#8: Bandar Adamantin

191 8 0

Sampai jugak kami ke bandar perlombongan adamantin yang diusahakan oleh bangsa Dwarf. Sempat kami membeli beberapa barang keperluan sebelum ke kafe. Perut lapar ini perlu diisi.

Setelah pesanan tiba ke meja, kami makan sepuasnya sampailah beberapa minit kemudian, sekumpulan Dwarf masuk ke dalam kafe itu. Pelanggan lain pula terus keluar dari kafe, entah apa yang ditakutkan pun kami tak tahu. Kumpulan itu takde la nampak hebat sangat, tapi bising je lebih sejak mereka masuk tadi.

"Bising nak mampos!" keji Melati.

"Buat derk je diorang tu," tegur Hayun.

Dan kami menyambung makan sampai selesai.

"Jom kita blah dari sini. Rasa semak gila!" bentak Hayun setelah dia menghabiskan minumannya. Pantas dia berdiri dan berjalan keluar.

Aku pun mencapai senapang busur yang aku letak di sisi dan disandangkan ke bahu. "Aku pun rasa tak selesa nak duduk sini lama-lama." Dan aku berdiri mengekori Hayun.

Keluar saja dari kafe, aku pandang sekeliling. Ada kawasan ala taman untuk beriadah tak jauh di sebelah kiri jalan, manakala di hujung jalan di sebelah kanan ada sebuah rumah tumpangan.

"Apehal lambat sangat diorang ni?" tanya Hayun.

Aku pandang semula ke arah Kayu yang baru saja keluar dari kafe.

"Mana lain?"

Kayu menuding ke belakang. Aku pandang ke arah itu. Kelihatan Melati sedang menarik telinga Badrol.

"Apesal ni?"

"Dia pergi buat magik kat Dwarf yang gertak dia tadi tu. Ada ke patut dia pi alih konek Dwarf tu kat dahi! Pastu berlagak kuat pulak tu! Kang tak pasal-pasal bergaduh dalam tu, haru!" bebel Melati.

Aku tak tahu nak kata apa. Memang Badrol jenis yang begitu, suka menggertak orang yang mencabarnya. Dasar orang yang tak tahu takut.

Aku hanya geleng saja.

"Nak tinggal kat mana sementara ni?" tanya Badrol sambil menggosok-gosok telinganya yang perit.

"Situ?" Aku tunjukkan rumah tumpangan yang berada tak jauh dari kami.

*    *    *

Pagi itu, kami dapati yang Big Onion tiada di biliknya. Lagi. Puas kami menunggu tapi tak nampak juga batang hidungnya. Jadi, kami mengambil keputusan untuk bersarapan, kemudian kami terus ke pejabat perlombongan adamantin.

Masuk-masuk saja, aku nampak Hayun merembat suratkhabar yang terletak di atas meja di ruangan tengah pejabat dan menunjukkan berita utama kepada kami.

Har-De Melarikan Diri!

Antara isi beritanya, berlaku kekecohan di Pelabuhan Klang dan beberapa siri pemberontakan berlaku dari kumpulan yang menyokong Har-De perlu dilepaskan.

Aku tak berapa nak berasa kesal atas pembelotan yang kami lakukan, tapi bila aku terpandangkan Kayu, aku jadi macam kesian. Aku nampak dia seluk poket seluarnya dan mengeluarkan beberapa bentuk kunci. Kunci itu adalah kunci yang perlu kami guna untuk membebaskan Har-De beberapa hari lepas.

"Lupakan jela pasal mamat ni. Kita dah berada jauh kat sini," kata Badrol, acuh tak acuh.

Kami terus ke meja yang terdapat seorang pekerja yang sedang tekun mengira dan menulis sesuatu ke dalam buku lognya.

"Helo?"

Pekerja bangsa Dwarf itu mengangkat kepalanya. "Oh, helo! Ada apa yang boleh saya bantu?"

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!