#7: Dia Datang Lagi!

205 8 0

Aku pasti, selepas kami berlawan dengan askar zombi tadi, kami terus rehat. Aku yakin aku tertidur kat dalam gua tu. Tapi... aku kat mana sekarang ni?

Aku betulkan posisi dari baring kepada duduk. Aku lihat keliling. Semacam kawasan tundra. Dipenuhi ais dan angin sejuk saja.

Tiba-tiba, sesuatu menjamah bahuku. Aku pantas menoleh.

"Lerhhh... kau rupanya!"

Kayu buat muka teruja. Mungkin sebab dia ingat dia berseorangan tadi.

"Eh, belakang kau tu...?"

"Aku jumpa dia kat sana."

"Korang~ korang pergi mana? Lama tak jumpa korang~" tangis Big Onion.

Tubuhku yang lebih panjang daripadanya dipeluk-peluk teruja.

"Weh, kitorang takde pergi mana-mana la. Pastu kita takde la dah lama tak jumpa pun~" aku cuba memujuk.

"Tak lama kau cakap? Dua minggu aku cari jalan keluar, tau tak?!"

"Dua minggu?" Kayu terkejut mendengarnya.

Big Onion mengangguk.

"Tapi kita baru jumpa dua-tiga hari lepas..."

"Hee... apa korang cakap ni? Aku tersadai sini dah lama tau." Lalu, Big Onion menyilangkan tangannya ke dada. Ingat comel la tu? 

Sejurus selepas itu, angin sejuk bertiup ke arah kami. Otakku dapat merasakan sesuatu dari angin tersebut tapi aku tak dapat menafsirkannya.

"Korang dengar tak?"

Aku dan Big Onion menggeleng.

"Apa yang kau dengar?" aku bertanya.

"Aku tak tau dia cakap apa, yang aku dengar cuma suara, laki atau perempuan aku tak pasti. Yang paling kecewa sekali, aku sendiri tak dapat nak ajuk apa suara tu cakap."

Aku dah gulingkan mata. Kalau aku yang dapat dengar suara tu lagi hampeh agaknya.

*    *    *

Kami meneruskan perjalanan kami. Malangnya, langkah kami sudah jauh, tapi masih tak berpenghujung.

"Seriuslah kau tak ingat apa-apa?" Kayu bertanya.

"Betul~ yang aku ingat, lepas aku cakap aku ada hal tu terus aku pergi cari bomoh yang aku nak jumpa tu. Lepas dah jumpa tu, dia ada buat sesuatu tapi aku langsung tak ingat. Tau-tau je aku dah ada kat kawasan ni," cerita Big Onion dengan bersungguh.

"Hish~ kau buat apa dengan bomoh tu? Keji!" Lalu, Kayu menampar lengan Big Onion, sekadar mahu mengusiknya.

Namun, tangan Kayu dan lengan Big Onion seakan tembus, dan menghilang seperti asap sebelum ia ada kembali. Tak lama kemudian, aku nampak mereka terkinja seperti direnjat sesuatu.

"Weh, apesal?" aku pantas bertanya.

"Tak... tangan aku ni... macam kena letrik!" beritahu Kayu.

"Lengan aku pun! Aduhhh."

Aku pantas menoleh ke beberapa arah. Angin sejuk di sekitar seperti semakin kuat bertiup. Sepertinya tempat ini semakin mengecil.

"Aku rasa, tempat ni..." Big Onion cuba untuk mengingati sesuatu. "...aku agak je tau. Tempat ni macam dunia mimpi yang dicipta oleh manusia. Mungkin ada tujuan atau kepentingan mereka."

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!