#38: Bilik Rahsia

Start from the beginning
                                    

"Rifa!" Kayu menyiku lenganku, membuatkan aku sedikit terkejut. "Bukakan la pintu ni. Kau je yang pandai bab ni." 

Aku meneguk liur. Aku mula memikirkan hati rakan-rakanku yang lain. Apa mereka juga sudah terpengaruh? 

*    *    * 

Kami melalui sebuah lorong jalan menghala ke beberapa buah bilik yang menempatkan banyak buku mengikut kategori masing-masing. Aku memandang ke setiap pintu. Terdapat label yang ditampal pada setiapnya. 

"Bagus juga kita masuk perpustakaan ni," kata Hayun. "Kita boleh cari maklumat tentang Encik Zul dan bapak dia." 

"Selain tu, kita boleh cari pelan bangunan perpustakaan ni. Kita mesti cari bilik rahsia tu," kata Kayu pula. 

"Bilik rahsia?" Aku terkejut. Itu ke yang membuat Kayu untuk mencadangkan perpustakaan sebagai tujuan kami hari ini? 

"Mana kau tau ada bilik rahsia dalam ni?" Melati kepelikan 

Muka Kayu mula berubah. Sepertinya ada orang kantoi terlepas cakap. "Aku... aku agak je." Dan dia mula menyelak buku-buku yang ada di bahagian berlabel 'seni bina'. 

Aku malas nak mengikut mereka menyelak buku, jadi aku hanya berdiri dan melihat-lihat saja buku yang ada. Sekali-sekala, perasaan tak enak datang dari arah Badrol. Bila anak mataku menjeling ke arahnya, aku dapat lihat raut wajahnya kelihatan mencurigakan. Dia seperti tidak fokus dan sedang memikirkan sesuatu. 

Pelita menyentuh bahu aku secara tiba-tiba. "Kau okey ke?" 

Aku terkejut dan cepat-cepat mengangguk. "Okey... okey." 

"Jom la. Tak ada apa yang menarik," kata Kayu. 

"Tak ada apa yang menarik, kau kata? Aku jumpa buku tentang keluarga si Hardrooster tu, kau tau?" Hayun bukan main lebar senyumnya. 

"Bukan buku pasal bilik rahsia dalam perpustakaan ni pun," kata Kayu secara perlahan, tapi aku mampu mendengarnya. 

Aku terpaksa menjadi lebih peka daripada sebelum ini. Persetankan ganjaran itu, aku kena jaga semua rakan-rakan aku supaya kami selamat. 

Namun, setelah kami semua keluar dari bilik itu, pintu bilik itu tiba-tiba tertutup sendiri dan membuatkan Melati -- yang berada di belakang sekali waktu itu -- terperangkap di dalamnya seorang diri. Kami semua panik. Apa pulak yang berlaku ni? 

Aku cuba pulas pintu; tidak berkunci, tapi aku tak boleh nak menolak daun pintu. Ia seperti dihalang oleh sesuatu yang berat. Kami mengetuk pintu itu, menjerit nama Melati, tapi tiada apa respon. 

"Tepi sikit. Kasi aku pecahkan pintu ni." Kayu pun mengepalkan penumbuknya dan keluar semacam aura di penumbuknya itu sebelum dia menghentam pintu itu sehingga pecah. 

Berderai pintu itu. Kami semua masuk. Waktu itu, kami nampak Melati sudah bersedia dengan busurnya. 

"Apa yang berlaku? Aku tak boleh nak buka pintu tadi." Aku juga mencapai senapang panahku dan bersedia. Aku tak nampak apa-apa yang mengganggu Melati lagi. 

"Hati-hati. Benda tu serang aku tadi tapi dia terlalu laju. Aku tak dapat nak kejar pergerakannya." Mata Melati bergerak dari satu arah ke satu arah dengan pantas. 

Aku cuba untuk mencari pergerakannya juga. Betul kata Melati. Dia terlalu laju. Aku pasti panahku tersasar kalau aku main tembak saja nanti. 

"Dia bukan saja laju, tapi boleh menghilangkan diri!" Hayun memberi peringatan. 

Aku memicingkan telingaku, menajamkan penglihatanku. Aku tahu dia ada di dalam bilik ini. Aku dapat mendengar arus pergerakannya. Apabila arusnya sedikit perlahan, aku memusingkan tubuhku ke arah baris rak buku. Kayu yang paling hampir dengan rak itu juga dapat merasakan kehadirannya terus menyusun langkah. 

Diari Seorang PencuriWhere stories live. Discover now