#38: Bilik Rahsia

Start from the beginning
                                    

Kayu meneguk liur. "Kau boleh nyah-aktifkan tak?" 

Aku memandang lama ke arah mesin itu. "Aku cuba." 

Walaupun suasana ruang bawah tanah ini agak sejuk, berpeluh juga nak nyah-aktifkan mesin perangkap itu. Terlalu banyak wayar yang berselirat. Dan sistem perangkap yang digunakan adalah sangat rumit. Aku perlu mencari satu persatu wayar ini menghala ke mana, dan apa fungsinya. 

Aku mula membuat kira-kira. Di sini, ada empat warna wayar. Kuning, merah, biru, dan hijau. Untuk menyah-aktifkan perangkap, aku perlu potong kesemua wayar kuning, merah, dan hijau. Aku juga tahu bahawa wayar biru itu juga adalah perangkap, tetapi berlainan fungsinya. Ia tidak disambungkan bersama perangkap di laluan ini. Tapi, kalau aku potong kesemua wayar, kesemua perangkap ini akan menjadi aktif. 

Kira-kira aku tak pernah salah, aku harap begitulah, jadi aku sudah membuat keputusan. 

"Dah. Sekarang ni, kita kena cari pintu nak ke bilik rahsia tu, kalau ada." Aku yakin akan keputusanku. 

Mereka semua mula meraba dinding untuk mencari perbezaan tekstur, ada juga yang mengetuk-ngetuk batuan dinding. Akhirnya, kami jumpa seketul batu bata yang sedikit pelik permukaannya. 

"Agak-agak kalau kita tekan batu ni, ada apa-apa yang jadi tak?" Melati musykil. 

Aku diamkan diri sebab aku tahu akan ada yang jadi nanti. 

"Biar aku yang tekan sebab aku yang beriya-iya ajak korang datang sini." Kayu mengambil tanggungjawabnya. Dia terus menolak batu itu ke dalam dan semerta dia diserang elektrik yang menjadi perangkap kepada sesiapa yang mahu masuk ke dalam bilik rahsia itu. 

Dengan pantas menggunakan tongkat kayunya, Hayun menarik tangan Kayu daripada kesan elektrik itu. Terkejang tangannya, membuatkan Kayu kelumpuhan buat sementara waktu. 

"Kau okey?" Pelita cuba untuk merawat Kayu. 

Kayu lantas menuding ke arah hadapannya. "P-pintu... terbuka!" 

Dalam sakit-sakit tu, Kayu masih lagi bersemangat apabila sebuah pintu dinding itu naik ke atas dan sebuah laluan terbuka luas. Tiba-tiba, Kayu tergelak kecil seperti ada sesuatu yang menggembirakannya. 

"Wei, suara mimpi! Aku dah selesaikan tugasan aku! Mana ganjaran aku tu?!" jerit Kayu, membuatkan kami terkaku sekejap. Sampai bergema suaranya di laluan itu. 

"Kau dah kenapa ni, jerit-jerit macam ni?" Hayun mencepuk kepala Kayu. "Kang ada orang atau pengawal kat luar dengar ke apa, naya kita kat sini, kau tau?!" 

Kayu mengecut. Baru sedar akan kesilapan atas ketaksubannya untuk mendapatkan 'ganjaran' daripada suara mimpi. 

Aku dah agak dari mula lagi. Ini hanya muslihat Kayu mengajak kami ke sini semata untuk ganjaran. Aku rasa macam bangang, tak dapat nak halang semua ini daripada berlaku. Padahal, aku tahu semua ini adalah tipu daya si suara itu. 

"Dah la. Jom, kita tengok apa ada kat dalam. Kot-kot ada sesuatu yang menarik untuk kita tengok," ajak Melati. 

Malas mahu melayan Kayu, dengan berhati-hati, kami masuk ke dalam. Keadaan di dalam bilik itu agak gelap, lantas Hayun membuat beberapa bebola cahaya yang mampu menerangi walau sedikit ruang bilik itu dan diberikan kepada kami seorang satu. Kami terpaksa berjalan ke sekeliling untuk memantau sekitar bilik itu. 

Aku mengambil arah ke depan, memandangkan mereka yang lain sudah berpecah ke merata arah pula. Setelah aku berjalan hampir 20 langkah, di hadapanku kini terletak platform yang di atasnya ada sebiji telur yang agak besar. Telur itu sebesar telur burung kasawari. Dan platform itu terdapat mesin mekanika yang nampak seperti sudah lama tidak disentuh. Ada sawang dan habuk yang sudah menyelimuti mesin itu. 

"Hee... apa benda tu?" Hayun seperti terpesona dengan rupa telur itu. 

Ada cahaya sedikit terbias apabila bebola cahaya ciptaan Hayun menghampiri telur itu. Ada jaluran halus yang aku agak ia adalah tekstur yang mampu kita rasa dengan derita sentuh. Bentuknya sedikit bulat, dan aku tak rasa aku patut sentuh telur itu. 

"Kita ambil telur tu, jom!" Badrol mencelah. 

Melati menghampiri kami. "Kau jangan nak cari pasal la. Kita tak tahu apa fungsi telur tu kat platform tu tau. Dan yang paling penting, kita tak tau telur tu telur apa." 

"Rileks, Melati! Kalau kau tak tau, ini la telur binatang magika! Makhluk cakerawala!" kata Badrol bersemangat. "Sekarang, kau dah tau tu telur apa, aku nak amik telur tu." 

Badrol terus berlari ke arah platform itu, dipanjat mesin mekanika dan mengambil telur itu. Apabila telur itu sudah dikeluarkan daripada slotnya, satu-satunya pintu yang kami lalu tadi tertutup. Dan air yang entah dari mana datang mula membanjiri ruang bilik. Kami berlari menghampiri dan menarik pintu itu ke atas semula. Gagal. Pintu itu agak berat atau mungkin sistem mekanika bilik rahsia itu sudah memerangkap kami. 

"Aku dah kata, jangan nak cari pasal!" marah Melati. 

Badrol yang cuba untuk meletak semula telur itu supaya perangkap itu berhenti memuntahkan air dan melepaskan kami daripada bilik rahsia ini ternyata sia-sia. Pintu masih gagah menghalang laluan keluar dan air sudah bertakung paras buku lali. Tak lama nanti akan naik lagi. 

Pelita yang mampu mengapungkan diri sudah terbang tinggi ke siling bilik, namun berita buruk buat kami, silingnya seperti fizikal siling gua dan tiada laluan yang boleh dibuat jalan keluar. 

Terbaik. Kami terperangkap di sini sebab mengikut tugasan suara mimpi bangang tu. 

Terbaik. Sangat. 

Terima kasih, suara mimpi! 

Terima kasih, suara mimpi! 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now