Bonus Diari #2 - Karakter

196 9 8

Helo, semua! 

Bagi sesiapa yang ikut diari ni, semua dah (hampir) kenal karakter Rifa.

Kali ni, kita perkenalkan karakter yang lain, termasuklah siapa yang jadi Dungeon Master (DM) dan juga karakter jemputan kami sepanjang permainan ni berlangsung (juga aku akan lampirkan sekali tuithandle mereka!).

*    *    *

Adib Zaini (@adibzaini) - Dungeon Master
Tugas DM ni (bagi yang tidak tahu) adalah sebagai penggerak cerita, storyteller bak kata omputih. Dialah yang menyusun pengembaraan kami (pemain) untuk menghala ke arah mana, termasuk watak sampingan dan musuh. DM juga akan bagitahu kami apa yang kami nampak, dengar dan baca sepanjang perjalanan.

Banyak 'kerja' yang DM kena buat. Kreatif tu perlu untuk bina world-building permainan ni. Tabik la kat sesiapa yang jadi DM ni. Gigih!

Okeh, berbalik kepada Adib, Adib sebagai DM adalah seorang yang keji. Dia selalu bawak kitorang ke tempat yang bahaya, dan tugasan dia selalu susah (tapi nasib baik kitorang lepas semua tu, setakat ni). Dia campak 5 goblin yang entah berapa round baru habis lawan. Campak zombi lahanat yang percikkan racun bila nak mati. Padahal kitorang baru level 2 kot masa tu!

Setting permainan kami ni DM telah set yang kami berada di negara seperti Melaka pada abad ke-14 yang penuh dengan magik (dan DM namakan negara tu sebagai Melaka, sebuah bandar besar berhampiran dengan Pelabuhan Klang. Hmmm... takde idea nak letak nama lettew). Penduduk majoritinya manusia tapi mengecam dan rasis terhadap bangsa Dwarf. Dan kerajaan pulak menggunakan sistem monarki. Ini secara background setting jelah.

Jadi, bagi sesiapa yang macam nak join group kami, boleh la cuba tanya DM kami ni. Kami memang alu-alukan sangat bagi yang nak mencuba.

Amir Hafizi (@amirhimself) - Badrol (Halfling, bard)
Badrol adalah seorang yang gila harta dan wang, sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkannya. Dengan kebolehan bermain alat muzik dan bernyanyi, Badrol selalu inspire kami semua semasa tengah battle supaya kami dapat +1 bonus setiap kali kami roll dadu. Dengan kata lain, Badrol tak power berlawan, tapi dia membantu. Dengan adanya Badrol, dia banyak buat keputusan akhir untuk group kami.

Syafiq Aizat (@yo_sapit) - Kayu (Human, monk)
Monk muda, bukan imam muda. Seorang budak 15 tahun yang lari dari tempat dia belajar dan terus ikut kami mengembara. Kayu ni baik orangnya. Orang cedera sikit, dia tolong. Orang nak mencuri, dia istighfar. Dan sebagai seorang tank, bila ada musuh, dialah yang cover kami. Oleh itu, marilah kita beramai-ramai ucapkan kepada dia - Tank-Kayu!

Fikri (@fakriazzam) - Hayun (Human, wizard/sorcerer)
Jangan main-main dengan dia ni! Cari pasal, dia kasi bakor je. Masih mencari jalan ke arah Suvarnabumi (walaupun dibuang negeri). Seorang yang berhati kering dalam kumpulan kami. Sangat chaotic dan evil! Tapi tak suka dengan benda-benda necromancy. Amende ah... tapi lepas Hayun multiclass jadi sorcerer, evil dia makin menjadi-jadi pulak. Hayun juga seorang yang kalau dia nak buat, dia akan buat dan dia pedulitaik je semua.

Anis (@anissuhailaa) - Melati (Half-Elf, ranger)
Seorang yang sayangkan binatang. Dengan busur panah, Melati akan melindungi kami dan haiwan yang terancam daripada serangan musuh. Tapi sejak bunuh Raptor ni, rasa sayang kat binatang tu macam dah makin pudar nampaknya... tapi jangan pandang Melati tarak mata~ sejak dia ada bela wolf ni, Melati jadi sedikit chaotic daripada biasa. Dia berbangsa separuh Elf, maklumlah... mak ayah kahwin campur. 

Arlina (@arlinabanana) - Big Onion (Halfling, wizard)
Satu-satunya pemain jemputan yang kami ada setakat ni. Walaupun menggelarkan diri sebagai bimbo, Big Onion bukanlah jenis yang tahu menyusahkan rakan-rakan yang lain. Wizard yang masih keliru dengan kuasa yang dimilikinya.

***

Itu jelah setakat ni tentang karakter kami. Buat masa sekarang, kami baru level 4 (pada 02/12/2015), masih jauh lagi kami nak menapak dalam pengembaraan ni. Kami mengalu-alukan para geek (kalau berminat) untuk join campaign kami ni. Jadi guest character pun takpe, tarak hal!

Untuk sesi akan datang, aku akan update lagi pengembaraan kami. Terus setia dengan Rifa sebab dia macam malas menulis diari dia memandangkan banyak tugasan dia perlu hadap. Jadi, aku sebagai wakil dia, nak berterima kasih kepada pembaca (ada ke yang follow dari awal sampai latest?) sebab sabar dengan update Diari Seorang Pencuri ni. Moga terhibur la hendaknya, aku tak reti nak cakap apa dah.

Tunggu sambungan pengembaraan kami ya! Marilah sama-sama kita berdoa, harap Rifa kekal rajin untuk update diari dia ni.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!