#16: Memori Lama

140 7 0

Aku tak habis memikirkan plan meletak racun ni macam tak kena dengan aku. Aku selalu menganggap racun tu bukan cara terbaik untuk aku tamatkan segala apa yang aku mahu. Tapi untuk mencapai matlamat kami, aku rasa ini adalah satu-satunya jalan yang terbaik untuk kami lakukan. Dan aku berasa lega kerana bukan aku yang perlu menjalankan tugas sebagai orang yang meletakkan racun ke dalam bekalan air minuman rombongan itu.

Kami berlari masuk ke dalam hutan setelah berjaya menculik diplomat gay tersebut. Jauh juga kami masuk semata-mata untuk menghilangkan jejak daripada diburu oleh askar-askar Temasek tu. Aku lebih risaukan manusia separuh Orc yang masih hidup di luar sana. Dia boleh saja pulang ke Temasek dan memberi arahan kepada pemerintah mereka untuk menambah angkatan tentera dan meneruskan misi mereka untuk menyerang Melaka.

Mereka berhenti ketika sekeliling hutan menjadi semakin tebal semak-samunnya. Diplomat itu dicampakkan ke tanah dan Kayu duduk menyandar di sebatang pokok dan melepaskan lelahnya. Kesian juga tengok dia yang seperti dibuli oleh kami. Aku tengok diplomat tu pun macam dah teruk gila keadaan dia, mungkin dia minum banyak sangat air yang diracun tadi. Nasib Melati ada asas untuk stabilkan efek racun tu. Jadi sekarang ni, diplomat tu kelemahan saja yang dia mampu walaupun dia sudah sedar sedikit.

"Dah la, ikat dia ni," kata Melati setelah dia selesai memeriksa lelaki gay itu.

"Dia dah sedar ke?"

"Sedar sikit la kot," beritahu Melati.

Badrol dan Hayun terus berjalan ke hadapan, menghadap diplomat tersebut.

"Apa yang kau buat sebenarnya ni?" Badrol memulakan interogasi.

"Aku... aku tak tau apa-apa," jawabnya dalam suaranya yang lemah, kemudian dia pengsan semula.

"Alamak aih, dia ni... pengsan pulak!" Badrol geram.

Aku terus berpaling dan berjalan memandang ke satu arah ke dalam hutan yang masih gelap. Aku anggarkan lagi satu jam setengah untuk matahari keluar dari ufuk timur dan menerangi buana ini.

"Korang... shhh!" Melati memanggil dengan suara yang rendah. Ramli yang berada di sebelahnya terus mengeram. "Dengar tak tu?"

Aku terus memicingkan telinga runcingku dan mendengar. Ada bunyi semak ditebas orang dan sayup-sayup suara memanggil, "Encik Zul~ Encik Zul~!"

Nampaknya, askar-askar rombongan kini mencari diplomat itu. Kayu pantas menarik tubuh diplomat itu bersembunyi bersamanya di dalam semak yang tebal. Melati sudah berada di atas pokok sambil memantau pergerakan musuh dari jauh. Aku, Badrol dan Hayun (yang kini sudah memakai baju diplomat itu) hanya berlegar di celahan semak dan pokok untuk bersembunyi.

Dari kedudukan persembunyianku, aku nampak Melati memberikan isyarat bahawa terdapat tiga askar; seorang pemanah dan lagi dua adalah askar berpedang. Aku memandang pula pada Hayun dan Badrol yang berada berhampiran denganku untuk menyampaikan isyarat Melati. Mereka menerimanya dan nampaknya, Hayun ada agendanya tersendiri.

Sampai saja askar-askar itu dalam kawasan kami, Hayun terus mengacau askar tersebut dengan menggunakan kuasanya sambil menakut-nakutkan mereka. Si pemanah yang mula ketakutan dan memandang ke merata arah untuk mencari arah suara itu.

"Kau ni dah kenapa?" marah askar yang memegang pedang pendek.

"Kau tak dengar ke? Ada bunyi 'wuuu~' tadi tu?" kata askar pemanah sambil mengajuk suara usikan Hayun.

Melihatkan pada pemanah tersebut yang ketakutan, Hayun menambah perencah dengan mewujudkan bayangan ilusi seperti roh, membuatkan si pemanah yang penakut itu terus menjerit dan berlari meninggalkan rakan-rakan di situ.

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!