Hari ini!Segalanya sudah terbongkar.Dendam yang membuatkan Haziq terlalu
membenci diriku itu akhirnya dapat aku ketahui.Perlahan-lahan air mata kembali mengalir.Tidak aku tahu apa penyebab air mata ini keluar.

Aku akui aku sangat kecewa apabila meyedari diriku yang menyebabkan papa curang.Aku mengaku yang ada terbit rasa bersalah dalam diriku atas nasib Haziq.Namun aku juga terasa gembira kerana semuanya sudah dibongkarkan.
Aku bersyukur kerana segala persoalanku sudah terjawab.

Kejamkah aku kerana gembira?Kejamkah aku kerana berasa tenang?Walhal berdasarkan kata-katanya itu jelas menunjukkan yang aku bersalah.Jelas menunjukkan bahawa akulah penyebab segala-galanya.

Tak!Aku tak rasa perbuatanku salah.Aku tak rasa aku seorang yang kejam kerana aku gembira di atas kesedihannya.Sebab dia!Dia sendiri yang membuat hidupku seperti boneka ciptaannya.Dia buat seperti
dialah Tuhan yang mengatur hidupku sesuka hati.Jadi siapa yang kejam?Dia atau aku?Sedang aku mempersoalkannya
satu suara mengejutkan aku.

Kau sial!Aku bawa kau ke sini sebab aku cam kau.Sebab aku yakin kau Eman.Sebab aku kirakan kau boleh membuatkan Maya ingat balik kejadian 10 tahun lalu.Tapi aku silap.Kau jantan celaka yang buat adik aku tersiksa aku.Kau jantan keparat yang buatkan hidup adik aku menderita.Kau rupanya jantan bodoh yang selama ini aku cari.Kau!Mampos kau dengan aku siall,
jerit Abang Haqiem dan mula melepaskan pegangan tapak tangan kami bagi menuju ke arah Haziq.

Abang!jeritku.Abang memandang aku dengan wajah membahangnya itu.Jelas sekali kemarahannya memang sudah melepasi tahapnya.Sedikit rasa gentar mula terhasil dalam diriku namun aku kuatkan juga untuk menggelengkan kepalaku tanda supaya dia berhenti.

Arghhhh!Shit.Apa lagi adik?Kenapa perlu halang abang?Kenapa nak perlu kesiankan jantan tak guna ni?Adik!Adik sedar tak?Dia kejam dengan adik.Dia buat hidup adik macam permainan dia.Bodohlah abang kalau cuma biarkan dia.Kejamlah abang dengan adik.Cukuplah abang tak mampu lindungi adik dahulu.Sekarang biar abang tebus balik,sejerus habis berkata begitu satu tumbukan dilayangkan tepat ke arah muka Haziq.

Abangg!Sudahlahh,rayuku namun langsung tak dipedulikan oleh Haqiem.Malah ditumbuknya lagi Haziq yang sudah terlentang jatuh itu berkali-kali.Papa aku lihat cuba menghentikan tindakan gila Haqiem manakala mama pula hanya melihat sambil air mata mengalir.Tidak tahu apa yang bermain di dalam fikirannya.

Haqiem!Aku cakap berhenti kan,jeritku lantang sekaligus membuatkan semua di  situ terkaku.Terkejut mungkin dengan bahasa percakapanku yang berubah lebih kasar itu.

Sudahlah abang kotorkan tangan abang dengan darah jijik dia.Sudahlah papa serabutkan otak dengan memikirkan dia.Sudahlah mama menghabiskan air mata kerana dia,rayuku.

Dan kau Haziq!Sudahlah ganggu hidup aku dan keluarga aku.Terima kasih sebab jujur dengan aku.Terima kasih sebab sedarkan aku dengan kesalahan aku.Terima kasih sebab dendam kau memang betul-betul terbalas.Kau berjaya! Sebab aku terluka.Sangat terluka Haziq,kataku tenang.

Mungkin aku tak ingat siapa Hazirah Sofea.Mungkin aku tak ingat siapa diriku dahulu yang sebenar.Dan mungkin aku tak ingat pada Eman.Tapi!
Aku tak pernah lupa sebab aku dijangkiti kuman.Aku tak pernah lupa pada ibu yang bercerita soal penyakit itu.Penyakit yang kau anggap sial tu.Penyakit tu datang dari kau bodoh!jeritku sebelum mengimbas kembali kenanganku 7 tahun yang lalu.

FLASHBACK

Aku berehat sebentar di perhentian bas bersama ibu.Bakul yang berisi kuih-muih itu aku letakkan di sebelah pehaku.Sebagaimana yang aku lakukan begitu juga dengan ibu.

Melihat ibu yang tidak memegang apa-apa itu lantas aku yang berusia 10 tahun itu membaringkan kepalaku ke atas ribanya.Dia yang baru menyedariku itu lantas mengalihkan wajahnya memandang ke wajah putih bersihku itu.

Perlahan-lahan wajahku diusap olehnya sebelum dia bertanyakan soalan kepadaku.
Maya penat yee?soalnya lembut.Sememangnya aku berasa agak penat dan batuk tidak berhenti-henti.

Tekak dengan dada Maya sakitlah ibu,rengekku.Ibu lantas memyuruh aku membuka mulut dan dia melihat ke dalam mulutku.

Tekak Maya luka lah sayang.Mesti batuk ni.Nanti balik kena makan ubat.Risau berjangkit sampai dekat paru-paru.Bahaya tau.Macam dulu,kata ibu bersama keluhan.

Macam dulu?Maya pernah kena jangkitan kuman di paru-paru ke sebelum ni?soalku naif.Aku sememangnya tidak  mengingati apa-apa kejadian yang berlaku kepadaku di sewaktu usiaku tujuh tahun ke bawah.Aku sendiri hairan mengapa aku tidak mengingatinya namun aku mengabaikannya kerana bagiku ia tidak penting.

Pernah!Maya kena jangkitan sebab Maya tertelan air laut yang mengandungi bahan tercemar.Seingat ibu pantai tu sepatutnya tidak dibenarkan untuk orang awam mandi tapi Maya mandi juga.Maya lemas sebab cuba selamatkan orang lain dan air masuk ke dalam badan Maya melalui hidung dan mulut Maya dan mula merebak kepada paru-paru.Untung sahaja maya masih boleh diselamatkan.Walaupon kehilangan ayah.Ibu masih ada Maya,jawab ibu namun semakin lama semakin sayu nadanya.

Kenapa ibu tak halang Maya?Lagi satu kenapa Maya pergi selamatkan orang itu?Maya sendiri pon tak pandai berenang,tanyaku lagi.Sengaja aku menyoalnya lagi bagi membuatkan ibu lupa soal ayah.Tambahan pula aku sememangnya agak hairan.Andai pantai itu berbahaya sudah tentu ibu akan mengahalangku.Kalau soal orang yang diselamatkan itu juga lagi membingungkan aku.Ibu hanya tetsenyum dan menjawab.

Ibu tak mampu nak halang Maya sebab ibu tak ada di situ.Dan pasal orang yang Maya selamatkan itu.Cuma anggap saja dia yang mempertemukan
kita,jawab ibu dengan penuh maksud yang terselirat.

Aku masih ingin menanyakan soalan namun kehadiran orang yang ingin membeli kuih itu menghalang niatku dan sejak hari itu topik itu tidak pernah lagi disentuh.

END FLASHBACK

Sejujurnya,oleh kerana kenangan itulah yang membuatkan aku percaya bahawa mereka ialah keluarga kandungku.Peristiwa hampir sama yang diceritakan oleh ibu dan Abang Haqiem menambahkan lagi keyakinan aku bahawa mereka ialah keluarga kandungku.Dan keyakinanku memang tidak salah sama sekali.

Hola2🙃.Kebenaran nampak dah terbongkar je😯.Aq tahu kebenarannye x de lah gempak mne kan🙁?Huaaa.Nangis jap😢.Sokayhlah uollss.Aq just nak cakap utk kali ke 15 yg story ni mmg dah nak habiss😂.Maafkan beta sbb lmbat update.Addmath menguasai otak aq smpi x dek idea😭😭.Huaaa.Hate addmath.😣Dah2.Tggu next update kayh😉.Tata🤗🤗

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now