#15: Misi Menculik Diplomat Gay

179 5 0

Setelah penat memandang hutan tebal itu dari kejauhan, kami berjalan masuk ke dalam bandar Melaka dan menuju ke markas Mafia Kampung Dusun.

"Ringo ada?" Kayu bertanya kepada brader bartender.

"Ada kat atas. Bilik besar."

Lalu kami berjalan naik ke tingkat atas dan kelihatan Ringo, Nikolai, Hadi M. Sulaiman, Zabidin dan Lili berada di situ.

"Apesal korang lambat?"

"Kavita la ni..." omel Badrol.

"Mana dia?" celah Hadi.

"Dalam hutan. Dia ada kasi ni." Aku hulurkan segulung surat kepadanya.

"Dia buat apa kat sana?" tanya Hadi M. Sulaiman sambil mengambil surat tersebut.

Melati menggaru kepala. "Sebenarnya, kami terserempak dengan Lunar Naga. Lepas kami tumpaskan Naga tu, datang tiga Naga yang lain. Lagi besar daripada yang sebelumnya!"

"Tiga Naga?" sampuk Nikolai, terkejut.

"Ha'ah! Tapi Kavita suruh kami balik," tambah Kayu.

Zabidin mengurut janggutnya. "Tapi kalau korang tolong pun tak guna jugak..."

Ringo berwajah risau. Dia memandang Hadi M. Sulaiman dan membuat isyarat mata, dan dia pun membalas dengan anggukan kecil. Kemudian, memandang kami semula.

"Macam ni la. Hadi dan Lili akan tinggal di sini dengan korang. Ringo dengan Nikolai akan pergi ke sana untuk bantu Kavita," perintah Zabidin sebagai ketua.

Kami bersetuju dan memberi mereka laluan untuk bergegas ke hutan, mencari Kavita. Kini hanya tinggal Hadi M. Sulaiman dan Lili saja di dalam bilik itu. Zabidin sudah keluar, mungkin ada urusan lain. Wajah resah mereka memang langsung tak dibendung, membuatkan kami juga turut resah. Rasa bersalah kembali mengalir di dalam badan. Masih terngiang suara Kavita menyuruh kami berlari pergi dari situ, meninggalkan dia berseorangan berlawan dengan makhluk ular itu.

"Jom, kita turun bawah. Kita minum-minum kejap. Aku pun ada benda nak bincang dengan korang ni."

"Korang turun dulu, Kavita ada janji dengan kau sesuatu, kan?" kata Lili dan menuding jarinya ke arah Hayun.

Hayun pelik. "Janji?"

"Ritual untuk hidupkan burung hantu peliharaan kau, ingat?"

Hayun sedikit terkejut tak percaya. Di fikirannya mungkin dia tak dapat berjumpa dengan Auli semula, tapi nasibnya kini berubah.

"Jom!" ajak Lili dan mereka pergi ke satu lagi bilik besar.

Kami pula turun ke bawah dan bergerak ke meja kosong di ruang makan. Hadi bertanyakan hal apa yang berlaku sepanjang siang kami, sambil minum dan makan, kami menceritakan segalanya.

Dia mengeluh dalam. "Korang tau kan posisi kami dalam Mafia Kampung Dusun? Kami berenam ni berpangkat general dan kami ada pasukan sendiri. Kali pertama kami jumpa korang dulu, kami tahu korang ada potensi untuk jadi orang bawahan kami." Dia meneguk minuman sebelum menyambung, "Mungkin Kavita buat macam tu sebab nak uji korang. Sebelum ni, dialah yang paling tak yakin dengan korang. Tapi bila korang kata dah bunuh Lunar Naga, aku rasa dia dah mula yakin dengan kemampuan korang."

"Naga yang berlawan dengan dia tu... bahaya ke?" tanya Kayu.

"Apa yang dia sedang berlawan tu adalah Royal Naga. Aku tak pernah nampak benda tu lebih daripada dua. Bila korang kata ada tiga tu yang aku terkejut. Aku tak rasa Kavita boleh lawan makhluk tu sorang diri."

"Harap Nikolai dan Ringo dapat tolong dia," celah Badrol.

"Korang rehat la dulu malam ni. Esok aku akan bagi korang pilihan untuk selesaikan masalah yang ada."

Diari Seorang PencuriRead this story for FREE!