#27: Imbas Kembali

117 6 2

Lama juga aku termenung memikirkan setiap apa yang berlaku sepanjang aku 'hilang' selama beberapa tempoh hari itu.

Kata Badrol, pada waktu dia ke perpustakaan dan mencari punca yang mungkin berkaitan dengan misteri penyakit yang kami hidapi ini, ia mungkin berlaku atas sebab kekurangan iman. Jadi, makhluk yang kami jumpa di dalam hutan pada minggu lepas itu telah menggunakan satu kuasa yang lagi kuat daripada kuasa dalaman kami dan membuatkan kami jadi 'gila' pada jangka masa yang ditetapkan. Kalau badan kami kuat melawan penyakit gila itu, maka kami akan sihat dengan cepat. Entah kenapa penyakit gila yang aku dapat ini sehinggakan aku yang paling terakhir yang 'sihat'.

Banyak perkara yang berlaku aku terlepas. Dan mereka ada menceritakan semuanya sekaligus semasa kami bersarapan tadi.

* * *

Pagi semalam, Man si bartender telah mendapat sepucuk surat melalui seekor burung yang dia panggil sebagai Tuiter. Setelah dia membaca surat itu, terus dia bertanya kepada kami dengan nada agak ragu-ragu dan terkejut.

"Korang ada pergi ke tempat Majapahit ke?"

Semua membisu. Aku dah tentu-tentu tak jawab soalan dia. Atau mungkin aku tak ingat apa yang aku jawab pada waktu itu disebabkan sumpahan skizofrenia yang berlaku pada aku sepanjang minggu itu.

"Ada," jawab Hayun setelah dia menghirup minuman paginya. "Tapi sekadar ada je la. Takde apapun."

"Aku rasa... baik korang blah dari sini," saran Man.

Kami memandang antara satu sama lain. Aku rasa, aku pun pandang diorang jugak kot. Agaknya.

"Diorang bengang sebab korang bawak lari kapal diorang."

"Tapi kapal tu cuma kapal nelayan je. Dan kitorang dah bakar pun."

Man terdiam. Dia ambil nafas sejenak. "Kapal diorang korang bakar? Kapal Ringo korang bakar, kapal diorang pun korang bakar gak?!"

Apabila semua seperti mahu menjawab letusan geram Man, dia lantas bersuara, "Aku tak nak tahu alasan korang." Dia menghalakan tapak tangannya ke arah kami, tanda dia mahu hentikan perbualan itu.

Man terlalu marah sampai dia malas nak layan kami pada pagi itu. Tapi tak sempat nak masuk tengahari, Man keluar dari biliknya dan menghampiri kami.

"Korang ni kalau tak buat kecoh memang tak sah, kan?" Man menggeleng sambil mengeluh.

Kami hanya tersengih mendengarnya.

"Korang ni buat aku teringatkan kat geng Ringo tu semua tau. Masa diorang semua muda lagi, diorang tu macam korang gak la."

"Jadi, Ringo pernah bakar kapal orang gak?" celah Melati.

Man tergelak. "Tak. Tak pernah." Dia menghirup minumannya. "Tapi dia pernah bakar kereta kuda entah siapa punya entah. Kuda tu pulak dia rembat buat kegunaan geng dia."

Kami tersenyum bangga. Tak sangka mentor kami pun punya perangai begitu waktu muda mereka.

"Aku puji ni bukan nak bagi korang api hijau untuk terus tinggal sini tau. Nak taknak, korang mesti blah dari sini jugak. Ni bukan sekadar arahan, bahkan amaran." Nada Man agak tegas. Menandakan yang dia tidak main-main.

"Aku faham. Cukup masa, bila semua urusan kitorang selesai kat sini, kitorang blah. Aku rasa Rifa ni esok lusa okey la. Dan aku nak setelkan hutang aku kat Ringo. Aku dah upah orang untuk bina semula kapal Ringo tu, sama dengan kapal dia yang kitorang bakar dulu." Badrol juga yakin dengan tindakannya.

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!