Aku buntu.Separuh daripada diriku tidak mahu menggantikan Abang Danial.Namun separuh daripada diriku mengatakan aku patut memberi peluang buat Haziq.

Tapi!Benarkah aku mencintai Haziq?Walhal yang lebih penting,adakah Haziq turut mencintai aku?Mungkinkah selama ini aku hanya keliru dengan perasaan aku?Mungkinkah selama ini aku terlalu keseorangan sehingga satu perasaan wujud buatnya?

Dan dia.Adakah kata-katanya itu pasti?Benarkah kata-kata yang dikeluarlan daripada mulutnya itu bukan hanya pendustaan semata-mata?

Bila aku renungkan,buat apa aku mencintai seorang yang tidak pasti seperti Haziq?
Buat apa aku menyayangi seseorang yang selalu sakiti aku?Buat apa aku berharap kepada insan yang banyak bersalah terhadap aku?

Namun buat apa juga aku mencintai seorang yang telah mati seperti Danial?

Ya Allah!Bantu aku.Aku buntu.Aku tidak tahu mahu memilih siapa?Terlalu sukar untuk aku membuat pilihan Ya Allah,desis hatiku.

Tapi dia!Dia dah bunuh ayah dan Abang Danial.Dia dah hancurkan ikatan antara aku dengan orang-orang yang aku cinta.Dia banyak bersalah dalam hidup aku?Jadi tidak salahkah sekiranya aku lebih memilih setia untuk Abang Danial berbanding dia?

Mungkin aku tidak dapat bersama dengan Abang Danial di dunia ini.Mungkin jodoh kami terhennti di dunia ini.Namun di akhirat,mungkin kami akan bersatu?Mungkin cuma dia yang layak buat aku?Tidak sia-sia kah sekiranya aku menunggunya?Sekiranya aku setia kepadanya?Tidak salah bukan?

Dia jauh lebih layak berbanding Haziq.Dia jauh lebih mulia dari Haziq.Dia jauh lebih aku kenali berbanding Haziq.Dan dia jauh lebih aku cintai berbanding Haziq.

Kejamnya aku.Kejamnya aku kerana terdetik di hati aku untuk menduakan dia.Sedangkan dia mati demi melindungi aku.Dan aku mencintai orang yang sudah membunuh dia.

       ...................................

Sumayah Qaisara!

Lembut sahaja aku terdengar namaku dilontarkan oleh seseorang.Aku melilaukan pandangan bagi mencari dari mana arah suara itu datang.

Tiba-tiba aku ternampak satu tubuh jejaka yang sedang bediri menghadapku.Sekali lagi dia katakan kepadaku.

Sumayah Qaisara.Maka yakinlah aku bahawa dia insan yang memanggilku tadi.Dia insan yang aku tercari-cari tadi.Dialah Abang Danial.

Aku bermimpikah?Bagaimana mungkin aku bertemu dengannya?Dia sudah lama pergi meninggalkan aku,desis hatiku.

Namun tidak aku pedulilan semua itu.Yang aku tahu sekarang betapa rindunya
aku kepadanya.Lama aku tidak melihat wajahnya yang pernah mencuri hatiku itu.Dan hari ini dia mucul di hadapanku.
Sedikit sebanyak rasa rindu itu terubat.

Air mata aku mula mengalir.Aku gembira.Gembira sangat sebab dapat berjumpa dengan dia.Gembira sangat dia sekarang ada dihadapanku.
Gembira sangat dia insan yang aku cintai dapat aku temui.

Jangan menangis Maya.Abang dah kata abang tak mampu untuk jadi penghapus air mata Maya.Maya tahu kan air mata Maya tu kelemahan abang.Jangan biarkan abang turut sedih kalau lihat air mata Maya,katanya penuh syahdu.

Tak!Maya tak sedih.Maya cuma menangis sebab terlalu bahagia.Maya tak sangka Maya akan jumpa abang.Maya rindu abang,kata aku namun saat ini air mata sudah tidak menjadi penemanku.Tidak mahu aku menunjukkannya kepada Abang Danial kerana aku yakin dia tidak menyukainya.

Abang pun gembira.Gembira dapat jumpa orang yang abang sayang.Gembira sebab tengok orang yang abang sayang masih kuat hadapi kehidupannya.Dan
abang pon rindukan Maya,katanya bersama senyuman yang sangat lega.

Abang!Kenapa tinggal Maya?Maya sedih.Maya dah tak ada siapa-siapa.Abang dah janji nak kahwin dengan Maya.Tapi abang pergi tinggalkan Maya.Abang dah janji nak jaga Maya tapi abang tak tepati.Maya tersiksa abang.Bila abang dah tiada tak ada siapa pon yang lindungi Maya.Maya dipukul,dihina dan disakiti.
Maruah Maya dipijak sesuka hati.Maya diperlakukan serupa dengan bintang.Dan tak ada siapa yang dapat bantu Maya.Maya tanggung seorang diri.Maya tak kuat abang.Kenapa abang tinggalkan Maya?Maya perlukan abang. Maya tunggu abang.Abang tak datang.Maya sayang abang sangat-sangat,kataku bersama air mata yang kembali mengalir.

Aku ingin luahkan kepadanya.Aku ingin katakan kepadanya segala apa yang aku pendam selama ini.Aku nak dia dengar luahan yang selama ini tidak dapat aku ceritakan kepada siapa-siapa.

Abang pon sama.Abang nak sangat kahwini Maya.Abang nak sangat jaga Maya.Abang nak sangat lindungi Maya daripada dipukul,dihina dan disakiti.Abang nak sangat pertahankan maruah Maya.Tapi abang tak mampu.Abang bukan tak datang tapi abang tak mampu untuk datang.Abang dah tak ada dekat dunia yang sama dengan Maya.Ikatan antara Maya dan abang dah lama putus.Abang dah tiada apa-apa kaitan dengan Maya.Abang dah dekat sana.Abang dah jauh dari Maya.Jauh sangat,katanya kepadaku.

Maya yang hidup kena teruskan hidup.Lupakan abang.Abang dengan Maya takkan bersatu.Mustahil untuk bersatu.Kita memang tak ditakdirkan bersama.Abang terima Maya bukan jodoh abang.Maya pon kena terima.Kena reda,sambungnya lagi namun dapat aku lihat air mata mula bergenang di tubir matanya.

Tapi..Maya sayang abang.Maya cintakan abang.Macam mana Maya nak lupakan abang,jawabku terketar-ketar.

Ikhlaskan pemergian saya Sumayah.Beri peluang dekat lelaki lain untuk dapatkan awak.Maafkan kesalahan dia dekat awak dan cuba untuk terima dia.Dia cintakan awak.Malah dia lebih layak untuk awak daripada saya.Mungkin saya cinta pertama awak tapi dia cinta terakhir awak.Dia yang telah Allah tetapkan sebagai jodoh awak.Hadirnya saya hanya sebagai persiapan untuk awak lebih mencintai jodoh awak iaitu dia,katanya.

Saya tak boleh lama.Saya kena pergi.Awak jangan sedih sebab saya bahagia.Bahagia sangat dekat sana.Saya pon nak tengok awak bahagia.Tolong janji yang awak akan lupakan saya dan terima dia sebagai jodoh awak,katanya lagi.

Air mataku semakin lebat turun.Kata-kata Abang Danial sangat memberikan kesan yang mendalam kepada aku.Sangat menjentik sesuatu dalam diriku.Sesuatu yang bergelar sekeping hati.

Aku masih menangis.Tidak aku kesat air mata yang semakin melebat itu.Hinggakan pemandanganku semakin kabur dek air mataku sendiri.Kepala juga aku tundukkan kerana tidak sanggup melihat Abang Danial lagi.

Entah bagaimana pemandangan yang kabur itu kembali menjadi terang.Air mata yang bergenang itu perlahan-lahan mula menghilang.

Dan bila aku mengangkat wajahku.Dia sedang mengusap lembut air mataku.Dia sedang berusaha untuk menghapuskan air mata kesedihanku.

Dia bukan Abang Danial.Dia bukan cinta pertama aku.Tapi dia.Dia ialah Haziq.Aiman Haziq yang mungkin Abang Danial maksudkan.

Halooohaaaa🙌!!Wah2 lame aq tak update bkn?🤔Lamelah sngat💁..Semalam aq beli bju sklh bhaiiiii.So today aq dh update korang jgn lupe vote plakkk.🌟🌟Lagi satu,ketahuilah kalian virus gembira aku tak hilang lagi.Malah makin menjadi-jadi sebab ranking naik no 10.😂😂Wakakakkaa.Tq lagi sekali tau kat para reader yg aq cintai.😍Tanpa kalian siapalah aq.😌

VOTE TAUU

        👇

NASIB SUMAYYAHWhere stories live. Discover now