpasang.

Baru beberapa langkah aku menaiki anak tangga,tiba-tiba kedengaran pintu utama dibuka dengan kasar.Niatku terbantut lantas aku memusingkan badan untuk melihat gerangan siapa yang datang walhal aku sudah boleh meneka pasti abang yang pulang.

Dan jangkaan aku benar sekali.Abang yang memasuki rumah sambil memapah sessorang.Dahiku sedikit berkerut namun apabila wajah lelaki yang menunduk itu terdongak akibat pergerakan Abang Haqiem wajahku bertukar menjadi wajah yang pucat tak berdarah.

Walaupon muka lelaki itu dibanjiri dengan darah namun tidak sukar buat diriku mengenalinya.Sangat tidak sukar.Kerana sehingga sekarang wajah itu masih terngiang-mgianag di mindaku.Wajah seorang Aiman Haziq.

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now