#3: Belot!

317 12 0

Kami sedang makan tengahari di sebuah kedai. Big Onion tak sertai kami, ada hal katanya. Biliknya pun dah kosong semasa kami datang untuk memanggilnya tadi. Jadi kali ini, kami cuma berlima saja.

Masih ada setengah jam sebelum plan pembebasan Har-De perlu kami jalankan. Tepat jam 1 nanti, Roy akan masuk syif kerja. Kami perlu berjumpa dengannya sebelum ke sel yang menempatkan Har-De dan seterusnya membebaskan lelaki itu.

"Korang rasa kita perlu teruskan jugak ke misi ni?" tanya Melati.

"Tu la. Aku tak nampak apa-apa untung kalau kita buat misi tu," kata Badrol.

"Aku tak kisah," kataku. "Asalkan aku dapat curi apa-apa yang berharga. Contohnya kalau kita ikut plan Badrol malam tadi."

"Pergi ke istana dan bagitau Sultan pasal plan tu?" tanya Hayun.

Aku angguk.

"Aku setuju!" laung Hayun dengan semangat.

"Aku rasa elok kita blah jela dari Melaka ni," cadang Melati.

Giliran Kayu pula mengangguk.

Aku mula berfikir. Apa yang ada di luar sana? Tujuan aku keluar dari kampung dulu pun sebab aku nak mengembara. Aku rasa tak salah kalau ikut cadangan Melati. Tapi untuk kesekian kalinya, bagi la aku mencuri benda yang cambest sikit kat istana nantiiiiii!

"Kalau gitu, kita undi. Ada tiga pilihan: 1) ikut plan Encik Halim, 2) bagitahu Sultan pasal plan ni, dan 3) blah je dari sini."

"Aku ada dengar, Sultan takde kat istana selama dua minggu," beritahu Melati. "Tapi kalau kita nak blah dari sini, ada kampung terdekat tak jauh dari sini. Kebetulan pulak sekarang ni musim menuai."

"Kira kita ada dua pilihan jela sekarang ni," kata Badrol. "Korang masih nak pergi istana ke?"

Aku geleng. Nampak macam tak ada faedah je, memandangkan tujuan utama ke istana pun mahu berjumpa dengan Sultan (selain mencuri).

"Takpe la. Aku fikir kita blah je dari sini."

Dan semua pun bersetuju untuk meneruskan pengembaraan ini ke kampung yang dikatakan oleh Melati tadi.

"Tapi jalan mana yang dekat nak ke kampung tu?" tanya Kayu.

"Tu aku tak tau. Dari sini ada laluan darat dan air, kita boleh tanya," kata Melati.

Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk ke jeti dahulu. Sampai saja di jeti, kami nampak ramai pengawal yang sedang berjaga di situ. Cuak jugak la aku. Tapi aku bukan pencuri yang tahap sampai jadi model poster 'dikehendaki'. Jadi aku buat rileks.

"Apesal ramai sangat pengawal ni?" tanya Hayun.

"Kau tak tau ke?" aku bersuara. "Sekarang ni serangan lanun agak berleluasa. Nak pulak Pelabuhan Klang ni pelabuhan yang agak popular kat sini. Jadi diorang ni nak lindung la dari lanun-lanun tu semua."

Kami sempat melihat sekeliling. Ada sebuah kapal kecil di tepi jeti, dan ada sebuah lagi kapal besar yang berada di tengah sana.

"Kalau kita curi kapal kecik ni agak-agak tenggelam tak kita nanti?" Hayun bertanya.

Soalannya agak lucu tapi aku rasa kapal kecil tu mampu je nak bawa kami berlima.

"Hmm... macam ni la. Aku nak try tanya kat..." Badrol mula mencari seseorang. "...dia tu!"

Jadi kami pun mengekori Badrol dan menghampiri seorang pengawal yang sedang berjaga di situ.

"Hai! Nak tanya, kalau kami nak naik kapal ni ada kena bayar ke?"

Pengawal tu pandang kami semacam. "Korang nak pergi mana?"

"Setahu saya, ada kampung terdekat kat sini," celah Melati.

"Kampung?" Dia buat muka pelik. "Ada tu memang ada tapi korang takyah naik kapal pun takpe. Ada jalan darat."

"Lah, yeke..." aku mengeluh.

"Iye~ korang jalan dalam setengah hari pun dah boleh sampai," tambah pengawal itu lagi sebelum dia menyambung kerjanya semula.

"Kalau camtu, kita jalan jela," cadang Badrol.

Kemudian, kami mula berjalan ke arah pintu utama dan mengatur langkah ke kampung yang dituju. Entah apa rupa kampung itu pun aku tak tahu, tapi elok juga kami mengembara ramai-ramai begini. Senang. 

"Big Onion macamana?" tanya Kayu setelah kami melangkah keluar daripada tembok Pelabuhan Klang. 

"Ah, tinggalkan jelah dia. Pandai-pandai la dia cari kita kalau nak bersama dengan kita nanti," kata Hayun dengan sedikit kasar. 

"Itu la. Tinggalkan kita macam tu je, tak bagitau pun nak pergi mana," sambung Melati dengan nada kesal. 

Aku memang tak kenal lagi dengan Big Onion itu secara rapat, jadi aku sekadar berdiam saja. Kalau betul dia mahu bersama dalam pengembaraan ini, dia akan ada dengan kita selalu. Bukan menghilangkan diri tanpa berita begitu saja. Orang menyampah nanti jangan kata kami buang dia~ 

 Orang menyampah nanti jangan kata kami buang dia~ 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!