#25: Kabus Penghilang Semangat

108 7 0

Mata dibuka luas. Gelap. Pernafasan distabilkan dan aku masih berbaring. Sunyi. Aku kembali ke dunia nyata setelah hampir lapan jam ketiduran. Di luar sudah pun malam. Aku mengambil mood untuk bergerak bangun dari tidur tapi badan seakan malas untuk berkompromi. Mumu yang tidur berdekatan dengan longgokan beg kami pun masih enak berehat. Jadi, aku terus berbaring, sampailah Melati yang berbaring di sebelahku memeluk aku sambil berkata "Ramli, gigit dia!" dalam tidur. Ramli yang berbaring di hujung kakinya pun berguling menghadap dinding khemah dan tidur semula.

Mengigau pulak dia. Aku terhibur sekejap. Aku menoleh ke sebelahku yang satu lagi, Pelita sedang tidur dengan tenang.

Mungkin sekejap lagi mereka semua akan bangun. Plan kami setelah terjun dari gua labah-labah yang berada di atas air terjun tadi adalah berehat sehingga malam, kemudian baru akan bergerak ke perkampungan di tepi pantai. Sebelum pertengahan malam, kami akan bergeraklah ke sana.

Aku rasa aku dah mulai bosan untuk terus berbaring. Jadi, aku tolak tangan Melati ke tepi dan aku bangun seraya duduk sekejap bagi menghilangkan pening. Kemudian, aku menyusup keluar daripada khemah dan nampaknya sang arjuna semuanya sudah bangun dan sedang duduk berdekatan unggun api sambil melantak.

"Masak apa je ni?" Aku menghampiri mereka.

"Ketam. Nak? Aku gi memancing tadi. Dapat ni je. Cuba la." Hayun menghulurkan aku sepiring ketam bakar yang dibelah dua. Aku mengambil satu bahagian dan mematahkan kulit keras ketam dan menghisap isi putih yang lembut. Sedap juga.

Sambil mengunyah ketam, Badrol bersuara, "Aku ingat nak ushar-ushar kat sana la."

"Buat apa?"

"Saja nak tengok. Lagipun, tadi aku dapat mimpi. Aku rasa mimpi tu pelik tapi aku tak ingat apa benda."

"Langsung kau tak ingat?" celah Kayu.

Badrol menggeleng. "Aku nak pergi sana kejaaaap je. Nanti aku datang balik." Dia meletakkan kulit ketam yang sudah kosong dan mula melangkah. Tangannya yang kotor dengan sisa makanan hanya dilap saja pada seluar.

"Aku ikut!" Kayu pantas mengejar Badrol sambil tangannya sempat mencapai potongan ketam yang ada di dalam piringnya. "Kejap la, Bad! Tunggu aku!"

Aku menyambung semula menyantap makanan yang terhidang.

"Melati dengan Pelita masih tidur?"

"Kejap lagi bangun la tu." Aku terus mengkekah isi ketam sehingga licin. Hayun pula entah baca buku apa. "Buku apa tu?"

Hayun tersentak. Mungkin aku telah mengganggu pembacaannya. "Tesis Kavita."

Aku tersenyum kecil. "Tesis?"

"Ha'ah. Aku pinjam kat perpustakaan. Menarik jugak la." Dia menyambung bacaannya semula.

Dalam masa yang sama, Pelita keluar daripada khemah dan menghampiri kami.

"Hai, korang!" tegur Pelita. 

Melati kemudiannya keluar daripada khemah. "Sedapnya bau."

"Ketam bakar. Meh la!"

Mereka mengambil seorang satu ketul dan menjamu selera sementara menunggu Badrol dan Kayu kembali ke sini. Agak lama juga mereka menghilang. Sempat aku menghabiskan dua bahagian ketam, minum bergelas-gelas air dan kencing di tepi sungai sebelum aku mencuci tangan di gigi sungai dan kembali kepada mereka di unggun api.

"Wei, Bad! Apehal tu?" aku menegur mereka memandangkan mereka berlari bukan main laju lagi, lalu tersungkur di depan kami.

"A-aku... aku... tak tahu. A-aku rasa... ada s-s--sesuatu kat sana... yang buat kitorang jadi m-m--macam ni," kata Badrol dengan terketar-ketar.

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!