Bonus Diari #4 - Kompanion

127 7 2

Hey ho, korang!

Bonus diari kali ini aku nak menampilkan watak baharu yang baru saja penyertai kami baru-baru ini. Selain itu, aku juga nak kenalkan haiwan peliharaan kami yang muncul dalam sepanjang pengembaraan ni. Kadang-kadang, aku tak sebut nama-nama binatang ni, tapi anggap saja binatang ini sentiasa ada bersama kami sepanjang road-trip ni, okey?

*    *    *

Hadim dan Nor
Kedua-dua keldai ini adalah haiwan peliharaan Badrol. Haiwan yang dibuli oleh Badrol untuk mengangkat segala barangan yang dia ada. Keji, kan? Tapi elok gak keldai ni ada, nak pulak dia paling kecik dalam grup.

Auli
Burung hantu peliharaan Hayun. Sangat setia dan teliti. Sering melakukan aktiviti pemantauan sekiranya kami mengalami masalah untuk mencari arah perjalanan jarak jauh. Pernah jadi arwah sekali, tapi nasib Kavita hidupkan balik atas bantuan Lili.

Jamal
Kucing peliharaan Kayu. Asalnya anak kucing ini dijumpai oleh Melati di sebuah kampung yang terbiar semasa dalam perjalanan ke Bandar Adamantin, kemudian diberikan kepada Kayu. Sering diletakkan di dalam poket seluar. Manja yang amat! Tapi kucing ini tak respon bila panggil 'Jamal'. Dengar kata, Kayu mahu menukar nama Jamal kepada 'Ariff Adly'. Tengok la macamana respon kucing tu nanti, pandang ke idak...

Ramli
Seekor serigala peliharaan Melati. Jumpa semasa berada di dalam hutan semasa kami memburu salah seorang ahli Lanun Majapahit di perairan Melaka. Sangat manja dan dengar kata, juga sangat aktif. Banyak trik yang sudah dia pelajari. Silap gaya, kena ngap! korang nanti.

Mumu
Seekor ular kapak peliharaan Rifa (aku lettew!). Sebenarnya ia adalah penjaga keluarga, di mana setiap ahli keluarga aku ada seekor ular. Tapi aku menafikan kewujudan Mumu, sehinggalah aku terbuka hati untuk menerimanya semula. Dengan adanya Mumu, aku mampu menggunakan kuasa gelap ajaran keluarga aku semula, tapi aku sedaya-upaya untuk menjadikan ia pada sisi baik. Suka bergayut di badan. 

*    *    * 

Seperti yang aku katakan pada intro tadi, kita ada ahli baru! Kenalkan...

Pelita
Seorang shaman yang pemalu. Tapi dalam menyerang musuh, dia memang tak tahu malu langsung, habis semua disodok dengan 'senjata rohani' yang diciptanya. Seperti Melati, Pelita juga manusia yang berbangsa separuh Elf. Pertama kali berjumpa adalah semasa kami berehat di sebuah perkampungan pemburu. Malas nak duduk melepet di rumah, dia mengambil keputusan untuk menyertai kami dalam mengharungi misi memburu Lanun Majapahit.

Entah
Seekor burung helang belaan Pelita. Aku tak pernah melepak lagi dengan Entah ni, setakat jumpa saja. Itu pun macam tu sajalah. Jadi, kalau korang tanya aku Entah tu macamana, aku jawab entah jela ye.

*    *    *

Aku harap dengan bonus kali ni, korang dapat imagin, bagaimana permainan ini berjalan. Bukan sekadar perlu mengawal karakter, kami juga perlu mengawal cerita dan juga haiwan belaan kami agar terus bersama kami.

Dan aku minta maaf sebab minggu ni terpaksa rehatkan Diari Seorang Pencuri sebab stok advencer bercuti sepanjang Februari dan perjalanan cerita (permainan) kami habis sampai episod sebelum ni. Akan bersambung semula siri ini mungkin pada minggu hadapan.

Selamat berhibur di hujung minggu ya!

Selamat berhibur di hujung minggu ya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!