#38: Bilik Rahsia

Start from the beginning
                                    

Dimulakan dengan Badrol yang menggunakan debu yang mampu memedihkan mata, kemudian Kayu dengan pantas terus menumbuk ke tubuh entiti itu, dan aku menggunakan Panah Jejaring untuk menangkap, sekaligus membuatkan entiti itu tidak dapat lari lagi. 

Kami berjaya! 

Melati dan Hayun sudah bersedia untuk menyerang entiti yang sudah terperangkap itu, manakala Pelita bersedia untuk melindungi kami jika entiti itu mampu menyerang secara magik. 

Dengan tidak semena-mena, entiti itu melolong seperti memanggil sesuatu. Asap hitam muncul secara tiba-tiba dan kehadirannya seperti puting beliung kecil dan membentuk menjadi lima ekor serigala jadian berwarna hitam. 

Badrol mahu menyerang musuh dengan menggunakan kayu magiknya. Aku tahu magik itu sangat efektif bila ada banyak musuh macam sekarang, tapi entah kenapa, dia seperti menyasarkan arus elektrik magik itu ke arah aku. Pada mulanya, aku ingat dia tersalah sasar dan kebetulan aku berada di laluan sasarannya, namun tidak. 

"Kau dah kenapa, Bad?" aku agak marah waktu itu. Nasib aku dapat mengelak arus elektrik itu, kalau tidak, pasti aku hangus! 

"Maaf! Aku tersilap ayun tongkat ni!" Badrol terus menghadap ke arah musuh -- yang betul -- dan melepaskan arus elektrik itu ke arah mereka. 

Hmm... betul ke Badrol tu? Aku semacam tak rasa dia tersilap. Ia seperti disengajakan. 

Ah, biarlah! Kalau dia betul, baguslah. Kalau tak, aku berdoa agar Tuhan lindungi aku daripada segala serangan 'tersilap sasar' si Badrol itu. 

Dalam pertarungan itu, kami tidak dapat berbuat apa-apa. Serigala jadian itu agak besar dan kuat. Kami tidak dapat bertahan lama. Dalam semangat kami yang hampir mengalah, Pelita tiba dengan magik memanggil kilat, menghentam kesemua musuh yang ada di dalam bilik itu. 

Tubuh serigala jadian itu bertukar menjadi abu hitam, manakala entiti yang tadi itu menjerit nyaring dan tubuhnya pecah menjadi hablur seperti pasir kaca dan terus menghilang. 

*    *    * 

Kami masih berada di dalam perpustakaan. Atas desakan Kayu, kami mencari juga laluan untuk masuk ke dalam bilik rahsia itu. Badrol berjaya menjumpai sebuah buku yang menerangkan sejarah bangunan Perpustakaan Temasek semasa kami memeriksa abu musuh-musuh tadi. Menurut buku itu, memang ada laluan ke bilik rahsia itu, malangnya, halaman yang menunjukkan pelan asal bangunan sudah dicarik koyak. Dah macam-macam laluan dan bilik kami masuk, namun Kayu tidak berputus asa. 

Tapi kepala aku masih terfikirkan tentang makhluk yang menyerang kami tadi. Kata Badrol, memang sah itu makhluk puak Abyss. Kali terakhir kami bertemu makhluk Abyss adalah di dalam istana di Melaka. 

Aku rasa tak sedap hati tentang hal ni. 

"Ini yang terakhir," kata Melati sambil menuding ke satu lagi laluan ke bawah tanah. "Kalau takde jugak, kita blah dari sini."   

Suara Melati memecahkan lamunanku. Aku baru sedar, betapa penatnya kepala otak aku hari ini kerana memikirkan perkara yang melibatkan mimpi itu, dan kini dibebani dengan hal makhluk Abyss pula. Aku kena rileks! 

"Nampaknya ada perangkap kat laluan ni," kata Hayun. 

Memang jelas susunan lantai agak berlainan di beberapa bahagian. Juga terdapat dekorasi pelik yang menghiasi dinding. Kami terus mencari puncanya dan Pelita menjumpainya. 

"Kalau aku, aku bakar je mesin ni." 

"Aku kasi tumbuk je, lagi senang." 

"Tak boleh," aku menyelit. "Silap nyah-aktif, boleh bahayakan kita. Sama ada mesin ni renjat kau dengan elektrik, atau semua perangkap yang ada kat laluan ni aktif dan serang kita semua." 

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now