#23: Hujan Panah

121 7 4

Aku rasa, tak perlulah aku memulakan cerita dengan sinaran matahari yang memancar ke mataku membuatkan aku terjaga lagi lepas ni memandangkan perjalanan kami sudah pun hampir sampai ke penghujung. Tak jauh dari karavan adalah sebuah bandar di mana tempat kami berjumpa bulan yang lepas. Macam tak percaya pula rasanya.

Aku mengemas beg dan memeriksa busur dan anak panahku waktu karavan tiba di pagar utama Pelabuhan Klang. Tak mahu perkara yang berlaku semasa berlawan Megaraptor semalam berulang, kali ini, aku memastikan yang busur itu dalam keadaan yang baik.

Dari dalam, aku dapat dengar perbualan Badrol-Melati dengan pengawal tersebut. Sekali lagi, Badrol menggunakan alasan yang kami ini adalah orang sarkas yang datang mengembara dari bandar ke bandar. Aku rasa kami patut isi borang untuk sahkan pekerjaan kami sebagai 'ahli sarkas' la nanti.

Kami bergerak ke arah stesen untuk menempatkan kuda dan karavan, keldai milik Badrol juga diletakkan saja di situ buat sementara. Kami mula berjalan ke markas. Apabila melihat markas dalam keadaan yang elok saja, tidak diserbu seperti di Melaka, kami pun menolak pintu. Namun, apabila kami masuk, ada seorang mamat tak pakai seluar -- berbogel! -- ada kat dalam dan dia dengan gelabahnya menyuruh kami menutup pintu semula.

"Apesal?" tanya Kayu.

"Ada mamat tak pakai seluar kat dalam tu," aku jawab memandangkan Badrol dan Melati agak tergamam untuk memberitahu.

Terbeliak mata Kayu mendengarnya. Nasib bukan dia yang membuka pintu itu, kalau tidak, mahu trauma dia lagi.

Dalam seminit dua kami berdiri di depan pintu, kami masuk semula. Kali ini, dengan berhati-hati.

"Lain kali ketuk dulu la!" marah mamat itu. "Korang ni siapa hah?"

Kami terus mengeluarkan kalung yang menandakan kami adalah salah seorang daripada ahli Mafia Kampung Dusun.

"Dia ni?" Dia menuding pada Pelita.

"Dia orang baru."

"Kalung dia mana?"

"Macam ni la, bang. Kita setel kat sini je. Anggap je dia ni dah jadi ahli dan kalung dia hilang, okey?" kata Hayun sambil menyelitkan beberapa keping syiling emas ke dalam poket baju mamat itu.

Puas dengan apa yang dia dapat, langsung dia berkata, "Lain kali datang sini ketuk pintu dulu tau!"

Kami layankan saja mamat tu. Kemudian, dia berjalan ke kaunter bar.

"Takde geng mafia yang lain ke datang sini?" Badrol menghampiri kaunter. "Ringo ke sesiapa?"

Mamat itu menyusun beberapa gelas di atas kaunter bar. "Aku dah lama tak nampak Ringo."

"Pasal Kavita, kau tau?" Melati menduga.

Dia berfikir sekejap. "Oh, yang tu! Aku dengar-dengar jela."

"Baru-baru ni markas kat Melaka kena serbu, kau tau?"

"Hah?! Bila?" Jelas mukanya terkejut beruk.

"Beberapa hari lepas gak la," jawab Hayun.

Bartender itu pun berjalan ke arah sebuah kotak surat. Agak sarat kotak itu sehinggakan semasa dia mahu menarik keluar beberapa surat yang berimpit di dalam itu pun seakan sukar. Dia mengambil surat yang paling atas sekali. Dibuka surat itu dan dibaca.

"Oh, patutlah! Aku baru tau."

"Siapa yang bagi tu?" sibuk Kayu.

"Ini?" Dia memeriksa tandatangan di bahagian bawah. "Ni Nikolai yang tulis."

"Apa yang dia tulis?"

"Dia kata..." Dia membaca isi surat itu. "...markas kat sana ada masalah dengan kerajaan Melaka. Dia ada hantar orang-orang dia ke sini..." Dia terdiam, lalu menyambung, "Korang ni dari Melaka ke?"

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!