#9: Anjing Berkepala Tiga

185 9 0

Aku terjaga dari lena. Apabila aku memaksa diri untuk bangun, badanku terasa seperti terkena renjatan elektrik kecil. Terus sendi dan otot tanganku berasa lenguh dan kebas.

"Jangan banyak bergerak sangat. Efek racun labah-labah tu masih ada dalam badan awak. Rehat dulu, okey?" kata jururawat Dwarf yang gempal tapi berhati baik itu.

Aku agak kebingungan. Bila masa aku tersadai kat sini?

Aku cuba untuk ingat semula apa yang berlaku.

Kami masuk ke dalam lombong adamantin, kemudian kami terserempak dengan were-rat dan... ya, labah-labah zombi. Serangga itu pantas menggigit aku di tangan, dan sedikit demi sedikit tenagaku berkurangan. Setelah kembali ke ofis perlombongan itu, aku duduk di sofa dan terlelap sebab terlalu penat menahan kesakitan dan baru detik ini aku terjaga.

Aku mengeluh mengingatkan kembali segalanya. Aku lihat keliling, mereka sedang tidur di katil masing-masing. Luar pun nampak gelap, pasti sudah malam.

"Bila kami boleh keluar dari sini?"

"Lusa. Tu pun kalau kondisi korang semua dah stabil," jawab jururawat itu lagi sebelum dia pergi.

Aku kembali melayan fikiran. Agak bernasib baik kami ketika berlawan di dalam lombong itu pagi tadi. Kalau tidak...

*    *    *

Kami diperintahkan untuk pergi ofis. Lepas mengambil repot dari doktor yang merawat kami, bos lombong itu bertanya tentang labah-labah yang kami jumpa tempohari.

"Nah, tengok ni." Hayun menunjukkan satu tiub kaca yang berisi racun labah-labah yang sempat dia kutip.

Bos itu mengambil tiub itu dan dibelek-belek jauh-dekat.

"Sepatutnya, labah-labah tu hidup kat kawasan hutan," katanya.

"Bukan habitat dia kat dalam gua lombong tu?" tanya Melati.

"Bukan." Bos itu menggaru-garu dagunya sebelum teringatkan sesuatu. "Kalau aku minta tolong dari korang lagi, boleh?"

"Apanya?"

"Masuk gua tu dan jejak were-rat, dalam masa yang sama, cari kewujudan labah-labah tu. Dan aku akan kasi ni kat korang." Dia mengeluarkan lima botol ubat kuat dari kotak yang terletak di bawah mejanya.

"Boleh." Badrol pantas bersetuju. "Tapi kami nak senjata yang berasaskan perak."

Bos Dwarf itupun setuju dan kami memberikan sentaja dan beberapa anak panah untuk ditempa dengan saduran perak.

"Esok! Aku harap korang bersedia."

*    *    *

Kami kembali ke dalam lombong adamantin. Kali ini, kami berjalan lebih jauh ke dalam dari tempat terakhir kami masuk tempohari.

Aku masih ingat info yang Melati beri sebelum masuk tadi, labah-labah itu mempunyai gigi yang beracun, kulitnya juga tebal dan imun terhadap magik yang melibatkan minda.

Setelah ambil senjata yang kami tinggalkan semalam di ofis, kami bersedia untuk harungi cabaran.

Hampir 15 minit berjalan, kaki menjejak tanah biasa. Nampaknya laluan dalam lombong ini bersambung dengan gua semulajadi. Pantas Hayun menghantar Auli -- burung hantunya -- untuk memantau jalan. Selamat!

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!