#24: Sentora Penipu

99 7 0

"Weh, dah la lepak tu. Jom!"

"Jom nak pi mana?" Hayun terkerut dahi.

"Kita cari kapal lain la... nak balik ke Pelabuhan Klang!" Melati terus bangun dan mencapai begnya. "Kat sana tu ada sungai. Kita ikut jela."

Tiada pilihan, kami terus bangun daripada menikmati senja di pantai itu dan mengikut Melati sebagai penunjuk arah jalan. Dah dia saja yang hebat dalam hal sebegini, nak-nak pula dalam hutan. Aku mengangkat senapang busur yang diletakkan di riba tadi ke belakang badan, disandang saja di situ. Kemudian, menyangkut beg di bahu kanan.

Kami berjalan masuk ke dalam hutan yang tidaklah berapa tebal itu, menyusuri tepi sungai. Senja merah semakin berganti gelap malam dan dalam kesamaran itu, kami terjumpa sebatang pokok yang pelik bentuknya. Lentik batang pokok itu seperti ia sedang sujud.

Pokok boleh sujud! Ini bukan Malam Qadar!

"Korang tengok tu! Cantik betul bentuk pokok tu!" teruja Kayu.

Aku memicing mataku melihat apa yang sebetulnya. "Hati-hati!" Kayu yang berjalan mahu memegang pokok itu membatalkan niatnya. "Ada tali haluuuuuusss kat dahan pokok tu. Aku tak tau la apa akan jadi kalau tali tu terputus..."

"Hah, yeke?!" Kayu berundur ke belakang.

"Kita tengok la apa akan jadi kalau tali tu terputus," cadang Hayun. Dia mengangkat batu dan mencampak batu itu ke arah tali yang aku tunjuk tadi. Tak kena.

Kayu pula mengeluarkan shuriken dari beg dan mencampak ke arah yang sama. Sasaran mengena! Dan tali itu terputus, lalu pokok itu melibas angin sebelum ia menegak semula.

Heh, perangkap mudah!

Kami meneruskan perjalanan. Badrol sedikit kelelahan kerana tubuhnya yang kecil dan terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh di dalam hutan sebegini membuatkan dia penat.

"Rileks la, Bad. Depan tu mungkin sampai la tempat nak berehat," kata Melati. "Sikit je lagi!"

"Ah, kau! Dari tadi pun sikit lagi jugak," omel Badrol.

Hampir lima minit berjalan, kedengaran bunyi air terjun. Dengan pantas kami menghayun langkah menghampiri bunyi itu dan kami agak lega kerana terdapat kawasan yang sesuai untuk kami berehat dan mungkin bermalam di situ.

"Nak pacak khemah?"

"Boleh je."

Lalu, Kayu membuka lembaran kain yang ada di dalam begnya dan membuat khemah untuk kami. Satu untuk lelaki, dan satu untuk perempuan. Badrol yang agak keletihan tadi terus membuka segala pakaian dan mencampakkan saja begnya ke tepi dan terus terjun ke dalam sungai.

Melati dan Hayun juga turut masuk kecebur ke dalam sungai setelah Hayun membuat unggun api. Pelita sekadar bermain di gigi sungai sambil merendam kakinya.

Aku merehatkan badan dulu setelah aku meletakkan barang-barangku ke dalam khemah dan membantu Kayu untuk menyiapkan makan malam. Kayu ni baik sikit. Walaupun masakannya tidaklah berapa nak sedap, tapi dia tak lokek untuk menawarkan sedikit makanannya kepada kami. Jadi, dengan makanan atau bahan yang ada di dalam beg kami, kami menghulurkan kepada Kayu untuk dia masak apa saja resipi yang dia tahu.

Setelah selesai membantu, aku pun terus buka baju dan kasut dan dengan hanya berbaju dalam, aku masuk ke dalam sungai untuk menyegarkan badan. Lega apabila tubuh yang penat ini dimanjakan sebegini. Walaupun badan sedikit pedih-pedih kerana ada luka kecil di sana-sini akibat pertempuran di pantai tadi, aku harus menikmatinya.

* * *

Aku membelek-belek buku yang aku simpan segala macam magik yang aku pernah pelajari dulu. Ada yang aku sudah lupa cara penggunaannya, jadi aku buat revisi semula supaya aku boleh guna waktu genting nanti. Harap tak ada yang sukar akan berlaku pada hari ini.

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!