Maya!Maya nak tahu macam mana Maya boleh terpisah dari keluarga kita?Maya nak tahu tak apa yang menyebabkan Maya hilang dari kami sepuluh tahun yang lalu?Semua sebab jantan tak guna ni,kata Haq dengan amarah yang masih cuba ditahannya.

Seketika aku terimbas kembali kejadian yang berlaku 10 tahun yang lalu.Kejadian yang merupakan sejarah hitam buatku.Kejadian di mana aku kehilangan perempuan pertama yang berjaya bertahta di dalam hati aku.

FLASHBACK

Aku berjalan di pesisiran pantai itu seorang diri.Ayah dan ibuku tidak dapat turut hadir karana masing-masing sibuk dengan tugas mereka.Untung sahaja rumahku hanya berdekatan dengan pantai ini.Maka aku boleh pergi dengan sendiri.Nak harapkan ayah dan ibu mungkin sampai bila-bila tak akan tercapai.Masing-masing terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk aku.

Aku mengalihkan pandangan mataku ke arah pokok yang besar itu.Di bawahnya terdapat sebuah keluarga yang sedang
berehat dia atas tikar yang dibentang.Keluarga nereka serba cukup.Terdapat kedua-dua orang tua mereka dan sepasang anak lelaki dan perempuan.Aku cuma memerhatikan gelagat mereka sekeluarga daripada belakang pokok satu lagi.

Si ayah sedang membuat BBQ manakala si ibu sedang mengambil gambar bersama anak perempuannya itu.Si abang pula aku lihat sedang membeli aiskrim di gerai hujung sana.

Aku masih memerhati di sebalik pokok itu.Yang sebenarnya aku mengintai budak perempuan itu namun entah di mana silapku si abang terperasankan aku.Dia lantas memanggilku untuk datang ke arahnya.Aku pada awalnya ingin melarikan diri namun budak itu turut melambaikan tangannya ke arahku menyuruhku pergi kepadanya membatalkan niatku.

Apabila aku tiba di sana,kehadiranku disambut baik oleh mereka.Walhal mereka sendiri menganggapku seperti ahli keluarga mereka .Pertama kali aku rasakan hidup berkeluarga.
Sebelum ini aku tidak pernah berpeluang merasai ini semua bersama ayah dan ibuku.

Nama awak siapa?tanyaku kepada budak perempuan itu.Aku sememangnya sudah mula tertarik dengannya.

Ermm!Nama kita Hazirah Sofea.Awak panggil Zirah je.Umur kita 7 tahun.Ermm kita nak jadi doktor.Awak pula?,balas budak permpuan itu.Sepatah yang ditanya sepuluh patah dijawabnya.

Nama saya Aiman Haziq.Awak panggil saya Eman je lah.Awak sorang je boleh panggil saya Eman.Orang lain kena panggil Haziq.Hurmm umur saya 10 tahun.Cita-cita saya.Ermm.Nak jadi suami awakk,kataku bersama kenyitan mata kepadanya.

Awak ni!Malu lah kita.Hurmm kalau macam tu.Kita pon nak jadi isteri awaklah.Tapi kita kecil lagi.Nanti mama marahh,jawabnya sambil menutup mukanya.Malu lah tu.

Ishh awak ni.Nanti besar lahh.Dah jom.Jom mandi dekat laut nak?tanyaku.Aku memang sudah lama menginginkan untuk mandi laut bersama kawan.Selama ini aku hanya keseorangan.

Jap!Kita panggil Abang Haq,katanya dan mula mengorak langkah menuju ke arah keluarganya.Namun belum sempat dia pergi aku menghalangnya terlebih dahulu.

Alahh!Tak payahlah.Saya nak main dengan awak je.Sumpah main dekat tempat yang tak dalam je,kataku dan mengangkat tapak tanganku seperti orang berikrar.

Yelahh!Jom,usai berkata begitu dia menarik tanganku ke arah pinggir laut.Aku mula masuk ke dalam air.Awalnya hanya separas pinggang bagiku namun entah bagaimana aku tiba-tiba terpijak pasir jelus dan kakiku tidak sampai untuk memijak tanah.Air pula sudah menutupi sehingga paras leherku.Aku yang sememangnya tidak pandai berenang itu mula terkapai-kapai.

Aku sangkakan aku akan lemas namun sangkaan aku meleset apabila terdengar jeritan Zirah yang berada semakin dekat denganku.Air laut sahaja sudah separas lehernya.Kalau dia berdiri di sni kemungkinan dia akan tenggelam.

Eman tunggu Zirah!Zirah selamatkan Eman,sejurus berkata begitu dia menghulurkan tangannya.Air yang sudah paras dagunya itu menyukarkan dia untuk menghulurkan tangannya.Aku cuba menyambutnya.Semakin lama semakin dekat dan amhirnya tangan kami berpaut.Dia menarik badanku ke hadapan dan akhirnya kakiku dapat memijak tanah.Aku kirakan kami sudah selamat namun tiba-tiba ada ombak datang menghempas dan menarik tubuh kecil Zirah sehingg ke tengah laut.Aku dapat lihat dia terkapai-kapai namun tidak lama apabila sekali lagi ombak menghempas langsung aku tidak nampak akan dirinya.

Ziiiraahh!Zirahhhhhhh,aku menjerit memanggil namanya.
Namun malangnya sebarang sahutan tidak aku dengari.Malaj jeritanku yang kuat iti membuatkan Abang Haq menghampiriku yang sudah membawa diri ke darat.

Kenapa Haziq?Zirah mana?soalnya kepadaku.Aku buntu Aku tak tahu ingin mengatakan apa?Jadi aku hanya menceritakan kepadanya perkara yang terjadi tadi.

Zirah hilang.Ombak tolak Zirah masa Zirah nak selamatkan Haziq.Haziq dah panggil Zirah tapi Zirah tak menyahut,
terketar-ketar aku bercakap akibat ketakutan dan sejuk.

Maaaksudnya Ziirah leemass seebabb nakk sselaamaatkkan kkauu,Abang Jaq turut sama mnyoalku dengan tergagap-gagap.Aku yang masih kecil ini hanya menganggukkan kepalaku tanda aku mengiyakannya.

Kau tak guna!Sebab kau adik aku hilang.Lelaki bodoh.Berambus kau dari sini.Aku menhesal sebab beri adik aku kawan dengan kau,jsritnya dan menolak tubuhku kecilku itu.

Aku tak tahu apa jadi lepas itu.Aku hanya terdengar bunyi pihak penyelamat ada mencari tapi tidak dijumpai dan Zjrah disahkan sudah meninggal.

Sejak hari itu aku sudah tidak lagi berjumpa dengan keluarga Zirah.Tambahan pula aku mengikuti keluargaku yang berpindah ke Pahang.

Satu sahaja yang tetap aku sematkan dalam hati aku.Kalau Zirah masih ada.Aku akan jadikan dia milik aku suatu hari nanti.Sebab Eman sayang Zirah sorang je.

END FLASHBACK





Haiii uolass.just nak cakap yang story dah nak abis.Kalau sempat kan.Harini jugak aku abiskan.Kalau sempat lah.Ada dalam 5 bab lg kott sbb aq nk smbung yg story challenge tu.
So harap sempat lahh.Doakan aq kayhh😌😂😂








NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now