#2: Penjahanam Plan

613 13 0

Malam itu, aku minum-minum kat ruang makan. Kami semua bersepah kat situ. Sorang kat bar, sorang kat atas stage, sorang kat meja belakang, sorang tengah bersandar sebab cedera siang tadi. Aku togok jelah air sirap selasih sampai tinggal separuh gelas dan aku mula termenung. Tengah fikir, esok nak pergi balik ke pejabat imigresen tu ke atau tak. Kemudian, teringat keluarga aku kat kampung. Haih... baik aku minum je sirap ni sampai habis.

"Nak air lagi?" tanya pelayan Dwarf pondan itu dengan penuh gemalai.

Aku geleng dan senyum padanya. Dan pelayan tu terus blah.

Aku kembali melayan perasaan sampai satu masa tu, tiba-tiba Kayu duduk kat depan aku. Masa tu aku perasan yang Hayun dah tak ada kat tempat dia, mungkin dah naik ke bilik.

"Melati dengan Badrol pi mana?"

Dalam masa yang sama, Big Onion datang duduk di sebelah aku. Bosan la tu duduk sorang-sorang kat depan tadi. 

"Melati dah naik ke bilik. Badrol lak tadi keluar, jalan-jalan," jawab Kayu.

Aku angguk-angguk sambil habiskan titisan akhir sirap selasih tadi. Kayu dan Big Onion pun senyap je, aku malas nak bersuara. Jurang umur di antara kami memang jauh, jadi aku tak tahu nak bersembang apa. Apa yang aku nampak kat Kayu ni, dia budak yang baik sebenarnya. Cuma sedikit degil, aku fikir. Big Onion pula agak beragama orangnya. Aku memang tak ada hal sangat, cuma aku harap dia tak halang kegiatan aku nanti.

Yang lain? Hmm... Melati tu aku tengok dia macam pendiam, tapi berisi otaknya. Antara bangsa yang sama dengan aku dalam kumpulan ni, dan mungkin juga sebaya. Badrol mungkin seorang yang licik, tapi dia ada sisi yang baik. Semua itu ikut keadaan dan keperluan. Sama seperti Hayun, ahli sihir yang boleh tahan kuat juga. Aku cuma tahu beberapa siri magik saja, tapi aku tak amalkan, dah lupa dah pun. Mungkin satu hari nanti, aku kena menuntut dengan Hayun.

Sedang aku ralit dengan analisis aku terhadap rakan-rakan yang baru aku kenal, tiba-tiba datang seorang kerdil bertanya, "Boleh duduk sini?" sambil menuding ke arah kerusi yang berada di antara aku dengan Kayu.

Aku tersentak, terkebil-kebil sekejap, lalu menjawab, "Boleh je. Duduklah."

Lalu lelaki kerdil tadi duduk sambil minum-minum. Dia mula bertanya itu-ini. Aku sekadar menjawab mana yang aku nak je, selebihnya Kayu lah yang melayan lelaki itu. Sampai satu masa, Kayu bertanya, "Kami dengar yang ada banduan nak kena hukum lagi tiga hari ni."

Kelihatan lelaki kerdil itu terhenti dari meneguk minumannya dan teragak-agak meletakkan gelasnya ke atas meja. 

"Korang memang nak tahu pasal dia ke?" tanyanya.

Aku hanya pandang lelaki itu, Kayu dah semangat nak tahu lebih lanjut.

Lelaki kerdil itu merapatkan mukanya ke arah kami dan mula berbisik, "Kalau nak tahu, jumpa kat belakang Kedai Bunga Mak Abu. Sekarang!" Dan lelaki itu berdiri dan berjalan keluar dari ruang makan tanpa menoleh pada kami.

Aku memang kosong habis masa tu. Dah la tiba-tiba datang tumpang satu meja, padahal banyak lagi meja kosong. Lepas tu, bila nak ajak sembang-sembang pasal hal sekeliling, boleh lak cabut gitu je. Jumpa kat belakang kedai entah mana-mana pulak tu, mentang-mentang si Kayu ni budak lagi. Entah-entah nak diculik buat jual kat sempadan, mana nak tahu.

"Kau ni dah kenapa, Kayu? Kan sekarang dah susah, masuk hal orang pulak," tegur Big Onion.

Tapi Kayu memang semangat nak tahu. Dan kebetulan waktu aku dan Big Onion nak mengelak daripada ikutkan je dia, Badrol pun balik. Tak cukup dengan kami, dengan Badrol pulak dia mengajak. Dalam waktu yang sama, Melati turun dan berjalan ke arah kami sambil menggenggam kertas yang direnyuk.

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!