#1: Perjumpaan Tak Diduga

2K 30 0

Sudah enam jam aku berada di pejabat imigresen ni. Nak buat pasport je pun~ tapi entah kenapa lah lambat sangat servis diorang ni.

Kat sebelah aku ada seorang mamat halfling, siap pegang gitar lagi. Nama dia Badrol. Dia ni baru saja sampai ke negeri ini, dan Pelabuhan Klang adalah tempat pertama yang dia jejak selepas turun dari kapal yang baru saja sampai pagi tadi. Keldai dia kat sebelah dia itu aku tengok sarat betul dengan barang. Kesian pulak aku tengok, tapi hati aku lagi menyampah dengan kelembaban orang imigresen ini bekerja! Dahlah rasis dengan golongan Dwarf.

Rasis-rasis ni, kalau kerja tu laju takpe la jugak!

Tengah sibuk tunggu giliran, ada seorang lelaki --yang dari pakaiannya macam ahli sihir-- datang, tanya apa benda entah kat Badrol. Aku malas nak layan mula-mula tu, tapi bila dia perkenalkan diri dia sebagai Hayun, aku pun intro jelah diri aku sama. Lepas itu, aku diamkan diri semula.

Tengah syok mengomel pasal tujuan masing-masing ke pejabat imigresen ni, datang lagi seorang manusia, Halfling dan Elf. Masing-masing kenalkan diri sebagai Kayu, Big Onion, dan Melati. Dan kami sambung bual-bual kosong, sampailah tiba-tiba, mereka semua perasan satu benda.

"Ada manusia-kucing pandang kau semacam tu," beritahu Badrol kepada Kayu.

Aku yang sejak tadi senyap, cuba ushar sekeliling, cari manusia-kucing tu atau juga dikenali sebagai Catfolk. Ada tiga ekor. Entah apa yang diorang nak sangat kat si Kayu ni. Dahlah dia tu budak lagi, baru 15 tahun katanya. Siap lari dari sekolah lagi. Entah apa yang dia nak larikan pun aku tak tau. Aku syak dia mesti dari famili yang berpengaruh.

"Aku nampak diorang ada bawak pedang tu," Hayun sempat bagi amaran.

"Kalau macam tu, biar aku pergi kat kucing tu, pastu pandai-pandai la aku kelentong apa-apa nanti." Terus Badrol pergi ke arah tiga manusia-kucing tu.

Entah apa yang Badrol cakapkan kat manusia-kucing tu pun aku tak dengar. Jauh jugak jarak antara kami tu. Tak lama kemudian, dia balik semula ke kami.

"Dah, diorang dah blah. Tapi sebagai balasan, kau kena tolong aku."

Aku tengok muka Kayu macam tak kisah je. Gila naif!

"Tolong apa tu?"

"Macam ni... keldai aku dah penat, nak kena rehat. Tapi barang-barang aku banyak, kau boleh tolong angkatkan tak?"

Hmmm... Badrol ni nak buli budak kecik ni la ni.

"Baiklah. Saya boleh tolong."

Aduhai... lurusnya dia!

Terus Kayu angkat barang-barang Badrol dari keldai tu dan pikul barang itu semua ke atas badan dia. Kesian pulak, tapi aku pedulikan je. Asal tak susahkan aku, aku okey.

Dalam keramaian orang yang ada kat dalam pejabat imigresen tu, diorang sekali lagi nampak kumpulan manusia-kucing yang tadi itu merembat kalung emas dari salah seorang manusia yang ada kat situ. Meraung jugak la makcik tu. Tapi Badrol terus keluarkan gitar dia dan main sebuah lagu. Dengan suara dia yang tak berapa nak sedap tu, dapatlah beberapa duit orang sedekah kat dia. Dan duit tu dia bagi kat makcik malang tu sebagai hadiah, semoga dia gembira kembali.

Hmp, kalau aku, kalung emas dengan beberapa syiling perak tu je mana cukup! Koman-koman kalung tu mesti berharga 30-50 keping emas!

Bila Badrol dah kembali kat kami, dia cadangkan kami untuk kejar manusia-kucing tu. Aku okey je sebab memang bab advencer ni aku suka! Hayun pun okey, asalkan dia dapat kalung emas tu. Melati pada mulanya keberatan nak sertai kami, tapi akhirnya dia nak ikut, asalkan dia pun dapat bahagian dia nanti.

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!