#10: Laluan Ke Neraka

193 7 4

Kami meneruskan perjalanan ke dalam gua yang ada di dalam lubang itu memandangkan jalan naik tidak ada langsung. Lubang ini pun agak dalam. Jadi, nak tak nak, kena harung juga laluan yang kami tidak tahu ia akan menghala ke mana.

Sejak dari tadi, aku perhati Hayun macam tak berapa nak semangat. Cara dia ambil darah Cerberus tadi pun macam kelam semacam. Ada apa-apa yang berlaku ke tadi semasa dia masih berada di atas sana?

Aku cuba berjalan rapat dengan Hayun. "Weh, kau okey ke? Nampak kelam je."

"Takde pape la. Aku okey je," jawabnya dengan suara yang tak bersemangat.

Aku diam, cuba untuk mencari apa yang kurang pada Hayun. Lama juga aku perhati sampailah aku perasan sesuatu.

"Auli mana?"

Hayun berhenti melangkah. Ada la dalam lima saat dia kaku macam tu.

"Dah mati." Dan dia kembali melangkah.

Aku tak berani nak kata apa-apa. Mood Hayun ni bukan betul sangat. Silap cakap kang, aku pulak dibakornya.

Tapi aku syak, ada sesuatu yang berlaku kepadanya semasa kami berhadapan dengan Cerberus tadi. Biarlah. Aku tak suka nak desak-desak orang ni.

"Hayun! Pasti ke kau rasa kuasa magik tu kuat menghala ke dalam ni?" tanya Badrol yang berjalan di depan sekali.

"Ha'ah. Makin ke depan ni makin kuat aku dapat rasa."

Kami terus berjalan mengikut hala yang dikatakan mempunyai kuasa magik itu. Tak lama kemudian, kelihatan sekujur mayat terbaring dengan berlumuran darah.

"Were-rat haritu..." Melati memeriksa tubuh Were-rat itu. "Ada kesan luka anak panah yang aku tembak ni." Dia menunjukkan kesan itu.

Manakala badannya mempunyai kesan gigitan di tiga tempat berasingan. Mungkin Cerberus tadi yang menggigitnya sehingga mati.

Tanpa berkata apa, Hayun terus menggunakan magiknya untuk membakar mayat Were-rat itu.

"Aku tak mau mayat ni bertukar jadi zombi ke apa."

Dengan berbisik, Badrol berkata, "Kalau ye pun, tunggu la aku amek apa yang ada kat mayat tu." Kecewa.

Aku tak boleh nak tahan dari tertawa kecil dengan telatah Badrol yang mata duitan dan gila harta itu. Lucu. Setiap musuh yang tumpas pasti dia mahu dapatkan habuannya terlebih dahulu.

*    *    *

Kami meneruskan perjalanan lagi. Laluan gua ini membawa kami ke gaung yang agak dalam. Dengan ilmu yang aku ada, aku rasa kami tiada peluang hidup kalau jatuh ke bawah.

Kami mengambil keputusan untuk menyeberangi gaung itu. Laju Melati mengeluarkan busur, dan anak panahnya diikat dengan tali, kemudian disasarkan panah ke batang pokok di seberang sana.

Kayu yang paling semangat nak merentasi tali itu dan setelah dia berada di seberang, dia mengikat tali itu ke batu. Dan kami mula menyeberang gaung itu.

Semasa giliran Hayun, dia yang terakhir menyeberang, tiba-tiba tali itu terputus dan Hayun nyaris jatuh ke dalam gaung. Nasib saja tangannya kuat tapi badannya berlanggar dengan dinding gaung. Semasa Kayu dan Badrol menarik Hayun naik dan kami periksa kondisinya, bahu Hayun terkehel dan Kayu pantas memasukkan semula tulang ke soketnya. Meraung kejap la dia menahan sakit.

"Kita rehat kejap. Melati tengah ushar kawasan. Kalau okey, kita sambung bila dia dah sampai sini."

Mereka bersetuju dan duduk melepaskan penat tanpa berlengah lagi.

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!