#6: Gua Zombi

198 9 0

Kami meneruskan perjalanan ke arah utara setelah berpecah dengan kumpulan Mafia Kampung Dusun. Katanya, ada bandar perlombongan adamantin di sana. Badrol dah ada niat nak dapatkan (atau curi) bijih adamantin tu. Aku pula terbayang nak buat senjata daripada bijih tu.

Malangnya, awan mendung kini berada betul-betul di atas kami. Hari bakal hujan! Kami lihat sekeliling.

"Ada gua kat sana!" jerit Melati, jarinya menuding ke satu arah.

"Jom! Sebelum hujan turun!"

Kami pun bergerak ke situ dalam kadar yang segera. Angin pun dah mula bertiup. Apabila sampai ke mulut gua, hujan mulai turun renyai-renyai.

Apabila kami berjalan lebih dalam ke dalam gua, aku dapati ada banyak labah-labah kecil melekat di dinding.

"Gelap! Meh aku buat sesuatu." Lantas, Hayun menggunakan kuasanya ke atas semua labah-labah itu. Habis semua serangga itu bercahaya berwarna hijau, menerangi gua yang tadinya gelap.

Kami pun duduk berehat sambil melepaskan lelah. Aku sempat keluarkan cebisan roti yang masih berbaki yang aku beli di Pelabuhan Klang tempohari.

"Oit, Melati!" laung Badrol.

Melati mengangkat kepalanya sedikit.

"Mana surat yang kau jumpa kat haritu? Aku nak tengok jap, mana tau aku dapat tangkap sikit tulisan tu tulis apa," pintanya.

Dengan malas, Melati pun bagi surat tu kepada Badrol. Habis surat tu ditunggang-balikkan oleh Badrol sambil wajahnya berkerut membaca tulisan pelik itu.

"Apa yang dia tulis?" aku bertanya.

"Hmm... yang aku boleh baca pun..." Badrol meletakkan kertas itu ke atas batu dan jarinya menuding ke beberapa simbol yang merupakan huruf bahasa pelik itu. "...jumpa... Melaka... lima... tunggu kat situ."

"Jumpa kat Melaka?"

"Lima... kapal?"

"Ke... lima orang?"

Kami cuba untuk mengagak ayat penuh surat itu.

"Tapi kita dah jauh dari Melaka tau, nak patah balik?" aku utarakan soalan.

"Ah, abaikan jelah mesej ni. Yang penting, aku nak dapatkan adamantin tu dulu!" Ketawa Badrol. Surat itu dicampakkan kembali kepada Melati.

Aku dah nampak mata Badrol yang bersinar dengan harta yang bakal menjadi milik kami. Melati dah macam jelek, tapi dia diamkan saja. Malas nak layan mungkin.

Guruh mulai berdentum di langit.

"Nampaknya hujan turun lebat satgi," kata Melati.

Kayu pula mula mengeluarkan botol minyak tanah dari beg dan menuangkan minyak itu ke atas longgokan kayu dan daun yang dia kumpul. Dan dengan sekali petik, percikan api keluar dari celahan jari Hayun yang bergeser dan unggun pun bernyala.

*    *    *

Aku perhati ke luar. Masih hujan. Aku agak sekarang baru jam 5 petang. Dan dua jam berada dalam gua ni sampai aku sendiri tak tahu nak buat apa. Sempat aku buat beberapa anak panah untuk busurku. Nasib kali ni menjadi, walaupun cuma tiga batang je.

Aku nampak Melati dan Badrol bangun dari tidur.

"Hujan lagi?"

Aku angguk. Nampak sangat mereka juga kebosanan menunggu.

"Aku ingat nak jalan-jalan kejap. Masuk dalam gua ni. Korang nak ikut?" ajakku.

Melati senyum. Badrol pun senyum. Heh!

"Diorang ni macamana?" Badrol menuding ke arah Hayun dan Kayu.

"Takpe, kejap je." Dan aku terus berjalan masuk ke dalam gua. Mereka mengikut dari belakang.

Sedang kami berjalan hampir lima minit berlalu, tiba-tiba aku merasakan sesuatu. Dengan penglihatanku yang membolehkan aku dapat melihat dalam gelap, aku dapat melihat...

Buk!

"Adui!" Badrol mengaduh. Kepalanya terhantuk pada badanku. "Kau kenapa, Rifa? Tiba-tiba berhenti?"

"Shh..." Aku meletakkan jariku ke mulut Badrol. "Diam kejap. Kau nampak tak tadi tu, Melati?"

Melati yang merupakan manusia separuh Elf itu cuba untuk menangkap apa yang aku nampak tadi. Dalam masa yang sama, kedengaran suara seperti orang mengeluh.

"Apa benda yang kau nampak, Rifa?"

"Bayang-bayang. Macam bentuk manusia, tapi aku pasti. Samar-samar."

"Kau biar betul..." Badrol dah mula cuak. "Dah la aku tak nampak apa-apa kat sini. Gelap habis!"

"Kita patah balik. Kejutkan yang lain!" cadang Melati.

"Aku pun tak sedap hati ni. Jom!"

Dalam kegelapan itu, Badrol hanya bergantung pada kami untuk berjalan dalam gelap.

Setelah kami tiba kembali ke tempat kami berehat tadi, terus kami kejutkan Kayu dan Hayun yang masih tidur dek sejuk hujan yang makin lebat.

"Weh, bangun! Ada benda kat dalam tu!"

"Benda apa pulak ni..." Hayun rasa agak jengkel kerana rehatnya diganggu.

"Aku tak pasti. Tapi macam benda yang bahaya la," kataku sambil menarik Kayu yang kelihatan agak liat untuk bangun.

Setelah semua sudah sedar 100% dan kami kembali ke tempat yang gelap tadi, Hayun sekali lagi menggunakan kuasa magiknya. Dia melayangkan tangannya ke depan dan tup! Tubuh Kayu bercahaya!

"Amende kau buat ni, Hayun?" tanya Melati, bengang. Bimbang jika musuh tahu akan kehadiran mereka.

"Gelap kot!" jawabnya selamba.

Aku menggulingkan mata, lalu menggeleng.

"Korang... korang!" Suara Badrol agak bergetar. "Apa benda tu?"

Kami pun menoleh ke arah yang dituding oleh Badrol.

"Z-z-zombi?!"

*    *    *

Kami menyandarkan badan kami ke dinding gua. Masing-masing cedera diserang zombi. Nasib kami dapat bertahan dan membunuh askar zombi itu tadi.

Cuma keadaan Hayun yang paling teruk. Sebelum zombi yang terakhir itu tumbang, sempat zombi itu menghamburkan cecair beracun ke arah kami. Hayun yang paling hampir dengannya, terkena paling banyak di bahagian tekaknya dan terus tidak dapat bercakap. Mungkin paling sekejap, dalam 8 jam.

Kesian jugak dengan Hayun. Memandangkan dia ahli sihir yang memerlukan suara untuk menggunakan kuasanya, ia seperti Hayun telah kehilangan separuh daripada nyawanya.

"Hari pun dah nak malam. Kita gerak esok pagi jela ke sana?" cadang Badrol.

Aku setuju. Yang lain juga setuju. Masing-masing membuat hal sendiri dan aku sedikit demi sedikit lena mula menguasai mata dan akhirnya aku lena.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!