Bonus Diari #3 - General Mafia

112 10 0

Oh helo, semua!

Kita kembali dengan bonus diari. Sebelum ni korang dah kenal dengan Rifa dan rakan-rakan yang aku panggil #TheNaturalOnes (ya, kami baru dapat nama team ni, harap korang terus layan kami). Kali ni, aku akan intro general Mafia Kampung Dusun (MKD) pulak.

Seperti yang korang tahu, general MKD ada 6 orang (sepanjang dalam pengembaraan Rifa). Dan setiap seorang general ni jadi sifu kami berlima, kecuali Lili yang tiada anak murid. Dah bersedia nak kenal mereka? Jom!

* * *

Ringo - Seorang Gnome dan pekerjaannya sebagai seorang pemuzik. Suka dengan hiburan dan terer bermain bango. Mukanya sedikit jambu, sering digelar gay tapi dia bukan! Urm... bukan ke? Guru kepada Badrol.

Aku suka dengan mamat ni punya energi. Ceria, happy-go-lucky, senyum je memanjang. Aku rasa kena belajar untuk jadi ceria macam Ringo la nanti. Dan banyakkan bercakap. Jangan pendiam sangat, Rifa!

Nikolai - Seorang manusia biasa bertangan satu. Aku tak pernah tanya macamana dia hilang tangan dia tu, jadi anggap jela ia satu pengorbanan yang kau harus buat jika mahu menjadi seorang wira. Seorang ranger yang power memburu! Guru kepada Melati.

Aku tak berapa rapat dengan dia ni. Mungkin sebab dia senyap, aku pun senyap. Jadi ekstra sunyi. Krik-krik. Tapi aku tabik kat dia sebab pantas bertindak kalau ada apa-apa kecemasan. Semangat setiakawan yang tinggi!

Hadi M. Sulaiman - Satu-satunya general MKD yang kami tahu nama penuhnya. Berbangsa Halfling dan kakinya tempang. Berkebolehan dalam menceroboh masuk suatu kawasan dan mencuri. Guru kepada Rifa (aku la tu!).

Seorang yang banyak helah dalam strategi perang-tanpa-berperang. Haaa~ aku rasa aku kena asah bakat aku ni. Dengan tubuh badan yang kecil, dia agak pantas menyelinap dan bakat memanjatnya sangat bagus! Ya~ aku cemburu.

Zabidin - Seorang Elf yang sudah beratus tahun hidup. Lelaki tua pemakan sayur, memegang kuat prinsip sebagai seorang sami. Beliau antara yang terkuat dalam organisasi ini. Guru kepada Kayu.

Sebagai ketua kepada enam general ni, Zabidin kelihatan serius dan jarang senyum, tapi hatinya baik. Seorang yang hebat bertarung walaupun umur dah banyak. Mungkin kelebihan kami sebagai bangsa Elf dikurniakan umur yang panjang, membuatkan beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang ini. Aku seperti mahu menuntut ketenangan itu.

Kavita - Walaupun dia cantik, dia seorang manusia yang panas baran. Ahli sihir yang tinggi ilmunya sehinggakan dia diletakkan sebagai antara yang terkuat dalam hierarki MKD, selepas Zabidin. Guru kepada Hayun. Namun, dia telah terkorban semasa bertempur dengan tiga ekor makhluk ular bernama Royal Naga. Semoga rohnya tenang di sana.

Pada mulanya, aku tak berapa nak suka pada Kavita. Seorang yang, pada awalnya, terlalu sombong dan tidak langsung senyum, buat aku rasa tak selesa setiap kali dia ada. Tapi lepas tahu niat dia berbuat begitu, aku rasa serba-salah. Mungkin itu petanda dia pergi buat selamanya.

Lili - Juga seorang manusia biasa tapi kuasanya luar biasa. Ramai yang tertarik dengan rupanya yang cantik dan kelihatan muda. Jangan ditanya berapa umurnya, si nenek kebayan ini sensitif mendengarnya.

Pertama kali berjumpa, bergetar gak jantung ni tengok dia. Lawa gila! Aku rasa, kalau betul aku lesbian, aku nak dia! Ahh... jangan ikut nafsu songsang kau sangat, Rifa! Ramai lagi jejaka Elf yang hensem di luar sana. Lupakah kau pada Legolas di tanah asalmu? Haha!

* * *

Sekarang, korang dah kenal dengan orang besar MKD secara fizikal mereka dan pandangan aku terhadap mereka semua. Aku harap, korang dapatlah berimaginasi sendiri macamana rupa mereka mengikut apa yang aku bagitau tadi. Terima kasih sebab layan diari aku ni. Makin lama, makin seronok aku menulis walaupun sibuk nak lawan musuh atau jalani misi bagai. Ada masa lagi, aku tulis lagi. Bye!

 Bye!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!