#4: Pancung Goblin, Pancung!

246 12 0

Dah separuh perjalanan kami harungi, kami tiba di kawasan paya bakau. Penat jugak berjalan jauh ni. Perut pun dah lapar. Tapi perjalanan macam masih jauh lagi.

Akhirnya, Hayun memberi cadangan, "Aku rasa kita rehat la kejap kat sini. Biar burung hantu belaan aku ni yang pergi tengok, jauh lagi ke tak kita nak berjalan ni."

Aku hanya mengangkat ibu jari. Yang lain semua terus tumbang. Aku sempat minum bekalan air yang aku bawa. Habis separuh botol aku teguk, lega rasanya.

"Korang!" panggil Hayun setelah burung hantu belaannya sudah pulang dari memantau sekeliling kini bertenggek di bahunya. "Ada asap macam ada orang tengah berkhemah kat sana. Tak jauh dari kita."

Aku mula pandang ke arah yang ditunjuk oleh Hayun.

"Ada la dalam 500 meter dari sini," tambah Hayun.

Kami mula berjalan ke arah itu dengan gerakan pantas, tapi perlahan. Apabila kami sampai di kawasan yang terpacak dua khemah itu, kelihatan seekor goblin sedang memasak babi panggang, seekor lagi sedang mengasah pisau, dan tiga yang lain sedang berehat.

Sedang aku memerhatikan mereka, boleh pulak ada nyamuk bertenggek kat lengan. Aku yang sedang leka ketika itu terus menepuk nyamuk itu. Bisa gigitannya membuatkan aku gatal-gatal. Dan aku terperasan yang salah seekor goblin itu sedang memandang tepat pada mataku. Tangannya yang ligat mengasah pisau itu tadi kini sudah berhenti bergerak.

Ah, sudah. Kantoi!

Tanpa membuang masa, goblin itu terus bersedia untuk menyerang kami. Goblin yang sedang bersantai pun dengan pantas terus berlari untuk mendapatkan senjata mereka dari dalam khemah.

Kami pun... apa lagi~ serang jugak la! Memang kuat gila goblin ni semua. Hayun dengan penuh bergaya melancarkan kuasa magiknya. Kayu yang pada awalnya mahu menyerang mereka secara dekat, malangnya tak berhasil. Goblin itu sempat menyerangnya dahulu. Tapi nasib ada Melati, dia selamatkan Kayu daripada terus dipukul. Badrol ni pulak, hmmm... sempat pulak dia menyanyi masa tengah berlawan. Tapi dengan nyanyian dia tu, kami dapat rasa yang kuasa kami meningkat!

Aku? Aku dah tentu-tentu la cedera tapi sikit je. Takde hal punya. Aku sempat tikam goblin lahanat tu sampai dia tak larat nak bangun dah. Puas hati aku!

Setelah semua goblin itu tumbang dan kepenatan, kami kumpul dan ikat mereka.

"Apa yang kau buat kat sini?" tanya Badrol.

Malangnya, goblin itu cuma tahu cakap bahasa mereka sahaja. Aku pun tak faham apa yang mereka cuba katakan. Yang aku nampak, muka mereka agak kemarahan dan tak puas hati.

Hayun tertawa kecil. Aku rasa dia faham dengan bahasa goblin tu. Dengan tak kata apa, dia terus ayun pedang milik goblin itu tadi dan dengan sekali zap, kepala goblin itu bergolek ke tanah -- putus!

Badrol pun ikut tindakan Hayun selepas mencapai sebilah pedang milik goblin itu. Dan dipancung goblin itu dengan sekali libas. Aku hanya melihat perbuatan mereka tanpa aku kalih mukaku sedikit pun. Ini bukan kali pertama aku melihat makhluk lain dibunuh dengan kejam.

"Aku jumpa peti besi kat dalam tu," kata Melati setelah dia selesai memeriksa kedua-dua khemah itu bersama Kayu. "Err..." Melati terkaku sambil memandang kepala goblin bergolekan di atas tanah.

"Lepas geram tadi," Hayun beralasan.

"Oh, okey..." Pantas Melati memusingkan kepalanya ke arah pintu khemah.

Tak lama kemudian, Kayu keluar sambil membawa peti besi itu ke tengah di antara kami. Badrol mula memeriksa peti besi itu -- berkunci!

"Aku cuba bukak la," cadangku.

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!