#14: Ujian Keramat Kavita

157 5 0

Setelah kami berjaya memadamkan semangat Hayun untuk membakar orang, kami pun berjalan ke arah jeti. Kelihatan banyak bot nelayan yang diparkir di situ.

Kami mendapatkan seorang pakcik yang menawarkan perkhidmatan sewa bot. Setelah selesai mendapatkan satu bot, Hayun mengeluarkan poster Si Tukang Masak. "Kenal tak dia ni?"

Pakcik bot itu berkerut sekejap. "Macam pernah nampak tapi tak kenal lak."

"Hmm... takpe." Lalu Hayun memasukkan semula poster itu ke dalam begnya.

Kami terus berjalan ke bot. Sempat pula Badrol melambung-lambung beberapa bijih adamantin sambil mengomel yang dia letih membawa wang yang banyak. Pada mulanya, aku tak mengerti. Tapi setelah melihat keadaan sekeliling, kelihatan beberapa kumpulan yang mula memandang kami. Paling mencurigakan adalah kumpulan yang tak jauh dari kami yang mempunyai tatu di badan mereka itu. Itu adalah simbol Yakuza Kampung Pisang! Memandangkan mereka tidak mendatangkan apa-apa masalah, kami buat tak peduli kepada mereka dan terus naik ke dalam bot.

Setelah kami mendayung agak jauh dari jeti, apabila kami sudah masuk dalam kawasan yang dikelilingi hutan, Melati memberi isyarat senyap.

Sambil jarinya melekat pada bibir, dia berkata dengan suara yang rendah, "Ada orang perhatikan kita dari tadi."

"Binatang?"

Melati menggeleng. "Manusia. Mungkin Elf. Aku perasan diorang ikut dari pekan lagi." Dia memberi isyarat menggunakan mata. "Ada yang perhati dari situ."

Dari anak matanya, aku juga turut memerhati ke arah yang ditunjukkan tadi. Ada seorang di atas pokok, seorang di celahan batu dan beberapa siluet di celahan semak.

Mulanya, kami mahu mengabaikan saja mereka, tetapi mereka terlebih dahulu melepaskan panah ke arah kami. Setelah mereka isytiharkan perang, kami pun turut memulakan serangan. Siluet yang bersembunyi di atas pokok tadi terjatuh setelah Melati melancarkan panah. Kayu dengan pantas melompat turun ke tanah dari bot dan berlari ke arah lawannya yang terkontang-kanting untuk bangun semula.

Kami terpaksa pertahankan diri sepanjang berada di situ kerana mereka kelihatan tidak mahu mengalah pun. Tiba-tiba, keluar seekor serigala dari celahan semak dan menggigit siluet yang berada di celah batu itu. Melolong kuat dibuatnya suara lelaki itu. Setelah siluet lelaki itu berjaya melepaskan diri daripada gigitan serigala itu, dia terus berlari meninggalkan rakannya yang lain.

Siluet yang sedang dibelasah oleh Kayu kini tak berdaya dan terus rebah terkulai, manakala yang berada di dalam semak sudah berlari pergi sambil dikejar serigala itu.

"Hah, rasakan!" kata Kayu sambil menendang lelaki Elf itu.

Aku dan Melati menghampiri Kayu setelah bot didayung ke tepian sungai. Kami melihat Elf itu. Dari gaya pemakaiannya, nampak sangat dia ni perompak. Geng mereka yang lain agaknya ketakutan langsung tak menghiraukan dia yang cedera. Melati bertindak mahu menjejak geng perompak yang lain lalu dia berlari masuk ke dalam semak hutan.

"Nak ikat dia?" tanya Kayu.

Lambat-lambat aku menjawab, "Heh, takyah la. Golek je dia kat situ." Lalu aku menyepak perutnya. Sebenarnya, aku terpegun melihat seekor burung helang yang berterbangan di udara sana. Setahu aku, bandar Melaka ini bukan habitat asal helang seperti itu. Mungkin ia sesat, jadi aku abaikan dulu hal itu.

Bot yang kami naiki tadi kini kosong. Hayun dan Badrol turut sama turun ke darat.

"Nak kejar tak diorang tu?"

"Takyah la. Buang masa je," jawab Melati setelah dia pulang semula bersama kami.

"Sekarang, kita nak gerak ke mana? Dalam tu menghala ke mana je?" tanya Hayun sambil menuding ke arah dalam hutan.

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!