#17: Budak Penyeluk Saku

179 8 0

Rupanya tempoh perjalanan kami cuma memakan masa selama tiga hari untuk ke Melaka. Mungkin kerana kami tidak banyak menyinggah dan jarang berhenti rehat.

Kami tiba di pagar utama pada jam 9 pagi. Aku masih bermenung di dalam kereta kuda, memikirkan banyak perkara yang berlegar di dalam minda.

Melati yang mengawal kuda di depan bersuara, "Korang, dah nak sampai."

Tapi apabila kami tiba di pos kawalan, kereta kuda kami ditahan. Aku cuma mendengar saja Melati melayan soalan-soalan daripada pengawal itu. Sempat pulak dia meminta suapan. Dasar orang kaki makan suap!

Kemudian, kereta kuda berjalan semula. Kami menuju ke markas untuk menghantar diplomat gay bernama Zul itu kepada Mafia Kampung Dusun.

Sesudah sampai ke markas, Kayu mengangkat diplomat itu dan membawa masuk ke dalam sambil ditemani aku dan Hayun, sementara Melati membawa kereta kuda ke tempat yang sesuai dan Badrol pergi ke kandang untuk menjenguk keldai belaannya serta diberi makan.

Masuk saja ke dalam markas, perasaan sunyi dan kekok terasa. Tiada hiburan seperti selalu dan nampaknya ruang makan lengang pada hari itu. Yang ada hanyalah bartender yang aku kenali sebagai Man, itu saja.

Kayu membawa diplomat yang masih kelemahan dengan efek racun itu ke tingkat bawah tanah, untuk meletakkan dia ke dalam tahanan. Aku dan Hayun berjalan ke Man di kaunter.

"Mana yang lain?"

Man memandang kami dengan wajah sugul. "Ada... kat belakang bukit sana."

Dalam masa yang sama, Badrol dan Melati masuk ke dalam, begitu juga dengan Kayu yang kembali semula di sini.

"Kenapa senyap je ni? Mana lain?" Badrol mengulangi soalanku dan Man menjawab dengan jawapan yang sama.

"Ada apa kat sana?" tanya Melati pula.

Kelihatan Man agak keberatan untuk memberitahu. Matanya sedikit bergenang sebelum dia bersuara, "Tengah nak bakar mayat Kavita."

Kami agak terkejut mendengar kata-kata Man. 

Kavita... dah mati?

"Bila dia...?" aku tak mampu menghabiskan ayatku.

"Malam semalam. Masa Ringo dengan Nikolai pergi selamatkan dia hari tu, Kavita memang dah lemah sangat. Kami dah terlambat."

Aku memegang lengan Man dan mengusap lembut. Aku memang gagal bab memujuk orang, dan ini je yang aku mampu untuk meredakan kesedihan yang menyelubungi Man.

"Kita pergi sana, jom?" ajak Hayun.

Aku mengangguk dan kami pun bergerak menuju ke sana.

* * *

Aku rasa kekok berada dalam majlis yang suram begini. Lebih-lebih lagi, aku tak pernah hadir, dan tak pernah lagi kehilangan seseorang yang aku anggap kawan. Ini adalah kali yang pertama.

Ramai yang hadir ke penghormatan terakhir pagi itu. Antaranya general Mafia Kampung Dusun dan beberapa muka yang aku tak kenali, mungkin ahli mafia yang lain seperti kami juga.

Aku masih boleh nampak wajah Kavita yang masih belum disentuh api. Namun, lama-kelamaan, api semakin marak dan tubuh Kavita terus dijilat api, sekaligus menambahkan suram dan kesedihan di kawasan bukit ini. Aku teruskan bertafakur, mendoakan agar rohnya tenang.

Aku tak tahu mahu berperasaan apa lagi. Masih terngiang suara Kavita menyuruh kami pergi setelah tiga ekor Royal Naga keluar dari semak hutan. Fikiranku tak habis-habis terbayang akan senyuman yang dilemparkan Kavita kepadaku. Itu adalah yang pertama dan terakhir. Kenapa aku perlu lalui perkara seperti ini?

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!